Sunday, 19 February 2012

Yakin.  Bila anda yakin, insya Allah anda berjaya.  Bagaimana untuk yakin?
1. Fikirkan tentang kejayaan, bukan kegagalan.  Tukarkan fikiran “aku gagal” kepada “aku berjaya”, atau “aku setaraf dengan yang terbaik” bukan “dia lebih hebat dari saya”.  Ulangkan.  Anda sebenarnya sedang mendoakan kejayaan diri sendiri!
2. Sentiasa ingatkan diri kita yang kita lebih hebat dari yang kita sangka.  IQ, sijil atau ijazah bukan penentu kejayaan seseorang.  Latih diri untuk percaya kita lebih hebat dari yang kita sangka.  Jangan rendahkan kebolehan diri sendiri.
3. Matlamat perlu tinggi.  Fikirkan matlamat yang lebih tinggi dan besar.  Ingat, rancangan dan usaha untuk mencapai kejayaan biasanya sama sahaja tak kira kecil atau besar matlamat kita.  Jadi, untuk apa merangcang dan berusaha untuk sesuatu yang lebih kecil sedangkan dengan usaha yang sama anda mampu mencapai sesuatu yang lebih baik!

No comments:

Post a Comment