Sunday 19 February 2012

Kuasa Ajaib Buah-Buahan


khasiat buah manggis, khasiat kurma, khasiat pisang
Kita perlu tukar budaya buah sebagai pencuci mulut dan perlu anggap buah sebagai makanan berkhasiat tinggi.
Di Malaysia budaya makan buah, belum lagi capai tahap membanggakan. Buahan tempatan dan luar negara kaya dengan khasiat. Sebab itu saya katakan buahan ada kuasa ajaib merawat penyakit. Kita suka makan nasi lemak, nasi kandar, mee goreng, roti canai, bihun goreng, mee segera, keropok berbanding tabiat makan buah. Budaya makan buah sebagai pencuci mulut harus di tukar kepada makan buah untuk sihat. Kita perlu makan buah sebelum ambil makanan berat. Contoh ambil buah sebelum sarapan atau sebelum makan tengahari. Kita perlu tukar budaya buah sebagai pencuci mulut dan perlu anggap buah sebagai makanan berkhasiat tinggi.
Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
“Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30 peratus daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adayaalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.
Kuasa Ajaib buah-buahan:
  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.
  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.
  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.
  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.
  • Kiwi
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
  • Pisang
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

No comments:

Post a Comment