Sunday 19 February 2012

Khas Untuk Wanita: Elak Pakai Coli Lebih 12 Jam Sehari


Sedikit info yang patut diketahui oleh wanita iaitu mengelakkan pemakaian coli lebih daripada 12 jam.

Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa.


Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara.


Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.


Senaman Payu Dara
  • Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda.
  • Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan.
  • Tolak berlawanan arah dengan serentak.
  • Lakukan ia 10 – 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara.


No comments:

Post a Comment