7 Cara Bersahabat Kerana
Allah
1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka
kepadanya
Nabi Muhammad
S.A.W bersabda:
'Jika seseorang
kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)
2.Apabila
berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa
pengetahuannya
Nabi Muhammad
S.A.W bersabda:
'Setiap hamba
muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan
malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)
3.Sentiasa
bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad
S.A.W bersabda:
'Janganlah kamu
meremehkan kebajikan sedikit pu , sekalipun dengan berjumpa temanmu
dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)
4.Segera
bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad
S.A.W bersabda:
'Setiap dua orang
Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum
mereka berpisah'
(HR Abu Daud)
5.Amalan
ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad
S.A.W bersabda:
'Hendaklah kamu
menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'
6.Memberi Hadiah
Nabi Muhammad
S.A.W bersabda:
'Hendaklah kamu
saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)
7.Membantu
sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad
S.A.W bersabda:
'Orang yang
berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang
beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)
Sumber:Ukhuwah
Islamiah (Dr Abdullah Nasir Ulwan)
No comments:
Post a Comment