Wednesday, 15 February 2012


Posted: 20 Dec 2011 09:12 AM PST
BNM turut tidak ketinggalan menyediakan gerbang SMS melalui mysms.gov.my. Anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk mendapatkan borang CCRIS, mungkin anda ingin menggunkannya untuk tujuan tertentu. Boleh juga bertanya soalan yang rumit kepada pihak BNM. Kalau mahu mendapatkan alamat Bank Negara Malaysia pun boleh, mungkin ingin ke sana untuk melangsaikan sesuatu urusan.
Gunakan Gerbang SMS Bank Negara Malaysia
Melalui gerbang SMS Bank Negara Malaysia, anda boleh memperolehi kemudahan-kemudahan berikut..
Mendapatkan borang CCRIS terus ke dalam emel anda:
Taip BNM < jarak > CCRIS < jarak > [Emel anda] dan hantar ke 15888
Contoh:
BNM CCRIS emel-anda@yahoo.com.my dan hantar ke 15888
Bertanya sebarang soalan yang berkaitan dan menjadi kemusykilan anda selama ini:
Taip BNM < jarak > TANYA  < jarak > [pertanyaan anda] dan hantar ke 15888
Mengetahui alamat BNM untuk memudahkan anda ke sana kelak:
Taip BNM < jarak > ALAMAT dan hantar ke 15888
*Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.
Sebagai nota: Berdasarkan pengalaman saya, perkhidmatan SMS ini tidak akan memberi respon dengan kadar yang pantas. Biasanya ia mengambil dua jam atau tiga jam untuk memberikan maklumat yang anda kehendaki.

No comments:

Post a Comment