Wednesday, 8 February 2012

:)
SUNDAL MALAM UNTUK HARUMAN DI HALAMAN
Salah satu bunga yang terkenal dalam industri wangian ialah bunga sundal malam atau disebut juga sebagai santalia. Di sesetengah tempat memanggilnya sebagai Sri Pekan.

Tahan pada cahaya matahari dan boleh bertahan pada tanah yang separuh kering. Amat sesuai dijadikan pokok hiasan di halaman kerana bunganya yang semerbak teutama dikejauhan malam.

Ketinggian pokoknya sederhana tidak melebihi 3 m. berdaun hijau berkilat dan bunganya putih kekuningan. Nama saintifiknya Cestrum nocturnum dari keluarga. Mudah ditanam melalui keratan batangnya atau ditut.

Perusahaan bedak kulit rambai ‘Bunga Tanjung’ menjadikan bunga santalia ini sebagai bahan utamanya. Bunga dikeringkan bersama beberapa jenis herba lain dan diadun menjadi bedah pupuk atau bedak gusuk untuk mandian.

Antara campurannya ialah seperti kunyit hidup (Fibraurea tinctoria),lengkuas genting(Alpinia conchigera), serai wangi (Cymbopogon nardus) jeringai (Acorus calamus) dan lain-lain lagi termasuk kulit rambai kering (Baccaurea motleyana) dalam peratusan tertentu.

Bedah campuran bunga santalia juga dijadikan mandian bagi menghaluskan dan melicinkan kulit, menghilangkan parut-parut kecil pada kulit serta mencegah ketumbuhan jeragat pada kulit.

P/s: Disamping itu jangan lupa mengguna  produk HPA.Semoga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah. Layari: http://www.DuniaHerba.net/mazlan65
Share this topic on Facebook
« Last Edit: 18 June, 2009, 08:40:48 PM oleh Munaliza Ismail »

Abi Naim

  • *
  • Offline
  • Posts: 266
  • my
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
    • http://www.2kali.com/?s=5372
Khasiat Herba
« Jawab #11 on: 18 June, 2009, 06:47:34 PM »
:)
Khasiat Misai KucingNama saintifik: Orthosiphon stamineus, Benth
Famili: Lamiaceae

Pokok: Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketiunggian 1.5 m.

Misai Kucing

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.

Batang:Batang empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Bunga:Bunga terdapat pada “verticils” lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun

Kematangan tanaman: 3 - 4 bulan setelah diubah ke ladang

1. Radang pundi kencing : Air rebusan daun diminum

2. Kencing manis: Air rebusan daun diminum

P/s: Disamping itu jangan lupa mengguna  produk HPA.Semoga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah. Layari: http://www.DuniaHerba.net/mazlan65
Share this topic on Facebook
« Last Edit: 18 June, 2009, 09:46:16 PM oleh Munaliza Ismail »

Abi Naim

  • *
  • Offline
  • Posts: 266
  • my
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
    • http://www.2kali.com/?s=5372
Re: Rawatan dan Petua dari Herba
« Jawab #12 on: 20 June, 2009, 07:00:31 PM »
:)


JARUM TUJUH BILAH, BINTANG TUJUH, POKOK KANSER, CHAT SIM CHAN,PRESKIA
Terkenal dengan namanya Jarum Tujuh Bilah kerana terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam di sepanjang batangnya. Daunnya yang rangup boleh dibuat ulam dan salad.
Kegunaan

1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.

3 cara:

1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum

2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.

3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum
Share this topic on Facebook
« Last Edit: 20 June, 2009, 07:10:59 PM oleh Munaliza Ismail »

Abi Naim

  • *
  • Offline
  • Posts: 266
  • my
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
    • http://www.2kali.com/?s=5372
Re: Rawatan dan Petua dari Herba
« Jawab #13 on: 20 June, 2009, 07:04:42 PM »
:)


 DUKUNG ANAK
Sejenis tumbuhan renek yang suka hidup di tanah yang keras atau di celah-celah rekahan batu atau simen.
KEGUNAAN

>>Merawat bisa gigitan ular.

>>Ada kajian yang menunjukkan Ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai di dalam darah

>>Penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.Akarnya (yang masih segar) digunakan untuk tujuan ini.



>>Penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing dan asma Penggunaan Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini

>>Mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik



>>Merawat jangkitan kudis buta(scabies)dan kurap. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam dan kerengsaan.

>>Digunakan sebagai tuba(racun) ikan.

>>Daunnya boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk perubatan seperti yang dilakukan oleh perubatan ayurveda



ada orang mengamalkan memakan beberapa pucuk dukung anak setiap hari katanya untuk menjauhkan diri dari dihinggapi penyakit darah tinggi.
Share this topic on Facebook
« Last Edit: 20 June, 2009, 07:09:41 PM oleh Munaliza Ismail »

Abi Naim

  • *
  • Offline
  • Posts: 266
  • my
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
    • http://www.2kali.com/?s=5372
:)

Sejenis tumbuhan berumpun yang gemar hidup di kawasan yang redup dan terlindng dari matahari. Buahnya mempunyai rasa manis sehinggakan apabila kita minum air atau makan apa saja selepas makan buahnya, semuanya terasa manis. Bahagian yang digunakan ialah akar dan buah.


Kegunaan

1. Bahagian akarnya berfungsi untuk:
~ Mengubati sakit ginjal,

~ Menguatkan fungsi seks

~ Menghilangkan sakit perut kerana kesejukan.

~ Mengubati sakit kepala

~ Mengubati ulser mulut
akarnya direbus sehingga mendidih dan dibuat kumur2


Sukar untuk mengambil closeup bunganya kerana pokoknya diselaputi oleh pokok renek.
Terpaksa dikuak batang pokok tersebut. Aye letakkan kamera betul2 di atas bunganya.

2. ~Buah lemba yang manis boleh menggantikan gula bagi pengidap kencing manis.
~ Buah lemba yang manis dicampurkan dengan air dan diminum amat sesuai untuk meredakan demam.

3. Ia juga dikatakan boleh mengubati demam malaria



4. Mengubati batuk

5. Merawat bengkak

6. Melawaskan kencing


Belum ada buah. Sedang galak berbunga. Aye pun belum rasai buahnya lagi. Tak sabar nak merasai buahnya yang manis itu

7. Sebagai ramuan ubat periuk bagi wanita.

8. Biji lemba yang berwarna hitam seperti biji selasih dicampurkan dengan sirap dapat menyejukkan badan
9. Daunnya yang kering boleh dipintal menjadi tali
Share this topic on Facebook

mamasnah

  • *
  • Offline
  • Posts: 17
    • View Profile
Re: Khasiat Herba
« Jawab #15 on: 16 July, 2009, 07:21:22 PM »
Salam semua...Daun Inai,Temu Lawak,Halia Bara,Temu Pauh mampu membakar lemak dibadan.


Caranya;
1.Bahan2 diatas dipotongserong dan kecil kecil.
2.Goreng tanpa minyak selama 5 minit.
3.Masukkan garam.
4.Gaul sebati.
5.Goreng hingga 1/2 jam,sehingga bahan berbau harum.
6.Ramuan yang digoreng tadi diletakkan pada tuala,ikat spt bonjot.
7.Tekapkan perlahan2 pada perut,paha dan betis.
8.Lakukan selama seminggu,setiap malam sebelum tidur.

 Inshaallah berjaya ,ia bukan saja membakar lemah malah membuang angin dalam badan.
Share this topic on Facebook

hada

  • *
  • Offline
  • Posts: 62
  • salam ikhwah seindah perjuangan:)
    • View Profile
Khasiat Dari Tumbuhan
« Jawab #16 on: 16 January, 2010, 01:06:53 AM »
Khasiat Dari Tumbuhan

1.  Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

2.   Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

3.  Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.

4.  Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5.   Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

Share this topic on Facebook
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”..renung2kanlah..

sherie62

  • :msya:
    saya sedang merawat diri saya dengan buah delima.. yang jelas ialah putik buah delima beserta dengan pucuk buah delima... untuk mengecutkan rahim saya yang membengkak...  :syukur: dari 10 cm turun ke 8 cm... disamping meminum air kunyit dan beralin telur. kalau kesan nya nanti menakjubkan saya akan maklumkan pada kalian.... :aamiin:
Share this topic on Facebook

No comments:

Post a Comment