Thursday, 9 February 2012


TIPS DIET MENGIKUT KUMPULAN DARAH


Nuffnang Ads

Tips ringkas yang ingin saya kongsi dengan anda semua hari ini, iaitu cara mengawasi pemakanan atau diet harian dengan mengikut kumpulan darah. Mungkin info kali ini merupakan sesuatu yang baru, atau barangkali juga sangat asing buat anda. Jadi, apa salahnya buat catatan ye.. : )
4 kumpulan makanan
Dr. Peter D’Adamo melalui bukunya yang berjudul ‘ Eat Right For Your Type ‘ menyatakan bahawa pengambilan makanan mengikut jenis darah tidak akan memudaratkan tubuh, sebaliknya ia mampu mencegah penyakit ringan sehinggalah kepada kanser.
Lebih menarik lagi, dengan pola pemakanan begini, anda tak perlu risau tentang jumlah kalori yang memasuki tubuh !
Terus kepada fakta utamanya, berikut adalah makanan yang dikatakan sesuai mengikut kumpulan darah.
Jenis O – Sesuai mengambil makanan berasaskan bijirin & juga kekacang. Namun adalah lebih baik, memakan produk daripada daging.
Jenis A – Sesuai jika anda memilih untuk menjadi ‘vegetarian’.
Jenis B – Lebih pelbagai pilihan / bervariasi termasuk daging & produk tenusu. Wah, untung pemilik darah kumpulan ini ya !
Jenis AB – Digalakkan mengambil banyak daging lembu, namun pastikan bukannya dipanggang atau dibakar.
Ok, itu sahaja entri kali ini.

No comments:

Post a Comment