Wednesday, 15 February 2012

Earth Hour mulanya adalah sebuah program kempen khas selama 60 minit yang diwujudkan bagi menyedarkan penduduk dunia tentang masalah kepanasan global yang makin meningkat. Kira-kira berpuluh negara mula menyedari kebaikan dan manfaat program ini lantas mengalakkan rakyat mereka untuk bersama dalam menjayakan program ini. Malaysia mula mengikuti program Earth Hour bermula 2009 yang lalu.


Namun, daripada pandangan beberapa pihak, tentunya dari kalangan pemerhati bebas dan penganalisis, mereka sedikit sebanyak merasa ragu-ragu dengan tuntutan sebenar program Earth Hour.



GLOBAL WARMING SATU PENIPUAN



Ketika Al Gore menerbitkan filem dokumentarinya yang bertajuk "An Inconvenient Truth" , seakan-akan kita mengetahui hanya ada satu kebenaran. Manusia adalah kambing hitam dek kerana lenyapnya gumpalan-gumpalan ais di kutub, setelah berlaku peningkatan suhu bumi dan atas bencana-bencana alam yang terjadi.


Namun tahukah anda bahawa sebahagian ilmuwan tidak mempercayai itu? Konsesi bersama itu telah mendapat counter consensus dari para ilmuwan yang berprofil tinggi. Dan sekarang saya akan menceritakan kepada anda apa yang disebut teori konspirasi pemanasan global.


Pemanasan global adalah sebuah hoax (penipuan) , dakwa sesetengah golongan profesional yang berkaitan dari kubu kontra Gore. Suhu bumi sesungguhnya hanya berubah sekitar 1 darjah Fahrenheit dalam tempoh satu abad. Tambahan lagi, planet bumi ini telah mengalami 'period zaman ais'.



Salah seorang yang berpendirian sedemikian ialah Steven Milloy yang memiliki kelulusan dalam bidang Natural Science dan Master dalam bidang Biostatistik dari Universiti of John Hopkins. Beliau ialah salah seorang juri bagi American Association for The Advancement of Science Awards selain pernah diminta oleh kongres Amerika Syarikat untuk menjadi saksi mengenai masalah-masalah berkaitan.



Steve Milloy telah menawarkan sejumlah $500,000 kepada sesiapa yang boleh "membuktikan, secara saintifik, bahawa manusia adalah penyebab kepada pemanasan global yang bahaya..."


Milloy menegaskan bahawa pemanasan global adalah "Ibu dari segala ilmu pengetahuan sampah". Ia merujuk kepada perubahan-perubahan suhu bumi yang terjadi secara semulajadi tanpa campur tangan manusia.



Beliau juga merujuk kepada Protokol Kyoto yang dianggapnya sebagai suatu lelucon. Protokol ini bertujuan untuk mengurangi pembebasan gas karbon dunia menjadi 8% pada tahun 2012. 8% adalah tahap bagi pembebasan gas karbon dunia pada tahun 1990. Kita juga tahu, sekali lagi Amerika (ketika dibawah Presiden Bush) menjadi 'naughty boy' yang menolak protokol ini, dengan mendapat sokongan negara-negara Eropah.



Tentunya Amerika dan Eropah akan bersikap seperti itu kerana mereka sendiri tahu bahawa ia hanyalah sebuah dongeng global yang sengaja dimainkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sebuah kajian dari Russia (bukan Amerika) menunjukkan bahawa konsentrasi gas rumah kaca di atmosfera berada pada tahap sekitar 370 PPM (per Million) dan bila protokol Kyoto diikuti, maka hal itu hanya akan merubah 1 atau 2 PPM saja pada tahun 2012.



Dengan menggunakan data yang disediakan oleh mereka yang mempromosikan Protokol Kyoto, jika setiap negara meratifikasi protokol tersebut, temperatur global rata-rata hanya akan berkurang sekitar 0,0015 darjah centigrades. Pada tahap ini, diperlukan 667 tahun dan $100 Trillion untuk menurunkan suhu bumi sebanyak 1 darjah centrigades.



Dan satu lagi, ketika kita, manusia dianggap sebagai kambing hitam penyebab pemanasan global, EPA (Environmental Protection Agency) menganggarkan bahawa 25% pembebasan gas metana yang dilepaskan ke Atmosfera berasal dari 'kotoran ternakan'. Kotoran ini turut menyumbang 65% nitrooksida. Akhbar The New York Times pada 27 Januari 2008 mempunyai laporan lanjut.



Mungkin ada diantara pembaca pernah menerima email yang menganjurkan anda untuk berhenti memakan daging untuk mengurangi pemanasan global.


Tidak hairan jika banyak orang yang mengatakan bahawa isu pemanasan global adalah salah satu strategi untuk menghasilkan keuntungan bagi pihak-pihak tertentu. Tentu saja bagi mereka, pihak-pihak berkaitan tersebut adalah Al Gore and Friends, dan Gore dituding sebagai pencetus terjadinya konspirasi global ini.



Pada tahun 2006, Al Gore terbang (dengan pesawat peribadi) dari rumah mewahnya di Tennesse ke Hollywood dimana beliau menerima Oscar untuk filem dokumentarinya "An Inconvenient Truth" yang memperingati bahaya akan pemanasan global dan bahaya peenggunaan berlebihan bahan bakar fosil.


Kita sebagai orang awam, menonton filem itu dan berkata "Wow...saya baru tahu tentang itu." Tapi nampaknya para saintis yang bijaksana telah menemui banyak pembohongan dalam filem itu. Gore dengan 'berhati-hati' menyatakan bahawa manusialah penyebab pemanasan global. Padahal seperti yang sudah saya katakan sebelumnya, sekelompok saintis berprofil tinggi di dunia turut menolak teori tersebut (termasuk Edwin Aldrin, manusia kedua yang berjalan di bulan). Ramai juga yang mengetahui hakikatnya, Al Gore adalah di antara 'mereka-mereka' yang menerima sumbangan besar dari pentadbiran Clinton (ketika Gore menjadi wakil presiden).


Ketika konsert Live Earth Concert 7/7/7 yang diselenggarakan oleh keluarga Rothschild, Al Gore mengumumkan bahawa sebuah pajakan karbon dalam skala Global untuk memerangi pemanasan global akan diwujudkan. Ia tentunya akan memberikan keuntungan kepada beberapa orang pemimpin dunia.



Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, adalah seorang Yahudi. Hubungan Al Gore dengan Yahudi Zionis boleh dilihat apabila anak perempuannya, Karenna Gore berkahwin dengan Paul Schiff yakni keturunan (Yahudi Rothschild) pengarah Wall Street. Dinasti Rothschild seperti juga Rockefeller, Disney dan beberapa lagi dinasti Yahudi Zionis yang lain, sememangnya antara penggerak utama dalam perancangan rahsia Zionis. Sebagai contoh, House of Rothschild merupakan penyumbang utama kewangan untuk Illuminati yang dibangunkan Adam Weishaupt pada 1776.



Selain itu, Al Gore dan GIM (Generation Investment Management Group) pernah membuat pelaburan sebanyak $10 million kepada Syarikat GreenRoad, yang mempunyai pusat kajian Yehuda, Israel di Beit Dagan Israel dan dua ofis di Amerika Syarikat (Redwood Shores, California) serta London (1 Eversholt Street London).



BAHAYA PENGGUNAAN LILIN


Tentu ramai yang membayangkan malah mungkin merancang untuk menyalakan lilin ketika program Earth Hour ini nanti. Langkah ini sebenarnya langsung tidak efisyen.


Ya, lilin sangat romantik, sangat syahdu dalam kegelapan tapi sedarkah pembaca bahawa kebanyakan lilin diperbuat dari hydrocarbon. Pembakaran lilin pada hakikatnya hanya akan menyumbang 'greenhouse gas' dan karbon dioksida berlebihan melebihi dari penggunaan lampu elektrik yang 'ditutup' itu sendiri.



Bayangkan ribuan, malah jutaan manusia menyalakan lilin ketika beramai-ramai merayakan simbolik ini, berapa banyak gas yang mencemarkan telah disebarkan keluar, walhal tujuan asal adalah untuk menyelamatkan bumi.



DUNIA KEMBALI KE ZAMAN LAMPAU?


Dalam artikel Dunia Kembali ke Zaman Lampau Selepas 2038? yang diterbitkan sebelum ini, telah diterangkan tentang ramalan 'keadaan bumi setelah dilanda Badai Matahari'. Nyalaan besar matahari akan membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. [laporan NASA]


Ketika itu manusia akan kehilangan segalanya yang dikecapi pada hari ini. Dunia pada ketika itu, hidup tanpa teknologi termasuk internet, senjata moden, perkakas elektrik. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan petika kenyataan oleh Albert Einstein :


"I know not with what weapons World War III will be fought, but World War IV will be fought with sticks and stones."


Kata-kata Einstein itu pastinya terkait rapat dengan apa yang telah diberitakan di dalam Kitab Perjanjian Lama - Injil.


“Pedang ada di luar kota, wabak dan kelaparan ada di dalam. Barang siapa (Yahudi) yang di luar kota akan mati kerana pedang, dan barang siapa (Yahudi) yang ada di dalam kota akan binasa oleh kelaparan dan wabak.”



Beginilah firman Tuhan, ‘Bertepuklah dan entakkanlah kakimu ke tanah dan serukanlah, ‘Awas!’ Oleh sebab segala perbuatan kaum Israel yang keji dan jahat, mereka akan rebah mati kerana pedang, kelaparan, dan wabak penyakit. Yang jauh akan mati kerana wabak, yang dekat akan mati kerana kelaparan. Demikianlah Aku akan melampiaskan amarah-Ku kepada mereka. Aku akan mengngkat tangan-Ku melawan mereka dan tanahnya, dimana saja mereka diam akan Ku buat menjadi musnah dan sunyi sepi mulai dari pedang gurun sampai Ribla’.”


Mungkin ada yang sangsi akan maklumat di atas. Namun kita perlu ingat bahawa segala maklumat yang dinyatakan di dalam Kitab Perjanjian Lama itu ada yang boleh diterima dan ada yang tidak. Dalam menyingkap pendapat ahli kitab, termasuk semua yang termuat dalam Taurat dan Injil kita hendaklah bersikap inshaf. Di antara pendapat itu, ada yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, ada yang menyimpang dan ada pula yang ditengah-tengah (tidak sesuai namun tidak pula bertentangan). Bagi pendapat yang ketiga (ditengah-tengah) Rasulullah SAW memerintahkan untuk diabaikan, tidak dibenarkan, tetapi jangan pula didustakan. Seorang Musim tetap dituntut untuk berhati-hati kerana sifat ahli-ahli kitab banyak dicela Allah SWT.



Surah an-Nisa ayat 46 dan Surah al-Ma'idah ayat 15 dan beberapa lagi ayat lain telah memberikan petunjuk yang jelas bahawa orang Yahudi dan Nasrani telah menyimpangkan kitab-kitab mereka yang diturunkan kepada rasul-rasul mereka. Dalam sebuah riwayat disebutkan "Janganlah kamu membenarkan Ahlukitab atau mendustakan mereka" Sementara itu, Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 136, maksudnya :


Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Ya`qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kaum Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".


Berbalik kepada topik asal, diberitakan juga bahawa di akhir zaman nanti yakni ketika Nabi Isa as hendak membunuh Dajjal, Baginda akan menggunakan senjata lembing. Berikut petikan daripada Kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid.


“Dan bahawasanya turun Nabi Isa ketika Dajal mengepung Mahdi serta pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas menara sebelah timur masjid Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan lembing dan Dajal hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di dalarn air"


Manakala dalam atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas dan Sayydina Ali bin Abi Thalib disebutkan bahawa Allah SWT akan melempari mereka (Yahudi-Kafir) dengan anak panah yang paling dasyat.


"....maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."


Hujahan diatas telah dipetik daripada pelbagai sumber termasuk pendapat-pendapat cendiakawan Islam dan bukan Islam. Ia juga memetik sumber-sumber daripada pelbagai kitab termasuklah Al-Quran mahupun Injil. Jadi apakah maklumat di atas masih kurang meyakinkan anda?



BAGAIMANA TERHAPUSNYA TEKNOLOGI MODEN


Berkenaan dengan TERHAPUSNYA SENJATA-SENJATA MODEN yang kemudian menyebabkan ia tidak lagi digunapakai dalam Perang Armageddon - dan beralih kepada penggunaan senjata tradisional seperti pedang, panah, lembing, batu dll cendiakawan Islam seperti Muhammad Alexander dalam bukunya "Armageddon Peperangan Akhir Zaman: Menurut al-Quran, Hadith, Taurat dan Injil" mempunyai hujahnya.


Bintang berekor atau komet terhasil dari bahan luar angkasa dengan mempunyai medan magnet yang besar. Ketika medan magnet ini sampai ke bumi, maka seluruh benda-benda logam akan dipengaruhi oleh medan magnet tersebut, sehingga semua logam akan berfungsi seperti magnet. Akibat drpd itu, elektrik akan terpadam. Hal ini akan terkesan pada peralatan teknologi yang diperbuat daripada logam. Semua teknologi yang diperbuat drpd bahan baku logam akan mati, tidak berfungsi. Semua komputer tidak akan mampu utk digunakan, satelit mati, senjata-senjata tidak berfungsi, radar nuklear tidak boleh digunakan kerana semua logamnya dipengaruhi oleh magnet sehingga saling bercantum erat satu sama lain,ia sekaligus akan menyulitkan operasi manualnya. Pesawat terbang F-16, Mirage, dll tidak mampu diaktifkan, begitu juga kenderaan lain. Sehingga hanya senjata konvensional saja yang boleh digunakan, kembali ke PEDANG DAN KUDA.



Sebuah kajian di British yang dilakukan oleh seorang pakar matematik dan fizik memberitahu bahawa, setiap logam mempunyai atom-atom yang bergerak dengan arah tertentu. Bila waktunya tiba, berdasarkan teori matematik dan gerakan atom tersebut akan berbalik arah ke arah sebelumnya. Sejak itulah seluruh benda yang diperbuat daripada logam tidak dapat berfungsi. Komputer, senjata dan mesin-mesin juga tidak berfungsi.



Pembalikan arah putaran atom juga boleh disebabkan dorongan (pengaruh) magnetik. Magnet mampu mengubah gerakan atom, suatu objek logam dari tidak searah menjadi searah. Sebagai bukti dorongan (pengaruh) magnetik mampu memporakberandakan mesin, komputer, persenjataan dapat dilihat menerusi beberapa peristiwa (tragedi) terutama Fenomena Segitiga Bermuda...
Hujahan Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko) mengenai hentaman bintang berekor ke atas bumi sangat panjang hingga beliau melanjutkan hujahnya pada buku kedua, bertajuk Armageddon 2 : Antara Petaka dan Rahmat.


Apakah mungkin Yahudi Zionis sedang meneliti betapa faktor cahaya memainkan peranan penting ketika itu?.



PERANG ARMAGEDDON



Bangsa Yahudi Laknatullah sememangnya menantikan 'Perang Armageddon'. Justeru, tidak hairanlah sekiranya sebutan 'World War III' acap kali kedengaran di dalam filem-filem keluaran studio Hollywood. Bukti lain yang mengesahkan keghairahan Israel terhadap Perang Armageddon ialah tindak-tanduk mereka terhadap Masjid al-Aqsa. Lihat saja gambar-gambar kemusnahan (kerekahan) Masjid al-Aqsa akibat operasi bawah tanah yang dilakukan Israel. Semuanya lain tak bukan adalah untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dan membina Haikal Sulaiman.


Perang ini sudah dijangka dan sudah diorkestrakan sehingga ia berpihak kepada perancangan puak Illuminati. Berikut adalah kata-kata Lambert :


"Inti bagi segala ini hanya dapat dicapai dengan mencetuskan rasa kebimbangan akan terjadinya perang. Kebimbangan ini mesti dikekalkan sehingga semua hasrat ini tercapai."


Jika merujuk pada kata-kata penulis buku Behold A Pale Horse, bukanlah sesuatu yang asing kerana para pengikut Illuminati telah merancangnya sejak dari dulu lagi.
"Pertubuhan rahsia sudah merancang mencetuskan ancaman perang sejak dari tahun 1917...tujuannya adalah untuk menyatukan umat manusia di bawah satu pentadbiran dunia yang mereka gelar New World Order."-ms 27



Gambar dibawah menunjukkan satu operasi sebuah agensi sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat - Federal Emergency Management Agency (FEMA) yang giat menyiapkan jutaan keranda.


Gambar (atas) berjuta-juta keranda telah disediakan oleh FEMA untuk menangani kematian mengejut beramai-ramai. Jika ia tiada kena-mengena dengan sebarang tipu muslihat Israel-Amerika, jadi mengapa perlu Youtube (anak syarikat Google) menghapuskan beberapa buah akaun Youtube yang mengutarakan kes FEMA Death Camps ini? - Sumber

No comments:

Post a Comment