Sunday, 19 February 2012

Serat membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut, menyebabkan kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk jangka masa lebih lama. Pengurus Produk Horlicks, Junie H’ng berkata, hidangan untuk sarapan sebaik-baiknya mudah tetapi mempunyai nilai khasiat tinggi.
Katanya, ini penting, terutama pada waktu pagi, kerana pada masa itu kanak-kanak mungkin tiada selera untuk makan.
“Bangkitkan selera mereka dengan memberi minuman suam atau panas. Antara cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan segelas minuman malta panas.  Minuman malta segera ini diperkuatkan dengan serat dan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan,” katanya.
Minuman malta mempunyai pelbagai khasiat seperti kalsium, vitamin A, B1, B2, C, D, asid folik, zat besi dan serat. Ini memastikan minuman malta menjadi pilihan baik untuk kanak-kanak serta keluarga mereka untuk sarapan mahupun minum petang.
Minuman malta biasanya mengandungi gula semula jadi yang cepat memberi tenaga kepada badan. Malah, ia memberikan dua kali ganda kalsium berbanding susu biasa.
“Selain enak dan penuh dengan khasiat, minuman malta senang didapati di mana-mana. Ini secara tidak langsung menggalakkan ibu mempelbagaikan penyediaan minuman malta bergantung kepada kreativiti sendiri.
“Sebagai contoh, ibu boleh menambah minuman malta dengan bijirin sarapan kegemaran anak atau sebagai bahan dalam roti untuk menambah rasa. Minuman malta juga sesuai ditambah kepada oat, coklat, madu dan untuk pencuci mulut.
“Lebih penting, mereka yang ada keperluan pemakanan istimewa seperti yang mengambil gizi cecair atau apa saja pemakanan untuk penghidap gastrik boleh menikmati minuman malta yang mudah tetapi berkhasiat,” katanya.
Sumber artikel di atas ialah dari Harian metro

No comments:

Post a Comment