Sunday 19 February 2012

Tatacara Tidur






1. Jangan Terlalu Kenyang
Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok untuk kesihatan. Perut yang kenyang akan menyebabkan cepat berasa mengantuk dan susah untuk bangun tidur


2. Berwuduk
Gosoklah gigi selepas makan atau sebelum masuk tidur. Biasakan diri mengambil air sembahyang sebelum tidur kerana malaikat menyukai orang yang selalu berwuduk.




3. Mengingati Kesilapan
Sebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi. Beristigfarlah memohon keampunan dari Allah.




4. Mahu Bangun Awal
Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris dua ayat-ayat Al-Quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil niatkan di dalam hati mahu bangun awal.




5. Membaca Doa
Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu: Maksudnya: “Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati.” Tidurlah dengan mengiring ke kanan dan seeloknya menghadapkan muka ke kiblat.




6. Bangun Pagi
Jika terjaga di tengah malam, ucapkanlah istigfar atau memuji kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula doa: Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepada-Nya kami akan dibangkitkan.”




7. Niat Yang Baik
Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment