MENGHIAS ruang kecil menguji kesabaran dan kreativiti. Sebenarnya, ruang kecil boleh menjelma selesa andai kena gaya adunannya. Ikuti sepuluh panduan menghias.
- 1. Menghias ruang tamu sempit
Ruang tamu paling penting kerana menjadi tempat bersantai, bersembang malah berhibur. Keselesaan amat dialu-alukan menerusi susun atur perabot menepati fungsi.
Buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan satu dua yang dikira penting meliputi majalah di atas meja, bekas bunga, kusyen hiasan dan sebagainya.
Elak menempatkan stereo, arca dan jambangan bunga di lantai. Kalaupun ingin menjadikannya seri ruang, pastikan ia ditempatkan di rak khusus buatnya. Manfaat ruang sebaiknya, misalnya menempatkan set televisyen di rak pasang siap di penjuru dinding.
2. Kelengkapan bilik tidur kecil
Hadkan bilangan perabot. Fungsi bilik tidur sebagai tempat melelapkan mata sekali gus katil ukuran besar patut dijadikan pilihan utama.
3. Ruang keluarga bersuasana lapang
Zahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk. Tempatkan kerusi beg kacang untuk keselesaan duduk. Kerusi berkenaan boleh dialih jika anda perlu melapangkan ruang. Di pasaran, ada pelbagai pilihan warna dan bentuk kerusi beg kacang mengikut kesesuaian gaya kediaman.
4. Ilham untuk ruang makan terhad keluasan
Pilih meja berukuran kecil atau jenis boleh dilipat. Meja lipat boleh dikecilkan jika anda ingin menggunakan ruang untuk tujuan tertentu misalnya ketika meraikan tetamu dan menganjurkan majlis istimewa.
Kabinet hiasan penjuru selain mempamerkan himpunan peralatan menghidang peribadi juga membantu menjimat ruang.
5. Menangani ruang dapur sempit
Permukaan kaunter meja warna cerah secara tidak langsung menitipkan persekitaran lapang. Selain itu, anda digalakkan membina kabinet siap dipasang unit dasar dan gantung.
6. Bilik air kecil bertukar luas
Suntik keserian kamar mandi menerusi latar warna sejuk yang memantulkan cahaya, tona putih, pastel dan warna semula jadi. Himpunan warna ini mampu membuatkan ruang sekali ganda luas.
Tonjolkan corak jalur menegak di dinding yang menampakkan siling lebih tinggi. Pilihan langsir sheers membenarkan kemasukan cahaya semula jadi sekali gus menjadikan ruang lebih luas dan terbuka.
Binaan ruang penyimpanan, rak dan para menjamin kekemasan susun atur kelengkapan bilik mandi.
7. Perabot pangsapuri sempit
Kunjungi pangsapuri contoh yang di tata hias bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai ukuran dan jenis perabot patut dipilih. Kebanyakan perabot yang ditonjolkan menawarkan ukuran serasi ruang, direka bentuk menghiasi penjuru dinding dan sesetengahnya dilengkapi ruang penyimpanan pintar iaitu barang ditempatkan di laci atau rak simpanan tersembunyi.
8. Cermin dinding
Cermin hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di tempat strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi mendapatkan pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di ruang yang memuatkan himpunan karya seni.
9. Dinding berwarna
Menggunakan tema warna sama bagi dua ruang berbeza mampu menghapuskan sempadan ruang. Namun, cara ini hanya boleh dicuba di bilik berkembar. Hindari penggunaan warna gelap dan kertas dinding bercorak sarat jika tidak mahu ruang kecil tambah terhimpit.
10. Teknik terbaik menjimat ruang
Kabinet buku siap dibina berkembar rak penyimpanan di bawahnya antara kaedah terbaik menjimat ruang. Kalau boleh bina sekali rak tambahan yang boleh menempatkan set televisyen dan stereo
Salam sayang u ols,...
Yuppp... ADam tahu. Lama tak hapdate... tak yah cakap pun dah tahu. Well, nak wat camna, laptop rosak dan sekarang tengah baiki... lagi 2 minggu baru siap katanya.
Anyway, sementara boleh hapdate nie menggunakan public PC nie, apa kata sesekali kita mengemas dan menghias rumah lak...ok tak?
Tips-tips nie adam dapat dari berita harian... kalu u ols rajin, gie la belek2 dari sana yer... Meantime, nanti ada gambar sesuai, ADam uploadkan nanti....
Yuppp... ADam tahu. Lama tak hapdate... tak yah cakap pun dah tahu. Well, nak wat camna, laptop rosak dan sekarang tengah baiki... lagi 2 minggu baru siap katanya.
Anyway, sementara boleh hapdate nie menggunakan public PC nie, apa kata sesekali kita mengemas dan menghias rumah lak...ok tak?
Tips-tips nie adam dapat dari berita harian... kalu u ols rajin, gie la belek2 dari sana yer... Meantime, nanti ada gambar sesuai, ADam uploadkan nanti....
- SEBUAH kediaman selesa ialah apabila berupaya memberikan kepuasan kepada pemiliknya sama ada dari sudut hiasan dalaman atau ruang luar. Aspek kebersihan penting kerana selalu diperhatikan tetamu apabila bertandang ke rumah.
- Lengkapkan diri dengan peralatan membersih seperti berus tandas, cecair pencuci tandas, kain pengelap, cecair pencuci cermin, penyapu berbulu sintetik, mop, beg plastik atau kotak untuk menyimpan barang dandanan diri yang bersepah dan bakul sampah. Pastikan ia mudah dicapai atau berada di sekeliling anda bagi mengelakkan tumpuan anda terganggu.
- Kumpul semua pakaian kotor ke dalam bakul.
- Perlu diingat, anda sedang mengejar masa dan kerja menguruskan baju kotor disambung selepas tetamu pulang.
- Buang semua sampah termasuklah produk dandanan diri anda yang tidak digunakan lagi.
- Jika lantai bilik air kering, gunakan penyapu untuk membuang sampah halus.
- Lap lantai dan gunakan kain pengelap untuk mengeringkan sinki atau tab mandi.
- Disebabkan anda mengejar masa, ketepikan penggunaan sabun dan berus. Gunakan saja kain pengelap untuk menyental kotoran degil yang sekali gus mengeringkan tempat itu.
- Bersihkan cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka. Jangan lupa, cermin antara perhiasan bilik mandi pertama yang dilihat dan ditatap tetamu. Pastikan permukaannya bersih serta bersinar-sinar.
- Mangkuk tandas juga perlu dibersihkan dan tidak perlu terlalu teliti.
- Lap bahagian luar mangkuk tandas menggunakan tisu basmi kuman.
Ramai yang menyedari betapa pentingnya dekorasi di bilik mandi kerana ia juga menjadi titik tumpu kepada anda seisi keluarga dan tetamu. Kemasan dan hiasan menarik di bilik mandi secara tidak langsung menggambarkan personaliti dan cita rasa pemiliknya.
Tanpa perlu dihiaskan dengan kelengkapan yang mewah ia masih menarik jika pemilik mempunyai imaginasi dan kreativiti untuk meningkatkan suasananya. Untuk itu, terdapat tiga perkara utama yang perlu diambil kira iaitu tempat mencuci muka, tempat mandi dan tempat membuang air.
Ketika merancang atau menghias bilik mandi, pastikan ruang mencukupi bagi mewujudkan keselesaan dan suasana menarik untuk kegunaan ramai. Bilik mandi juga perlu memberikan kemudahan dan manfaat kepada anggota keluarga termasuk warga emas dan kanak-kanak.
Bagi anda yang sentiasa sibuk dengan kerjaya, kunjungan tetamu dan sanak-saudara ke rumah tanpa diduga ada kalanya menimbulkan situasi kelam-kabut untuk membersihkan bilik mandi.
Berikut beberapa langkah mudah membersihkan bilik mandi:
- INGINKAN bilik tidur kelihatan menarik dan nyaman sentiasa? Di sini ada beberapa langkah untuk menyerlahkan lagi penampilan bilik tidur:
- Gandingkan cadar polos dengan sarung bantal berjalur atau corak kotak bagi menyerlahkan penampilan. Corak ini juga sentiasa segar dan tidak lapuk ditelan zaman.
- Jangan pilih cadar bercorak besar jika bilik tidur kecil. Ia membuatkan bilik tampak sempit dan sesak. Sebaliknya, pilih cadar berwarna cerah dan bercorak kecil.
- Cadar warna gelap menyerap cahaya dan tampak berseri pada waktu malam.
- Cadar juga mengalami perubahan gaya. Untuk selamat, pilih cadar yang bersifat klasik kerana cadar seumpama ini tidak ditelan peredaran masa atau gaya. Jika memilih cadar mengikut peredaran zaman (kontemporari), anda terpaksa berbelanja lebih membeli cadar baru apabila musim bertukar.
- Susun kusyen kecil beraneka warna di atas bantal tetapi pastikan ia tidak dibawa tidur untuk mengelakkan ia daripada kotor.
- Anda boleh menggubah jambangan bunga kecil yang sesuai diletakkan di atas katil sebagai penyeri.
- Elakkan daripada menggunakan cadar, sarung bantal dan sarung kusyen warna atau corak senada kerana ia memberikan kesan yang agak membosankan.
- Jika bercadang menghias bilik, lebih baik membeli cadar selepas bilik dicat. Pilihlah cadar mengikut keserasian atau konsep warna bilik supaya keseragaman warna menjadikan bilik nyaman.
Jika membeli cadar sebelum mengecat bilik, jalan paling selamat ialah dengan membeli cadar putih atau polos. Bagi menaikkan seri boleh diletakkan bantal kecil berwarna-warni.
Elakkan cat warna terang seperti oren, merah muda atau hijau pucuk pisang untuk dinding bilik tidur. Pilihlah warna lembut yang boleh mendatangkan kesan harmoni.
- FABRIK warna putih sering menjadi pilihan pemilik kediaman untuk menghias bilik tidur kerana ia melambangkan kebersihan, kesucian dan kemurnian. Warna itu juga senang dan sesuai untuk digandingkan dengan apa juga warna perabot jika dijadikan pilihan.
- Cuci fabrik putih berasingan dengan pakaian berwarna dalam air suam dengan putaran sederhana jika menggunakan mesin basuh.
- Gunakan hanya separuh daripada sukatan serbuk pencuci yang dicadangkan untuk menghalang kesan kerosakan fabrik pada jangka masa panjang.
- Elak menggunakan peluntur berasaskan klorin untuk fabrik putih kerana ia akan melunturkan warna sebenar fabrik. Ia boleh merosakkan jalinan fabrik.
- Asingkan mengikut jenis fabrik. Jangan cuci linen daripada kain kapas bersama cadar jenis polyester.
- Basuh kain sebelum digunakan untuk kali pertama untuk melembutkan fabrik bagi mendapatkan keselesaan.
- Untuk memanjangkan hayat fabrik bilik tidur, sediakan sekurang-kurangnya tiga set cadar dan gunakan secara berselang-seli, satu digunakan, satu dibasuh dan satu set bersih tersedia dalam almari.
- Jangan perap cadar yang dibasuh dalam mesin basuh.
- Jemur segera sebaik ia selesai dicuci untuk mengelakkan ia daripada berkedut.
- Jemur di bawah pancaran matahari kerana cahaya terik adalah agen pemutih fabrik semula jadi.
- Jika cadar berkedut, tambahkan secamca besar cuka masakan dengan air. Semburkan campuran ini pada cadar untuk memudahkan kerja menggosok.
Jika diperhatikan kebanyakan hotel atau rumah rehat menggunakan cadar, tuala dan alas meja putih kerana ia mampu membangkitkan suasana tenang dan harmoni.
Namun, tidak ramai sukakan warna ini kerana ia cepat kotor dan susah dijaga tambahan pula jika mempunyai anak yang sedang membesar. Di sini beberapa panduan bagi menjaga fabrik putih supaya sentiasa bersih dan berseri.
No comments:
Post a Comment