Kelengkapan asas bilik mandi
Kepala paip dan pemancur
- Dua pilihan alat pemancur ialah dipasang tetap pada dinding atau boleh ditanggalkan yang dilengkapkan dengan gelung daripada bahan logam, getah atau plastik.
Tab mandi
- Ada bentuk segi empat bujur, empat segi sama dan bulat.
- kelebihan pancuran menjimatkan dari segi penggunaan ruang sementara tab mandi mengambil lebih ruang tetapi memberi kepuasan kepada mereka yang suka berendam.
Mangkuk tandas
- Ada dua jenis di pasaran iaitu mangkuk tandas duduk dan cangkung.
- Mangkuk tandas rekaan lama mempunyai pengepam yang digantung tinggi pada dinding tetapi mangkuk tandas jenis moden dibina berhampiran pengepam.
- Mangkuk tandas duduk lebih menjimatkan ruang berbanding tandas cangkung.
Mangkuk cuci
-Sesuai dipasang jika ada lebihan ruang.
- Fungsi sebagai tempat mencuci selepas membuang air besar. Penggunaannya tidak diutamakan kerana mangkuk tandas selalunya disediakan bersama kepala paip.
Sinki
- Ada yang jenis berkaki, digantung di dinding, dipasang pada permukaan kabinet.
- Selalunya atas sinki dipasang cermin.
TIP
RAMAI mengambil mudah keselamatan di bilik air. Berapa ramai mengetahui kemalangan di bilik air menduduki tempat kedua selepas dapur. Antara panduan keselamatan di bilik air:
Jangan memasang lampu jenis boleh ubah suai atau gantung di bilik air kerana dikhuatiri terkena percikan air.
Jika mahu memasang lampu di bilik air, pastikan tangan kering. Seeloknya pasang mentol bersama penebat kerana bukan saja menutup bahagian logam tetapi melindungi mentol.
Jangan sesekali menggunakan pencahayaan suram dalam bilik mandi bagi mengelakkan kemalangan akibat kurang cahaya.
Jauhkan punca elektrik daripada sumber air.
Pasang lampu kecil dalam kabinet menyimpan peralatan membersih diri bagi mengelakkan daripada tersalah ambil terutama malam hari.
Pisahkan ruang kering yang merangkumi kabinet menyimpan peralatan mandi, sink dan tandas dengan ruang basah menempatkan tempat mandi dan rak tuala bagi mengurangkan risiko tergelincir.
Letak alas kaki di luar dan dalam bilik air bagi mengelakkan tergelincir jika keluar dengan kaki yang masih basah.
Jika lantai dalam bilik air berkemasan licin, gunakan pelapik getah yang membenarkan laluan air sebagai pelapik lantai.
Pastikan lantai bilik air kering terutama selepas digunakan bagi mengelakkan orang yang bakal menggunakan tergelincir.
Jika menggunakan tirai sebagai pelindung tab, pastikan dimasukkan ke dalam tab ketika mandi supaya renjisan air mandi tidak mengalir ke lantai.
Sediakan bangku kecil terutama jika bilik air digunakan oleh kanak-kanak bagi meninggikan kedudukan mereka supaya dapat menggunakan sink dengan selesa.
Jika bilik air digunakan golongan tua, pastikan rel dipasang pada dinding bagi memudahkan mereka berpaut.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:14
Jenis mentol dan tiub
Tiub dan mentol kalimantang
Tahan lama dan menggunakan tenaga yang sedikit.
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk serta saiz seperti bulat, panjang berbeza dan melengkung.
Kadar cahaya tidak boleh dikawal dan adakala bergantung kepada suhu sekeliling.
Mentol Halogen
Dikenali sebagai tungsten.
Gas dikenakan di sekeliling filamen tungsten untuk menghasilkan cahaya lebih terang.
Lampu ini tahan lama dan saiz yang kecil serta mudah dilaraskan tahap cahaya.
Tinggi penggunaan tenaga dan cepat panas. Jika habuk melekat pada mentol ia mudah meletup. Jangan sesekali menyentuhnya tanpa pelapik.
Neon
Sama seperti kalimantang yang direka khas.
Selalunya didatangkan dalam warna dan digunakan untuk papan tanda.
Tidak menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.
Harga mahal tetapi mampu bertahan lama.
Fiber Optik
Membawa cahaya menerusi bahagian yang menyerupai terowong.
Disebabkan tiada bekalan elektrik terkandung dalam kabel, ia membenarkan fiber optik digunakan dalam air, bahagian dalam dan luar rumah.
HID (High Intensity Discharge)
Banyak digunakan untuk bangunan, lobi, taman.
Lampu ini termasuk lampu sodium yang menghasilkan lampu terang tetapi menggunakan tenaga yang kurang.
Mentol pijar (Incandescent)
Menggunakan filamen yang dipanaskan sehingga mengeluarkan cahaya.
Boleh dipasang pada mana-mana jenis bentuk lampu.
Kadar cahaya boleh dilaraskan.
Mentol ini memerlukan tenaga yang agak kuat , tidak tahan lama dan cepat panas.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:17
Panduan sapuan cat sempurna pada permukaan baru
Lapisan kayu, gunakan cat asas kayu disusuli dengan satu lapisan cat alas dan dua lapisan cat kilat.
Permukaan besi dan keluli, satu lapisan cat asas logam oksida merah atau cat asas logam zink kromat disusuli dengan satu lapisan cat asas sebelum mengecat dua lapisan cat kilat.
Bagi permukaan besi yang baru atau pernah dicat, pastikan permukaan itu kering bersih daripada habuk karat dan minyak.
Cat ini sedia digunakan dan jika perlu gunakan pencair kegunaan am atau `turpentine'
Biarkan lapan jam atau hingga kering sebelum mengecat semula
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:18
Hias sesuai bentuk tingkap rumah
MENGHIAS tingkap dengan langsir atau bidai memang merumitkan. Tambahan pula tingkap pada masa kini tidak hanya berbentuk empat segi kerana semakin ramai pemilik rumah mahukan kelainan.
Bentuk tingkap yang lain agak sukar dihias. Berikut adalah beberapa panduan untuk memudahkan anda menyerikan tingkap bersesuaian dengan bentuknya.
* Kecil dan bulat.
Tingkap jenis ini begitu popular pada suatu masa dulu. Tingkap bentuk ini agak sukar dihiasi dengan langsir dan sesuai digantikan dengan kaca bercorak.
*Tingkat tinggi dan sempit.
Tingkap yang sempit tapi tinggi menegak biasanya diletakkan di tepi pintu. Ia membenarkan cahaya dari luar menyinari ruang itu. Tetapi orang ramai yang lalu lalang mudah melihat ke dalam rumah. Bagi mengelak masalah itu, gantungkan bidai yang boleh ditinggikan dan direndahkan.
* Tingkap kaca yang terlalu besar.
Tingkap jenis ini biasa ditemui di pangsapuri atau kondominium. Selain berfungsi sebagai tingkap, ia adalah pintu untuk keluar ke beranda rumah. Saiznya yang besar, memerlukan kain langsir yang banyak jika hendak menutup dengan langsir.
Lebih ideal jika menggunakan bidai yang tinggi menegak serta boleh dibuka dan ditutup dengan hanya menarik talinya. Menggunakan bidai jenis ini lebih menjimatkan dan tahan lama biarpun kerap terdedah dengan cahaya matahari.
Warna semula jadi lebih mudah disesuaikan dengan apa saja warna atau jenis perabot.
* Tingkap kecil dan pendek.
Bagi tingkap ini, pemilihan langsir hendaklah jenis ringkas tetapi perlu labuh bagi menonjolkan suasana lebih lapang dan luas. Labuh langsir sekurang-kurangnya satu jengkal dan jika boleh jangan ada ruang antara lantai dan langsir.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:19
Info: Rahsia kertas dinding
Menceriakan ruang yang kelam.
Senang dipasang dan mempunyai pelbagai pilihan yang berupaya menampilkan ruang lebih berseri.
Menjadikan ruang kecil nampak luas.
Ruang lebih cantik dengan pelapik bertekstur, bercorak dan mempunyai kelainan dari segi warna mengikut kesesuaian dalam ruang.
Dapat menjadikan laluan yang sempit lebih selesa dan luas.
Tahan lama, senang dijaga dan dibersihkan.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:22
Hiasan tambahan menyerikan
Oleh Norakmah Mat Youb
PEMILIHAN warna, meletak barang mengikut jenis,
membantu menaikkan seri ruang makan.
SESETENGAH pemilik rumah hanya mementingkan keserasian perabot utama hingga terlupa meneliti hiasan tambahan sedangkan ia mampu menaikkan seri bilik atau rumah. Antara yang boleh anda dilakukan:
Jika memasang kertas dinding, elak corak keterlaluan. Sebaiknya, pilih warna neutral dengan corak ringkas.
Kumpulkan semua barang hiasan dan asingkan mengikut jenis, warna atau konsep. Letakkan barang mengikut kumpulan untuk memberi kesan lebih tersusun.
Jangan hadkan hiasan dinding kepada bingkai gambar, lukisan atau cermin saja. Boleh juga menggantungkan pinggan lama.
Pasang rak dinding kecil untuk menghias sudut sempit. Di atas rak ini boleh diletakkan lilin aneka warna atau cenderahati.
Berhati-hati ketika membeli barang hiasan di pameran. Ia mungkin cantik ketika di kedai dan menjadi janggal apabila dipadankan dengan keadaan atau hiasan rumah.
Jangan buang perhiasan lama yang ada kenangan pada diri anda. Contohnya lukisan ketika di sekolah atau gambar ketika kecil. Gambar lama begini lebih berharga jika diletakkan dalam bingkai.
Pelbagaikan hiasan dinding di rumah. Hamparan kecil pun mampu menarik perhatian tetapi ia cepat mengumpul habuk dan tampak kusam. Perlu rajin membersihkannya supaya ia sentiasa tampak baru.
Jika suka lukisan tetapi tidak mampu membelinya, buatlah lukisan sendiri. Hiasan yang dibuat sendiri lebih bermakna.
Jangan keterlaluan menghias dinding. Jika cat dinding bilik berwarna gelap, gantungkan hiasan yang berwarna cerah. Memadai meletakkan beberapa hiasan yang sepadan pada satu dinding.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:23
Hiasan, kemasan sesuai elak kemalangan di rumah
Oleh Norakmah Mat Youb
HIASAN dalaman, penggunaan barangan dan kemasan yang tidak sesuai boleh mengundang kemalangan. Antara ruang dalam rumah yang mudah ditimpa kemalangan ialah dapur, bilik air dan tangga. Antara panduan perlu dipatuhi:
Panduan elak kemalangan di rumah
Di kawasan sentiasa lembap dan berminyak perlu dicuci dengan berus dan bahan cucian lantai. Pastikan kawasan itu dilap kering untuk mengelakkan tergelincir akibat lantai licin.
Semua kemasan lantai jubin hendaklah mempunyai permukaan kasar dan kesat.
Lantai perlu mempunyai kecuraman yang betul supaya air mengalir terus ke lubang keluar kerana air bertakung akan menyebabkan lantai berlumut dan licin.
Menerima pencahayaan mencukupi sama ada daripada sumber semula jadi atau cahaya tambahan seperti lampu kalimantang.
Mempunyai bukaan maksimum untuk mengeluarkan udara panas atau wap minyak. Pengedaran udara secara silang paling sesuai dan baik untuk rumah Malaysia.
Pasang kipas penyedut untuk mengeluarkan udara panas ketika memasak.
Periksa selalu tangga dengan kemasan permaidani kerana kerana kadang kala ada bahagian sambungan yang tertanggal.
Sediakan susur tangga (tempat pemegang), tanda anak tangga di garisan hujungnya dengan pita bagi membantu arah pijak.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:23
Mengapa Jubin Menjadi Pilihan
1. Kelebihan kos dalam jangka panjang
Jubin semakin menjadi pilihan bagi pemilik rumah yang melihat keuntungan bagi jangka panjang. Ini kerana ciri utama jubin yang mudah dijaga. Anda tidak memerlukan bahan pencuci mahal, cukup sekadar menggunakan air untuk membersihkan jubin dengan mop atau penyapu. Jubin juga tidak menyimpan bakteria, hama dan habuk.
2.Pelbagai pilihan
Bergantung kepada bajet, anda boleh mendapat pelbagai pilihan jenis jubin di pasaran. Jika bajet anda besar, mengapa tidak memilih jubin import. Bagaimanapun jika bajet sederhana, jubin buatan tempatan tidak kurang cantik, malah ada yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Jubin boleh diperolehi dari saiz 10 X 10 sentimeter hingga sebesar 60 X 60 sentimeter. Bentuk pula meliputi segi empat, segi enam dan segi lapan.
3. Tahan lasak
Semakin ramai pemilik rumah kini beralih kepada jubin. Dulu jika rumah dua tingkat, lantai tingkat atas biasanya menggunakan parket, tetapi ramai yang kini memilih jubin. Ini kerana jubin tidak rosak walaupun air bertakung di lantai untuk suatu tempoh agak lama. Begitu juga dengan perubahan suhu dan cuaca, kebakaran dan penggunaan yang tahan lasak.
4.Nilai estetika
Penggunaan jubin boleh menyerlahkan kecantikan rumah. Ini bergantung kepada gaya jubin dipersembahkan. Pemasangan jubin tidak semestinya berbentuk petak seperti di kebanyakan rumah, malah boleh dibuat menyerong atau menegak. Malah jika sanggup berbelanja lebih, anda boleh menempah jubin untuk pembinaan mural yang pasti menjadikan lantai atau dinding berbeza berbanding rumah lain. Tentu tetamu kagum melihat wajah Monalisa yang terkenal atau seekor harimau yang garang pada dinding rumah anda.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:24
Jangan buang perabot lama
ADA ketika pemilik kediaman yang memiliki banyak perabot lama terpaksa menyimpannya di stor atau sudut rumah tanpa disusun.
Kemungkinan barangan itu sudah lama dibeli, dihadiahkan atau warisan daripada orang tua dan saudara.
Oleh itu, barangan berkenaan mungkin termasuk dalam kategori `hendak dibuang sayang? iaitu yang tidak sanggup disingkirkan.
Namun, jika anda kreatif seperti pereka hiasan dalaman, ia boleh disusun menjadi lebih menarik dan menghasilkan kombinasi yang mengagumkan terhadap dekorasi dalaman rumah.
Cara kreatif susun perabot lama:
Kumpulkan maklumat dan data seluruh perabot yang dimiliki, bentuk, gaya atau materialnya.
Buat reka letak perabot pada ruang yang bakal diisi. Tentunya kita sudah menjangkakan untuk memasukkan jenis perabot sesuai di sudut menarik rumah. Dari situ, kita mudah melihat barang yang masih boleh digunakan atau sebaliknya.
Usahakan sebanyak mungkin barang-barang itu supaya boleh digunakan lagi. Namun, jangan terlalu memaksa untuk dimasukkan ke ruang kediaman sehingga menyebabkan ruang menjadi sempit.
Kumpulkan barangan berdasarkan gaya dan reka bentuk. Misalnya pe rabot klasik atau antik di satu sudut, yang berasaskan rotan di tempat lain.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:26
INFO: Tip mudahkan kerja di dapur
Masukkan makanan dalam kotak, bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan makanan dalam bekas telus memudahkan kita melihat bila makanan itu hampir habis dan perlu dibeli baru.
Susun botol rempah yang berlabel mengikut susunan abjad.
Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat. Anda akan mengambil ruang penyimpanan yang banyak jika menggunakan bekas bujur dan bulat.
Bandingkan kaedah susunan menyimpan barangan seperti biskut dan papan pemotong. Susunkan secara menegak atau melintang kerana ini lebih menarik lagi berbanding meletakkan begitu saja di kaunter.
Senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet di peti sejuk. Ini juga memudahkan ahli keluarga menulis barangan keperluan lain.
Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan yang mudah melekat pada bekas pembakar. Dengan itu, tidak perlu membasuhnya lama dan kerap.
Simpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak atas sinki kerana tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barangbarang ini.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:26
Susun atur kreatif serikan ruang tamu
RUANG tamu adalah bahagian rumah yang paling sering digunakan. Berikutan itu, gaya dan susun atur di ruang itu harus selesa dan menyenangkan kerana di situ sering dijadikan tempat berbual dan beristirehat bersama keluarga atau teman.
Di sini ada beberapa panduan yang boleh dilakukan ketika menghias ruang tamu supaya lebih cantik dan bergaya.
Pastikan saiz perabot.
- Ia amat penting bagi memastikan keselesaan kepada penghuni. Jika saiz ruang tamu agak terhad, sebaiknya gunakan perabot bersaiz kecil dan ringkas.
-Kadang-kala tidak mempunyai set sofa yang lengkap memberi makna yang lebih baik untuk ruang tamu bersaiz kecil. Pilih perabot yang penting saja.
Gunakan cermin untuk ilusi ruang.
- Cermin atau panel kaca membantu memberi ilusi ruang yang sempit menjadi luas, kesan daripada pantulan imej yang dihasilkan.
- Cermin besar jika diletakkan di ruang tamu dapat menambahkan saiz ruang, manakala warna latar di dinding yang terang turut membantu mencerahkan ruang.
Sekiranya ruang tamu untuk kegunaan rasmi seperti berbincang membabitkan urusan rasmi, sebaiknya jangan digabungkan dengan tempat menonton kerana ia boleh mengganggu tumpuan.
Jika mempunyai ruang tamu yang besar, lebih baik dibuat beberapa ruang berbeza bagi memastikan ruang besar dapat digunakan dengan sebaiknya. Mungkin juga sebahagian ruang tamu dijadikan ruang menonton dan beristirehat.
Warna memainkan peranan penting. Untuk memastikan ruang tamu nampak menyerlah dan bergaya, pilihlah warna-warna lembut dengan motif sederhana.
- Sentiasa pastikan warna dinding selari dengan warna perabot, langsir dan permaidani.
- Sekiranya ingin suasana tenang pilihan terbaik ialah warna hijau. Selain itu, elakkan menggunakan terlalu banyak warna kerana ia akan memeningkan kepala.
Tambah hiasan atau perabot dalam ruang tamu bagi mengelakkan ruang yang ada kelihatan kosong dan kurang menyerlah. Berilah nafas di ruang tamu dengan meja kopi, kabinet, lukisan, bunga, lampu hiasan dan juga pokok-pokok hijau segar.
Author: Syd Time: 21-7-2006 16:27
Tips keselamatan di bilik kanak-kanak
Oleh Norakmah Mat Youb
KETIKA menghias bilik anak terutama bayi perkara penting perlu diambil kira ialah keselamatan mereka dan barulah beralih kepada pemilihan kemasan dinding selain perhiasan yang dapat merangsang fikiran bayi.
Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan ruang.
Selain itu, pastikan keselamatan yang diambil mengikut peringkat perkembangan minda kanak-kanak dan bukan berdasarkan usia saja:-
* Tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan kedudukan kaca kekal di tempatnya.
* Pasang kunci keselamatan, jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya. Jika pasang jeriji, pastikan bentuknya lurus bagi mengelakkan mereka memanjatnya.
* Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji.
* Pasang langsir atau bidai yang sesuai di tingkap bilik supaya dapat menapis kemasukan cahaya matahari terus.
* Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang saja.
* Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.
* Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai parket yang tertanggal dan lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelakkan kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak jubin yang pecah.
* Jangan sesekali memasang lampu lantai di bilik kanak-kanak, sebaliknya lebih sesuai menggunakan lampu kalimantang atau lampu dinding yang boleh dikawal cahayanya.
* Elakkan daripada membeli perabot berbucu tajam. Pilih yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik.
* Jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan. Letak katil di penjuru sudut yang dipagari dinding sebagai langkah keselamatan tambahan.
* Peti menyimpan permainan sangat berbahaya bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah. Jika menggunakannya pastikan peti itu tidak dilengkapi kunci atau selak yang boleh memerangkap kanak-kanak di dalamnya.
* Permainan elok disusun di lantai supaya memudahkan mereka mengambilnya tetapi barang berbahaya seperti gunting dan losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi.
* Letak patung besar berasingan daripada bayi terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung itu.
* Jangan guna perhiasan kecil atau kaca serta perhiasan tembikar yang mudah pecah kerana dikhuatiri akan dimasukkan ke dalam mulut bayi atau kanak-kanak.
* Elak meletak perhiasan kaca di atas meja beralas kerana kemungkinan besar mereka akan menarik alas itu menyebabkan perhiasan jatuh dan pecah sekali gus mengundang bahaya.
* Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.
* Pastikan perabot dalam bilik kukuh dan tidak mudah digerakkan. Jika boleh, susun peti penyimpanan barang, rak buku dan almari rapat ke dinding.
* Jika ingin menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan kanak-kanak sehingga terbawa-bawa dalam tidur.
* Berhati-hati dengan punca elektrik. Tutup palam elektrik yang tidak digunakan dan sentiasa pastikan peralatan elektrik dalam bilik kanak-kanak berada dalam keadaan baik.
* Jika mempunyai wang lebih, boleh pasangkan alat pencegah kebakaran di bilik kanak-kanak anda.
Author: Syd Time: 24-7-2006 14:11
Panduan menggunakan gas memasak di rumah
Kebanyakan dari kita menggunakan gas untuk memasak di rumah kerana lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Apa yang sering dilupakan oleh kita sebagai pengguna tidak mengambil perhatian tentang aspek keselamatan menggunakan gas selagi belum berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Kadangkala kita meletakkan silinder di mana suka tanpa mengambil kira pengudaraan yang cukup atau apakah dekat dengan punca haba serta elektrik?
Begitu juga dengan saluran gas dan alat-atur yang tidak pernah diganti bertahun lamanya.
Sikap tidak acuh walaupun perkara ini sudah sering diperkatakan akan memerangkap diri dan mengundang bahaya.
Kata orang, beringat sebelum kena, kita patut mengambil langkah tertentu terlebih dahulu sebelum bahaya menimpa.
Melalui khidmat masyarakat Shell telah mengariskan panduan lengkap kepada pengguna gas di rumah dalam buku kecil Cara Selamat Menggunakan Shell Gas.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:-
* Belilah silinder dan alat kelengkapan daripada wakil pengedar gas yang sah.
* Pastikan silinder gas anda sentiasa tegak.
* Letakkan dapur dan silinder gas tinggi dari paras tanah dan letakkan dapur lebih tinggi daripada silinder gas. Saluran getah tidak tersentuh dengan bahagian dapur atau ketuhar yang panas
* Letakkan silinder gas anda setinggi 1 cm hingga 1.5cm dari sebarang nyalaan atau punca haba seperti alat elektrik atau punca elektrik dan sebarang nyalaan kecuali jika silinder gas tersimpan di tempat silinder yang baik pengudaraannya dan dibuat khas untuk tujuan tersebut.
Sentiasa pastikan anda menyalakan dapur atau ketuhar yang bukan outomatik dengan cara yang betul:-
* Nyalakan mancis terlebih dahulu kemudian cucuh api ke pembakar dan akhir sekali barulah memutar alat kawalan nyalaan.
* Ketika memasak, pastikan pintu dan tingkap dibuka untuk pengudaraan yang baik.
* Jauhkan langsir dari dapur agar tidak berkibaran di atas dapur atau pembakar.
* Ingat jangan tinggalkan masakan tanpa pengawasan
* Jangan letakkan perkakas memasak yang masih panas di atas silinder gas dan jangan biarkan silinder gas terdedah kepada haba yang berlebihan.
* Jika tidak memasak buat jangka waktu yang lama, tutupkan saluran bekalan gas di dapur dan di alat-atur.
* Sebarang kebocoran gas boleh dikesan dari bau-nya yang meresap keluar secara berlebihan.
* Ingat, sentiasa periksa saluran gas dari semasa ke semasa. Bagi mengesan kebocoran, gunakan air sabun di bahagian yang disyaki bocor dan jika terdapat buih semakin membesar menandakan berlaku kebocoran.
* Anda dinasihatkan jangan cuba memeriksa kebocoran gas dengan menggunakan api.
* Periksa alat-atur, saluran gas dan klipnya dari semasa ke semasa. Gantikan segera jika sudah haus.
* Anda digalakkan menukar saluran gas dan klipnya dua tahun sekali dan alat-atur pula setiap lima tahun.
Apabila menukar silinder gas, sentiasa pastikan perkara berikut:-
* Tiada nyala berhampiran alat kawalan. Tutup alat kawalan nyalaan dan kendalikan silinder gas dengan cermat, ingat jangan hempas atau heret silinder gas.
* Pasangkan alat atur ke atas injap silinder dengan alat kawalan (garis merah bagi gas Shell) menghala ke bawah, pastikan alat-atur mempunyai gelang getah dalam injap silinder.
* Pusingkan alat kawalan mengikut putaran jam sehingga menghala ke pukul 9.00. Ini menguncikan alat-atur ke injap selinder.
* Bagi menggunakan gas, putarkan alat kawalan itu lagi mengikut putaran jam sehingga menghala ke pukul 12.00.
* Untuk menutup gas di alat-atur, putar semula alat kawalan mengikut putaran songsang jam menghala ke pukul 9.00.
* Bagi menanggalkan alat-atur, putar alat kawalan mengikut putaran songsang jam sehingga menghala ke pukul 6.00 dan tanggalkan alat-atur.
* Sentiasa letakkan semula penutup keselamatan pada muncung injap silinder gas apabila alat-atur ditanggalkan.
Jika berlaku kecemasan kebocoran gas apa yang perlu anda lakukan:-
1. Tutup alat-atur dan kawalan nyalaan dapur.
2. Buka semua tingkap, jangan pasang atau cuba menutup sebarang perkakas elektrik atau memetik suis.
3. Sebaiknya laporkan kepada pengedar gas berdekatan.
Jika berlaku kebakaran gas:-
1. Tutup segera bekalan gas. Jangan cemas.
2. Segera beritahu tentang kebakaran tersebut dan suruhlah semua orang keluar.
3. Jika boleh padamkan api, kalau tidak jangan bahayakan diri sendiri segeralah panggil bomba dan kecemasan. Tindakan lain yang perlu diambil tutup pintu bagi membendung kebakaran dari merebak.
Apa perlu dilakukan jika tiba-tiba api padam ketika anda sedang memasak:-
1. Tutup alat kawalan nyalaan.
2. Biarkan udara masuk untuk menghilangkan gas.
3. Nyalakan semula dapur hanya apabila tiada lagi bau gas keluar.
Author: Syd Time: 24-7-2006 15:28
Kaedah kemas ruang tamu
BERBANDING penggunaan yang terhad sebagai ruang formal meraikan tetamu, ruang tamu kini diperluaskan fungsinya. Selain meraikan tetamu, pemilik kini selesa bersantai bersama ahli keluarga. Tarikan utama ruang ini banyak terletak kepada kaedah menghiasinya.
Perkara utama yang perlu diingat ialah ruang tamu seharusnya memberikan keceriaan, keselesaan dan kedamaian kepada pemilik. Untuk itu, realisasikan ruang tamu dengan idea menghias seperti berikut:
Warna adalah elemen menghias yang paling penting dan jangan dipandang ringan. Pilih warna cerah dan rona semulajadi untuk kemasan dinding. Warna itu memudahkan anda memilih dan meletak perabot. Jika bercadang menukar dan suai padankan perabot baru juga lebih mudah.
Lantai kemasan kayu akan mencantikkan lagi penampilan ruang tamu. Jika mempunyai peruntukan sederhana, penggunaan permaidani dalam warna semula jadi adalah alternatif terbaik.
Kedudukan perabot penting jika mempunyai ruang tamu yang luas. Adalah lebih baik jika membahagikan ruang berkenaan kepada dua kaedah susunan perabot berbeza. Ini dapat mencipta sebuah ruang tamu yang selesa dan dapat melayan tetamu dalam kumpulan kecil dengan mudah.
Susunan perabot di ruang tamu sebaiknya menghadap ke satu objek yang boleh dijadikan titik tumpu. Contoh titik tumpu yang boleh diwujudkan ialah sebingkai cermin hiasan dinding yang menarik dan unik, bingkai gambar, atau menghadap ke arah tingkap kaca besar bertentangan taman atau landskap.
Jika perabot lebih cenderung kepada warna semula jadi, fikirkan kaedah lain untuk menceriakan ruang. Terapkan bantal kusyen berwarna terang atau yang menarik motifnya.
Menggantung gambar. Bagi yang menggemari karya seni, pastikan anda menggantungkan karya ini atau sebuah karya bertentangan susunan perabot utama.
Pilih kedudukan tempat menggantung cermin hiasan yang sesuai supaya tetamu tidak terganggu dengan imej mereka yang kerap kelihatan.
Sepohon pokok renek yang kurang merimbun serta segar sangat menarik jika diletakkan di ruang ini. Letakkan berhampiran pintu masuk atau televisyen.
Kolam kecil atau air pancuran sangat menarik jika diterapkan dalam ruang tamu. Ia akan menghidupkan suasana dalam ruang ini.
Harus diingat bahawa pencahayaan yang baik dalam ruang tamu dibantu jenis lampu fungsi berbeza. Sebaiknya, perlu ada lampu untuk menerangi ke seluruhan ruang. Letakkan juga sebuah lampu lantai yang sesuai de ngan konsep. Jika mahu menimbulkan mood romantik, nyalakan lilin hiasan yang ada.
Jika ruang tamu sempit, elakkan daripada membeli perabot berskala besar bagi mengelakkan ruang kelihatan sesak dan padat sehingga menimbulkan ketidakselesaan.
Author: Syd Time: 31-7-2006 14:30
Warna pengaruhi hiasan dalaman
Oleh Norakmah Mat Youb
WARNA cukup mudah mempengaruhi mood seseorang. Lantaran itu, apabila tersilap memilih warna untuk mengecat kediaman, ia mungkin memburukkan suasana.
Warna mempunyai pengaruh besar untuk mengubah pandangan seseorang apabila berada di sesuatu ruang di samping kesannya terhadap emosi dan mental.
Warna terang dan garang seperti merah, kuning dan jingga boleh menaikkan semangat manakala warna seperti biru, hijau dan ungu dikatakan mampu meredupkan pandangan serta mengurangkan ketegangan emosi .
Pilihan warna bersesuaian juga membantu mengubahsuai hiasan di ruang yang dikehendaki sama ada mahu membuatkan ruang itu kelihatan besar atau kecil serta selesa didiami.
Memilih warna gelap akan membuatkan seolah-olah barangan di dalam ruang berkenaan lebih dekat pada diri kita. Ia sebenarnya sekadar ilusi tetapi boleh digunakan untuk mengubah pandangan terhadap saiz sesuatu ruang.
Saiz bilik yang terlalu besar mungkin membuatkan kurang selesa apatah lagi apabila tidak ramai yang mendiami rumah berkenaan. Justeru, dengan mengecat dinding dan siling menggunakan pilihan warna gelap, ia akan membuatkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih kecil.
Sementara itu, pilihan warna pastel dan lembut pula akan membuatkan bilik kecil kelihatan lebih besar. Warna pastel mengandungi banyak campuran warna putih yang boleh memantulkan cahaya manakala warna lembut pula dapat meredupkan keadaan.
Jika kedudukan siling agak rendah, cat siling menggunakan warna lebih terang daripada cat di dinding bagi `meninggikan' kedudukan siling. Jika mahu keadaan sebaliknya, cat siling dengan warna yang gelap sedikit daripada warna dinding.
Sama seperti dinding mahu pun siling, pilihan warna tadi boleh digunakan pada perabot dan hiasan. Warna sofa yang terang dan garang membuatkan perabot itu kelihatan besar manakala sofa berwarna kelam atau pucat pula membuatkan ia kurang menonjol namun tetap melembutkan suasana.
Sekiranya ada hiasan dalaman yang kurang menarik, warnakan ia dengan cat yang sama atau hampir sama dengan warna dinding supaya hiasan berkenaan tidak begitu diperhatikan oleh tetamu.
Author: Syd Time: 7-8-2006 15:40
Panduan penjagaan lantai
Kelebihan kos dalam jangka panjang
Bagi lantai yang baru dipasang guna asid lembut untuk menanggalkan kesan degil. Bahan yang digunakan untuk menanggalkan kesan itu juga mesti lembut. Kemudian basuh lantai menggunakan air bersih.
Pembersihan harian
Sapu lantai terlebih dulu dan kemudian basuh menggunakan air bercampur bahan pencuci neutral atau alkali lembut (pH 7-8). Baca dan patuhi sukatan yang dicadangkan pengeluar. Gunakan air panas jika terdapat kesan minyak atau gris. Biarkan air atau campuran bahan pencuci pada lantai antara 5-15 minit untuk membolehkan bahan itu bertindak terhadap kotoran. Selepas itu, basuh lantai hingga kesan kotoran dan bahan pencuci hilang.
Pembersihan secara berkala
Jika ruang permukaan lantai luas,penggunaan mesin pencuci mungkin cara terbaik untuk menjimatkan tenaga dan masa. Nilon poliproplene dicadangkan untuk jenis berus mesin.Jangan gunakan mesin pada kelajuan tinggi. Kelajuan sederhana dan perlahan sudah memadai. Sebelum itu, biarkan campuran air dan bahan pencuci di lantai antara 5-15 minit. Pastikan benda seperti tompokan minyak yang boleh sesiapa tergelincir ditanggalkan menggunakan bahan pencuci dan air panas. Akhiri proses dengan mencuci menggunakan air bersih.
Jenis bahan pencuci dan kotoran yang sesuai dibersihkan
Alkali (soda kaustik, sodium hidrosik) Sayur-sayuran, lemak binatang dan aiskrim, bir dan wain, minyak biji rami
Asid (asid hidroklorik, asid muriatik,asid sulfrik dan asid oksalik) kesan karat, dakwat, minyak, bir dan wain,kicap
Pelarut (turpentin, minyak turperntin dan tiner) gris mesin, lilin,getah dan cat, kicap, minyak biji rami
Author: Syd Time: 7-8-2006 15:42
Panel dekoratif penghias dinding
Oleh Norakmah Mat Youb
Motif berasaskan flora, fauna dan geometri sering menjadi pilihan
Info: Kelebihan panel dekoratif batu semula jadi
Batu semula jadi mempunyai serakan warna yang tidak sekata dan rona warna berbeza. Bagi panel simen pula, warna lebih sempurna dan tidak banyak perbezaan ketara ronanya.
Batu semula jadi lebih mempunyai tekstur yang kurang padat. Simen pula lebih mampat menyebabkan ia kelihatan kaku atau mati.
Panel batu lebih berat berbanding panel buatan.
Panel dekoratif ini mempunyai ketahanan kuat terhadap tekanan dan tahan daripada hujan serta panas.
Debu putih akan melekat di jari jika disentuh manakala panel simen pula tidak meninggalkan kesan kerana permukaan lebih bersih.
Author: Syd Time: 9-8-2006 17:23
Tips untuk kitar semula di rumah
* Asingkan sampah dengan meletakkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula di dalam satu tong dan sampah lain dalam tong yang lain. Pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu sebelum dihantar ke pusat pengumpulan.
* Gunakan bahan-bahan lama atau kitar semula bekas-bekas yang terdapat di dapur seperti botol kaca atau botol air mineral untuk menyimpan air masak atau dijadikan pasu. Botol-botol alkohol yang cantik dan berwarna-warni juga boleh dijadikan pasu bunga.
Bekas aiskrim dan makanan-makanan lain boleh digunakan untuk menyimpan kek, kunci-kunci, permainan kecil dan lain-lain.
* Bekas plastik yang menyimpan biskut yang sudah kosong juga boleh dijadikan bekas untuk menyimpan barang yang hendak disejukkan/dibekukan dan kertas lilin. Boleh juga digunakan untuk menyimpan bekalan makanan tengahari.
* Kurangkan atau berhenti daripada membeli barang yang dibungkus dengan bahan yang tidak boleh dikitar semula. Belian secara pukal bukan sahaja mengurangkan penggunaan pembungkusan malahan dapat menjimatkan wang.
Kumpulkan suratkhabar, majalah, pembalut gula-gula ataupun apa-apa kertas yang mempunyai corak dan gunakan kreativiti anda untuk menjadikannya sebagai pembalut hadiah.
* Gunakan surat khabar lama untuk membungkus barang-barang. Ini amat berguna terutamanya barang-barang yang dibungkus tadi hendak disimpan dalam jangka masa yang lama. Cara ini adalah lebih baik daripada membeli kertas pembalut yang baru.
* Berjimat dan Kitar Semula plastik kacang (jenis styrofoam yang dibungkus dan dihantar melalui mel) dan gunakannya untuk menggantikan batu-batu di dalam pasu bagi mengawal aliran air.
Bawalah beg sendiri semasa membeli barangan dapur. Ini dapat mengurangkan dan lama-kelamaan menghapuskan keperluan terhadap beg plastik.
Gunakan langsir-langsir lama sebagai penggalas kusyen. Atau boleh juga digunakan sebagai kain buruk. Sementara pakaian lama pula didermakan kepada persatuan kebajikan.
* Bawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan. Ini dapat mengelakkan penggunaan bahan-bahan pembungkus terutamanya Styrofoam.
Anda boleh menjual perabot-perabot kayu yang lama dan tidak digunakan lagi kepada kilang memproses kayu daripada membuangnya terus. Mereka dapat memproses semula perabot-perabot ini dan kayu-kayu tadi dapat digunakan semula untuk perkara-perkara yang lebih berguna.
Jika anda menerima terlalu banyak bungkusan hamper yang mengandungi makanan di dalam tin, dermakan sebahagiannya kepada badan kebajikan ataupun bank makanan. Ini adalah lebih baik daripada menyimpannya terlalu lama hingga makanan tadi tidak lagi boleh digunakan.
Dermakan sebahagian daripada barang permainan anak anda kepada badan kebajikan jika anak anda tidak memerlukannya lagi. Daripada dibuang barang-barang ini, adalah lebih baik ia diberi kepada kanak-kanak yang menginginkannya.
Elakkan penggunaan barangan pakai buang, sebaliknya gunakan barang-barang seperti lampin kain, napkin, tuala dan sapu tangan, bateri yang boleh dicaj semula, pinggan guna semula, kaca dan sudu, garpu, pisau, dan barang-barang tahan lama yang lain.
Kongsi menggunakan suratkhabar, majalah dan buku. Kitar Semula adalah amalan yang baik namun menggunakan semula barang-barang anda adalah lebih menguntungkan.
Gunakan berus gigi lama untuk membersihkan kawasan-kawasan bilik air seperti kepala paip atau kawasan celah-celah yang kecil di dalam bilik air.
Gunakan semula pita video yang lama daripada membeli yang baru. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malahan anda dapat menjimatkan ruang di dalam rumah anda.
Jika anda merasakan tahap penglihatan anda semakin teruk dan memerlukan kaca mata baru atau cermin mata sudah ketinggalan zaman, dermakan kaca mata lama sesudah anda membeli kaca mata yang baru kerana ia boleh dibersih dan digunakan semula.
Cakera padat (CD) yang sudah rosak boleh dibaiki yang mana calar-calar kecil boleh dihilangkan dengan menggunakan ubat gigi. Jika anda tidak lagi menggemari CD itu, berikan kepada orang yang inginkannya.
Barang-barang ini juga boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau diberikan kembali kepada pembekal barang ini untuk digunakan sebagai alat ganti.
Bateri tidak boleh dibuang sesuka hati kerana ia berbahaya kepada persekitaran. Bagi barang-barang yang menggunakan bateri, gunakan bateri yang boleh dicaj semula. Ia mungkin mahal, tapi lebih menjimatkan dari segi jangka panjang.
* Kumpulkan keluarga anda untuk sama-sama menjayakan program kitar semula kerana cara terbaik untuk adalah dengan memastikan semua ahli keluarga kita terlibat.
Author: Syd Time: 15-8-2006 12:41
Panduan memilih meja solek
SETIAP bilik tidur selalunya dilengkapi meja solek. Ia bukan saja untuk meletakkan barang dandanan, malah anda boleh berehat sebentar sambil memanjakan diri.
Ada pelbagai jenis meja solek boleh dipilih. Banyak kedai atau pusat pera-bot menawarkan set lengkap bilik tidur merangkumi katil, almari dan meja solek.
Bagaimanapun untuk tawaran begini, pilihan agak terhad kerana terikat dengan set yang ditetapkan. Jika anda tidak berkenan, boleh berbincang dengan penjual untuk menukar meja solek lain yang memenuhi cita rasa anda. Di sini ada beberapa panduan:
Jika tidak berkenan dengan keleng-kapan bilik tidur secara set, anda boleh membeli secara berasingan dan ini memberi kelebihan kerana ada banyak pilihan sama ada gaya ringkas atau dilengkapi cermin.
Gaya meja solek juga sebenarnya mempengaruhi hiasan di bilik tidur. Terpulang kepada anda untuk memilih meja yang bersifat feminin, tradisional atau moden. Padankan pilihan dengan perabot sedia ada supaya tampak harmoni dan cantik.
Jika bilik sempit dan banyak barang, beli meja solek yang kecil dan ringkas. Sebaiknya meja solek itu dilengkapi cermin kecil dan panjang untuk memudahkan anda.
Untuk penggunaan maksimum, pilih meja solek yang ada cermin boleh alih. Cermin boleh disimpan apabila tidak digunakan atau letakkan meja ke dinding dan gantungkan cermin pada dinding itu. Ini akan memberikan lebih ruang untuk meletakkan barang lain.
Bagi menimbulkan kesan dramatik, pilih meja solek daripada kayu gelap yang ringkas. Gandingkan bersama lampu meja moden yang comel dan cermin meja. Meja tanpa laci sesuai untuk bilik hiasan sederhana tetapi masih mengekalkan sifat feminin.
Jika alat dandanan banyak, lebih baik memilih meja solek yang ada laci besar supaya barang danda-nan diri itu tidak terlalu penuh di atas meja. Ia juga mudahkan anda mengemas dan membersih-kan meja solek.
Sekiranya anda memiliki katil dan almari gaya antik, anda boleh membeli meja solek serupa. Walaupun meja solek ini cantik, tampak klasik tetapi memerlukan ruang luas dan harganya, jauh lebih mahal.
Letakkan meja solek berhadapan atau berdekatan tingkap. Keadaan terang semula jadi memberi kelebihan kepada anda untuk bersolek. Untuk kegunaan petang atau malam, pilih lampu berkuasa melebihi 60 watt.
Author: Syd Time: 4-9-2006 15:48
Panduan menghias laman di rumah
Berikut adalah panduan membina halaman yang boleh dicuba di rumah anda:
Gerbang junjung adalah binaan rangka tempat pokok memanjat yang memberi peneduh di taman. Tanam tumbuhan hiasan jenis melilit atau merayap untuk melingkari gerbang junjung.
Taman batu ialah sejenis taman yang dibentuk daripada batu-batuan dan pokok. Sama ada batu kerikil, batu sungai atau batu bundar, semuanya memberi kesan berbeza pada taman anda. Batu bundar boleh dibeli dan ada pelbagai pilihan untuk memenuhi cita rasa anda.
Bina lorong laluan berturap di taman, khusus untuk pejalan kaki.
Batuan turap berbentuk kepingan segi empat untuk kemasan lantai.
Batas bunga adalah jaluran tanah yang ditinggikan sebagai tapak menanam bunga hiasan. Anda boleh menanam rumput, tumbuhan kecil atau batu sebagai pemisah batas dan halaman.
Kolam buatan yang digali dan diisi dengan air sebagai elemen penyeri landskap. Perlu ada saluran paip ke longkang bagi mengelakkan air daripada melimpah keluar apabila hujan lebat.
Bina bangsal kecil di belakang rumah untuk menyimpan peralatan rumah atau berkebun.
Jika halaman besar, anda boleh menempatkan lapangan beristirahat dengan meletakkan set kerusi taman.
Sebagai pilihan, anda boleh membina pagar turus sebagai sempadan yang terdiri daripada kepingan kayu tegak yang dipacak sebaris.
Pokok pagar adalah pokok hijau yang ditanam sebagai pagar sempadan menggantikan pagar besi atau dawai.
Rumput juga penting untuk melengkapkan taman. Ia juga berfungsi menghalang percikan air kuat dan pengotoran dinding apabila hujan. Rumput akan menyerap air, mengelakkan hakisan dan merendahkan suhu halaman serta penyumbang oksigen yang membuatkan halaman lebih segar dan selesa.
Author: Syd Time: 4-9-2006 15:56
Panduan ubah suai kediaman
PENGUBAHSUAIAN rumah perlu dilakukan
sebelum mendudukinya.
KOS pengubahsuaian rumah biasanya amat mahal dan remeh. Banyak perkara perlu difikirkan sebelum membuat pengubahsuaian. Sesetengah orang berpendapat lebih baik membeli rumah yang agak besar mengikut kemampuan daripada bercadang mengubah suai apabila rumah siap diduduki.
Sebaiknya lakukan pengubahsuaian sebelum berpindah ke rumah baru. Bagaimanapun jika kewangan agak terhad, jangan terburu-buru membuat pengubahsuaian. Tunggu masa yang sesuai. Sebelum mengubahsuai, pertimbangkan perkara berikut:
Dapatkan beberapa sebut harga. Upah murah mungkin boleh dipertimbangkan tetapi dikhuatiri mutu kerja kurang memuaskan.
Tanya jiran, kawan atau saudara-mara, orang yang berpengalaman membuat pengubahsuaian.
Pastikan mendapat kelulusan pelan pengubahsuaian dan keselamatan daripada pihak berkuasa seperti majlis perbandaran. Ini adalah untuk langkah keselamatan.
Pastikan tahu apa yang mahu diubah. Tentukan barang yang dikehendaki, model dan konsep ruang. Ini akan memudahkan kontraktor mengikut spesifikasi yang sudah ditentukan.
Buat lakaran pelan. Dapatkan nasihat pelukis pelan.
Jangan ubah fikiran ketika kerja sudah separuh siap. Ini bukan saja melam-batkan kerja dan melengahkan masa, malah kos pengubahsuaian meningkat sekali ganda.
Cari kontraktor yang boleh dipercayai dan terbukti mutu kerja mereka. Ini boleh diperoleh dengan mendapatkan kontraktor yang mengubahsuai rumah rakan atau jiran.
Jangan bayar upah sekali gus. Ditakuti kontraktor lari sebelum siap kerja.
Pastikan anda mendapatkan bekalan bahan mentah yang berkualiti pada harga munasabah. Jangan serahkan semuanya kepada kontraktor kerana ada kontraktor menggunakan bahan mentah yang murah dan tidak berkualiti.
Perlu menjenguk sekali-sekala kerja pengubahsuaian supaya kerja berjalan lancar terutama bagi kontraktor yang mengambil upah mengikut bilangan hari bekerja.
Jika ada masalah ketika kerja pengubahsuaian, bincang dengan kontraktor untuk mengelakkan rasa tidak puas hati apabila rumah siap.
Pastikan anda memperuntukkan lebih 10 peratus daripada jumlah keseluruhan upah. Ini bertujuan untuk bekalan kecemasan mencukupi sekiranya anda memerlukan perbelanjaan tambahan untuk membeli barang.
Anda boleh berjimat dengan mengecat sendiri bahagian yang sudah siap. Di samping itu, anda boleh terus mengecat keseluruhan rumah menggunakan warna yang disukai.
Selepas selesai, pastikan kontraktor membersihkan baki bahan binaan.
Author: Syd Time: 11-9-2006 11:05
Cat, varnis jadikan hiasan kelihatan baru
PERABOT atau perhiasan kayu mempunyai nilai tersendiri kerana semakin berusia, harganya semakin mahal terutama yang diperbuat daripada kayu tahan lama dan bermutu seperti jati, nyatoh atau tembusu.
Perabot dan perhiasan rumah daripada kayu kini menjadi pilihan pengguna yang mahu beralih selera kepada gaya hiasan tradisional dan etnik. Pilihan jenis kayu juga meluas, tidak lagi terhad kepada kayu mahal.
Sehubungan itu, bagi mereka yang sudah jemu menggunakan dan mahu menggantikan perabot atau barangan kayu lama, mereka haruslah fikirkan semula.
Pada masa kini, membeli perabot baru mungkin bukan langkah yang bijak, lebih-lebih lagi masih ada pilihan boleh dilakukan. Pilihannya ialah anda boleh mengubah wajah meja, almari atau rak kayu lama supaya tampak baru.
Antara cara yang paling mudah, murah dan boleh dilakukan sendiri ialah dengan mengecat atau menyapukan pengilat kayu semula sama ada menggunakan varnis warna asal atau lebih gelap.
Langkah pertama ialah pastikan permukaan yang hendak dicat atau divarnis bersih, kering dan bebas daripada lumut. Jika ada, gosokkan permukaannya menggunakan kertas pasir hingga bersih.
Kaedah sama boleh digunakan untuk perabot yang mempunyai permukaan kasar bagi melicinkannya. Ia juga akan memudahkan kerja mengecat bagi mendapatkan kemasan yang baik dan cantik.
Jika permukaan perabot terlalu kotor, anda boleh mencucinya menggunakan air dan sabun. Berus perlahan-lahan sehingga kekotoran hilang. Jangan sental terlalu kuat kerana ditakuti akan mencalarkan permukaan kayu.
Jemur hingga benar-benar kering sebelum boleh memulakan kerja mengecat. Biasanya untuk perabot kayu yang hendak dicat atau divarnis, ia tidak memerlukan rawatan khas kerana cat dan varnis adalah satu bentuk rawatan yang membuatkan kayu tahan lama.
Sapukan cat atau varnis pada perabot yang sudah bersih. Sapukan lapisan pertama dan biarkannya hingga kering sekurang-kurangnya empat jam. Jika menyapukan varnis, pastikan sapuan benar-benar rata. Jangan tampak berlapis-lapis.
Untuk mendapatkan sapuan rata; sapukan berus mengikut satu arah. Satukan bahagian yang tidak kena varnis sebelum sapuan pertama kering. Apabila rata, biarkannya kering. Anda boleh menjemurnya atau membiarkan ia kering sendiri.
Jangan sekali-kali menyentuh cat atau varnis yang masih basah. Selepas cat atau varnis kering, sapukan lagi untuk lapisan kedua dan jemur lagi hingga kering. Dua lapisan sudah memadai bagi memperbaharui wajah perabot lama.
Author: Syd Time: 18-9-2006 14:01
Kaedah serba guna luaskan ruang sempit
Menerapkan ilham binaan dalaman
Tidak perlu gusar membeli pelbagai jenis perabot dalam kuantiti besar. Minimumkan ruang menerusi kabinet pasang siap atau binaan dalaman. Selain menjimatkan ruang, pemilik juga tidak perlu memikirkan almari atau kabinet TV mana sesuai dengan konsep kediaman. Malah kaedah penstoran juga tidak perlu dibimbangkan.
Sistem penataan cahaya yang betul Jika kena dengan tempat dan suasana, penerapan pelbagai jenis lampu mampu meluaskan ruang sedia ada. Namun pastikan kegunaan setiap lampu. Bimbang nanti jika tersalah letak akan memburukkan lagi keadaan. Caha ya juga mampu menukar suasana atau mood seseorang.
Aplikasi ruang serbaguna
Kebiasaannya pangsapuri atau kondominium mempunyai ruang tamu yang agak kecil. Cuba gunakan kaedah serba guna yang dikenal pasti antara langkah menjimatkan ruang. Contohnya, meja makan boleh di ubah menjadi tempat mengulang kaji anak-anak.
Warna dinding
Pastikan skema warna yang melatari dinding tidak dibiarkan sekata atau bungkam dengan rona sama. Berani mencuba dengan mengecat warna lebih terang atau garang pada satu ruang kerana ia boleh menjadi fokus tumpuan.
Saiz perabot
Elakkan menggunakan perabot besar yang hanya sesuai diletakkan di rumah banglo. Jika masih berminat, pastikan perabot lain lebih kecil. Jika tidak anda mung kin akan tersepit di tengah kediaman!
Pilihan corak kemasan
Langsir dan kemasan sofa atau bantal jangan dibiarkan dipenuhi corak gergasi. Seperti mana pakaian, jika tubuh pemilik agak tembam, kurang sesuai menggunakan baju bermotif besar. Pilihan motif kecil menampakkan ruang lebih santai dan bersahaja.
Ilusi cermin
Cermin mampu 憁enipu?pandangan, begitu juga aplikasi cermin dan panel kaca dalam ruang kediaman. Kesan pantulan imej membuatkan ruang sedia ada lebih luas daripada imej asal.
Aksesori minimum
Hobi mengumpul cenderamata atau pelbagai hiasan rumah termasuk lilin ada kalanya mampu mengindahkan pandangan, namun jika sudah terlalu banyak, ia umpama menjadikan kediaman muzium peribadi. Letakkan hiasan kecil ini di sudut yang dirasakan perlu. Anda juga tidak akan risau untuk membersihkan habuk jika meminimumkan aksesori.
Minimumkan hiasan dinding
Jika warna dinding sudah difikirkan sesuai dengan konsep kediaman, ja ngan saratkan lagi dengan pelbagai gantungan gambar, hiasan, dan akse sori. Hiasan dinding juga perlu mini mum bagi mengelakkan serabut. Ja ngan nanti tetamu tersalah sangka dan mengang gap rumah anda sebagai bilik pameran.
Laluan terbuka
Dalam mengatur gaya kediaman, jangan abaikan laluan keluar masuk. Biar keluasan kediaman terhad, pastikan penghuni dan tetamu bebas bergerak di dalam rumah.
Author: Syd Time: 2-10-2006 11:31
Idea kreatif gantung hiasan kediaman
MENGHIAS kediaman supaya lebih cantik dan menarik memerlukan idea dan kreativiti pemilik. Sama ada konsep moden atau tradisional, jika pandai menggarapnya kediaman pasti lebih bergaya.
Bagi yang suka menghias rumah dengan koleksi hiasan gantung, ada beberapa panduan boleh membantu. Jangan sesekali menganggap menggantung gambar atau hasil seni satu perkara mudah. Jika tidak kena gaya ruang akan kelihatan berserabut.
Beberapa tip untuk menggantung gambar atau lukisan pilihan anda:
Pastikan anda menyesuaikan gambar atau hiasan dengan latar dinding. Pilihlah gambar yang sesuai diganding-kan dengan skima warna ruang atau tema dekorasi yang diingini. Jika memilih rona gelap pada dinding, pilihan terbaik ialah gambar atau lukisan daripada nada cerah.
Perkara utama yang harus difikirkan ialah setinggi mana gambar itu harus digantung. Untuk mendapatkan sese-buah ruang itu kelihatan cantik dan menarik pastikan anda meletakkan bingkai gambar atau lukisan pada paras penglihatan mata.
Pilihan perabot sama ada bergaya moden mahupun tradisional juga harus diambil kira supaya dapat menggambarkan keseimbangan lukisan atau gambar yang digantung. Pastikan saiz lukisan tidak melebihi 70 peratus kelebaran daripada perabot di ruang itu.
Gambar atau lukisan bersaiz besar cukup menjelaskan segala-galanya. Cara ini membantu ruang tidak dipenuhi dengan bingkai gambar atau hiasan yang menyerabutkan. Kehadiran gambar atau hiasan bersaiz besar sebenarnya menjadi titik tumpu sesebuah ruang.
Kaedah menggantung juga membantu membangkitkan mood sesebuah ruang. Untuk tampak kasual dan menarik, idea terbaik ialah mengikut susunan melintang. Cara ini dapat membantu mencipta ilusi yang luas pada ruang kecil.
Untuk mendapatkan ruang tinggi, dinasihatkan menggantung hasil luki-san atau hiasan secara menegak. Ia sesuai dilakukan pada kediaman yang mempunyai ruang siling yang rendah.
Bosan dengan cara menggantung hiasan mengikut garis lurus semata-mata? Jangan risau, sesekali boleh tampil dengan gaya gantungan yang tidak sekata kerana idea ini mengundang ruang lebih santai.
Ruang akan tampak kasual dan formal dengan pilihan gambar dan lukisan yang digantung secara simetri atau asimetri. Ia bermaksud susunan yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu di kiri dan kanan. Keseimbangan susunan sebenarnya menyuntik kelainan pada ruang din-ding.
Kehadiran cahaya lampu dapat menonjolkan keindahan sesebuah gambar. Jangan tersilap memilih lampu kerana bakal mengundang mood kusam di ruang kediaman. Idea terbaik ialah meletakkan lampu jenis halogen dari atas ke bawah.
Gambar atau hiasan yang digantung secara berkumpulan dianggap sebagai satu unit. Untuk mendapat-kan hasil terbaik letakkan hiasan atas lantai sebelum menggantung bertujuan memastikan ia disusun dengan betul.
Author: Syd Time: 9-10-2006 14:44
Panduan mengecat kediaman
Oleh Norakmah Mat Youb
KETIKA hendak menghias kediaman, ada kalanya kita bingung memilih warna cat untuk dinding rumah terutama bilik, ruang tamu dan dapur supaya ia sesuai dengan perabot, selain yang lebih penting menaikkan seri.
Sama ada menggunakan cat mahal atau sederhana, anda boleh menjimatkan belanja dengan mengecat sendiri rumah anda. Paling penting, pelajari dulu teknik dan panduan mengecat supaya tidak berlaku pembaziran.
Antara panduannya ialah:
Tanya semua ahli keluarga mengenai warna pilihan mereka sebelum membuat keputusan membeli cat atau kertas hiasan dalaman.
Dapatkan rasional mengenai pilihan warna yang dibuat, sama ada ia bersesuaian dengan warna perabot, fungsi bilik atau ruang serta kehadiran tingkap untuk cahaya.
Teliti katalog warna jenama cat yang dipilih dan sesuaikan dengan pilihan keluarga.
Biasanya, warna putih, kuning cair dan biru pucat digunakan untuk mewarnai keseluruhan ruang luar dan dalam kediaman.
Warna biru boleh menampakkan ruang atau bilik yang sempit menjadi lebih luas, selesa dan nyaman.
Elak menggunakan warna putih untuk bilik anak-anak yang masih kecil kerana ia mudah kotor akibat contengan kreatif mereka. Sebaiknya gunakan warna garang seperti oren, kuning dan merah di dinding bilik anak-anak supaya bersesuaian dengan sifat semula jadi fizikal dan mental mereka.
Warna putih dalam kebanyakan hal memberi kelebihan kerana ia akan menjadikan bilik semakin cerah pada waktu malam dan membuat ruang kecil tampak lebih luas. Selain menampakkan kebersihan, mudah disesuaikan dengan apa jenis perabot dan perhiasan rumah.
Warna garang seperti kuning, oren dan merah dikatakan dapat merangsang selera makan dan sesuai melatari dinding ruang makan.
Biru laut serta warna pastel sesuai untuk bilik tidur kerana ia mendatangkan kesan kesegaran dan ketenangan.
Jika pejabat anda dicat dengan warna garang, elakkan menggunakan warna garang untuk rumah anda kerana otak anda akan terus `dipaksa' bekerja secara tidak langsung dan membuatkan anda rasa letih atau tertekan.
Author: Syd Time: 13-11-2006 16:14
Reka bentuk pasu mampu serlah seri jambangan
PASU memainkan peranan penting untuk menyerlahkan hiasan sesebuah rumah. Fungsinya tetap sama iaitu dijadikan bekas meletak jambangan bunga, tetapi bentuknya kini berubah mengikut aliran semasa.
Jambangan bunga tidak lengkap tanpa pasu atau bekas sesuai. Tetapi, ada sesetengah pemilik kediaman membiarkan pasu kosong tanpa sebarang hiasan terutama yang mempunyai rekaan unik.
Bagi pasu yang mempunyai reka bentuk menarik, lebih baik dibiarkan kosong kerana ia sebenarnya berfungsi sebagai sebahagian daripada penghias rumah.
Jika dulu, pasu jenis tradisional biasanya berbentuk bulat, rendah yang dibuat daripada kaca, seramik atau porselin. Kini, zaman berubah, rekaan pasu semakin dipelbagaikan.
Kita boleh membeli pasu kaca jernih atau berkabut yang didatangkan dalam satu atau gabungan beberapa warna. Pasu kreatif kini boleh didapati dengan mudah.
Selain itu, ia juga sesuai dijadikan hiasan untuk semua ruang kerana bentuknya yang pelbagai, sama ada leper, bulat, kurus tinggi atau bersegi.
Bagi yang kreatif, anda mungkin menyenangi pasu tanpa bentuk seragam, sengaja direka senget atau menyalahi bentuk asas.
Pasu kreatif begini mampu menyerlahkan penampilan atau hiasan sesebuah ruang kerana ia boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan hiasan tambahan.
Pasu kreatif berbentuk moden pula perlulah disesuaikan dengan jenis dan hiasan ruang. Jika bercadang meletakkan pasu kreatif di ruang tamu atau meja makan, pastikan hiasan di situ ringkas supaya penampilan pasu lebih menyerlah.
Pemilihan warna dan jenis pasu juga amat penting. Jika ruang tamu berkonsep moden, anda boleh memadankannya dengan apa jenis dan warna pasu yang bersesuaian.
Sekiranya hiasan di ruang tamu kebanyakannya dibuat daripada kaca, lebih manis jika anda memilih pasu kaca bagi menimbulkan keseragaman hiasan.
Penampilan pasu pastinya lebih lengkap dengan kehadiran bunga. Jika mahu menghias pasu dengan jamba-ngan bunga, pastikan warna pasu dan bunga adalah berbeza. Ini penting untuk menampilkan keserasian pemilihan warna bagi menyerlahkan seri jambangan.
Author: Syd Time: 13-11-2006 16:16
Panduan beli perabot kayu
PASTIKAN membeli perabot sesuai dengan kualiti
dan harga.
MENGHIAS kediaman menggunakan perabot kayu tidak semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu difikir dan dipertimbangkan supaya pembelian itu nanti setimpal dengan harga dan kualiti. Banyak model perabot kayu yang boleh disesuaikan untuk semua ruang. Di sini diberikan beberapa tip untuk pembelian perabot kayu:
Ada dua kategori kayu untuk dijadikan perabot iaitu kayu keras dan lembut. Kayu keras ialah pokok yang hidup di kawasan bermusim seperti kayu maple, oak dan jati, manakala, kayu lembut ialah pokok yang sentiasa berdaun seperti getah dan rotan.
Perabot mahal selalunya dibuat daripada kayu padu berkualiti tinggi. Contohnya ialah kayu jati tulen dan perabot berharga sederhana mempunyai kombinasi pelbagai jenis kayu.
REKAAN almari yang unik
Ukiran dan cetakan menggunakan teknologi moden berjaya menghasilkan kayu seakan-akan bervenir. Kaedah ini lebih murah dan membantu menghasilkan perabot pada harga tawaran murah daripada kayu asli bervenir.
Kemasan dan sentuhan terakhir sangat penting sebagai proses penyudah mencantikkan lagi perabot. Perabot yang mahal mempunyai beberapa lapisan pelindung yang disapu pada permukaan kayu perabot seperti minyak lekar dan cat khas. Ia akan mempelbagaikan keadaan penampilan perabot sama ada untuk kelihatan rata, licin ataupun kasar.
Pastikan pintu dan laci pada kedudukan yang tepat. Sering kali perabot yang kurang berkualiti mempunyai kedudukan laci ketat ketika ditarik keluar dan masuk kerana kedudukan tidak betul.
Pastikan apabila membeli perabot kayu, laci mempunyai panel anti habuk.
Panel ini dapat menghalang habuk yang akan merosakkan kelancaran proses membuka dan menutup laci serta memburukkan penampilan perabot.
Perabot perlu seimbang pada bahagian bawah atau kakinya supaya tidak senget.
Perabot untuk sistem audio dan visual seperti kabinet televisyen perlu mempunyai lubang yang betul dan mencukupi supaya wayar sambungan daripada barangan elekrik dan soket berada pada kedudukan praktikal.
Pastikan perabot yang dibeli mempunyai kemasan tepi licin dan rata.
Pastikan lampu hiasan dalam kabinet berfungsi dengan sempurna ketika daun pintu dibuka atau ditutup.
Ruang dalam laci haruslah licin dan bebas daripada kesan kasar. Permukaan kesat menyebabkan barang yang disimpan menjadi rosak dan bercalar.
Author: Syd Time: 20-11-2006 14:12
Pilihan warna tepat wujud suasana selesa
SELEPAS menggambarkan warna idaman, pastinya anda bingung untuk memilih warna cat yang sesuai bagi setiap ruang. Pemilihan warna yang tepat pada setiap ruang di dalam rumah pastinya menghidupkan lagi suasana dan mewujukan suasana selesa.
Setiap ruang iaitu dapur, ruang tamu, ruang rehat dan bilik air perlu dicat mengikut warna sesuai dengan fungsi dan lokasinya. Berikut disediakan panduan memilih warna boleh membantu anda membuat pilihan tepat bagi mewujudkan ruang selesa.
Dapatkan panduan mengecat dari kedai atau penasihat hiasan dalaman. Pastikan warna yang dipilih sesuai dengan jenis kediaman.
Pilihan warna yang dibuat perlu dipersetujui seluruh ahli keluarga terutama suami atau isteri serta anak-anak kerana masing-masing berhak mendapatkan warna yang sesuai.
Lazimnya warna lembut seperti putih, krim, biru muda digunakan untuk memenuhi keseluruhan ruang luar dan dalam bagi setiap kediaman beriklim tropika.
Sapuan warna biru memberi seri dan mewujudkan keselesaan dengan menjadikan ruang atau bilik yang sempit menjadi lebih luas dan selesa.
Pastikan dinding bilik anak kecil anda tidak menggunakan warna lembut kerana ia memberi kesan pudar yang nyata dan mudah kotor. Penggunaan warna garang sesuai untuk ruang ini, selain mewujudkan suasana riang kanak-kanak tadi.
Kebanyakan memilik warna putih di setiap ruang utama terutama bahagian ruang tamu atau tempat makan, kerana ia memberi kesan yang cerah pada waktu malam dan kena pada setiap perabot yang disusun.
Author: deena01 Time: 23-11-2006 07:50 Subject: Tema kamar tidur beri keselesaan
KAMAR tidur memang cukup peribadi, apatah lagi di situlah kita sering melepaskan penat lelah selepas bekerja. Di bilik tidur jugalah segala barangan keperluan peribadi tersimpan rapi.
Hiasan dan susun atur bilik tidur memang penting untuk menjadikannya ruang rehat yang selesa dan mendamai-kan.
Untuk mendapatkan suasana bilik tidur yang diingini, tidak perlu sibuk memikirkan susun atur pelbagai perabot di dalamnya kerana jika bilik kecil dilambakkan dengan banyak perabot ia akan kelihatan sarat dan menyemakkan mata.
Pengurus M.E.I Furniture Fair Sdn Bhd, Peter Ju, berkata langkah bijak adalah meletakkan perabot asas dalam sesebuah bilik iaitu katil (berserta tilam), meja solek dan almari pakaian.
Beliau berkata, kelengkapan asas itu bukan saja mengurangkan pemandangan yang berserabut, malah dapat memberi ruang untuk melakukan aktiviti rutin dalam bilik tidur tanpa sebarang halangan dan gangguan.
揓ika ada ruang tambahan, boleh ditambah perabot lain seperti meja tulis, rak buku, kerusi malas serta apa saja rak atau meja yang di perlukan asalkan ia tidak menyempitkan ruang,?katanya.
Untuk keselesaan, katanya, pilihlah konsep reka bentuk tertentu mengikut cita rasa masing-masing. Apa sekalipun tema atau reka bentuk dipilih, biarlah bercirikan kelembutan dan keselesaan.
揟ema mahupun warna dinding dan kelengkapan bilik tidur boleh disesuaikan dengan keseluruhan tema yang dipilih untuk konsep kediaman. Asalkan ia selesa dan dapat membuatkan pemilik gembira sepanjang berada di dalamnya,?katanya.
Selain itu, Peter berkata, antara kaedah mudah menyerikan bilik tidur ialah menambah kusyen kecil sebagai pelengkap pada katil. Sarung kusyen yang dipilih itu juga boleh disesuaikan dengan warna cadar, sama ada pilihan warna senada atau berlawanan bagi menampilkan imej tersendiri.
Katanya, ketika memilih fabrik pada kusyen, elakkan penggunaan hiasan berat seperti manik yang membuatkan ia kurang selesa digunakan terutama apabila tidur bersama anak kecil.
揂pabila hiasan dan kelengkapan bilik sudah sempurna, pencahayaan jangan dilupakan kerana cahaya amat penting untuk mencipta suasana romantik dan damai dalam bilik walaupun ada sesetengah pemilik yang tidak mengambil peduli pemilihan lampu tidur.
揂nda boleh memilih menempatkan lampu meja yang biasanya diletakkan di sisi katil, lampu gantung yang memiliki suis kawalan kecerahan atau lampu untuk membaca pada waktu malam,?katanya.
Beliau berkata, untuk mendapatkan udara segar di dalam ruang, harus dipastikan tingkap dibuka pada siang hari. Pengaliran udara yang baik ini juga dapat menghilangkan sebarang bau kurang menyenangkan.
Katanya, pemilik boleh memilih memasang bidai jika tidak gemar menggunakan langsir. Bidai atau jenis fabrik yang digunakan boleh disesuaikan mengikut konsep atau tema keseluruhan bilik tidur.
揥arna dinding juga perlu diberi perhatian kerana jika tersilap memilih warna, ia akan membuatkan bilik terasa luas, sempit atau seumpamanya. Pilihlah warna yang membuatkan rasa sejuk dan selesa apabila berada di bilik tidur.
揓ika bilik tidur cukup luas, boleh mencipta beberapa sudut menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti di bilik berkenaan. Boleh diletakkan sofa atau kerusi mengikut cita rasa sendiri, sekadar untuk tujuan bersantai,?katanya
Author: Syd Time: 4-12-2006 14:39
Panduan membeli rak atau kabinet
Oleh Norakmah Mat Youb
RAK atau kabinet sangat penting khususnya untuk mengatasi masalah ruang sempit. Sama ada satu atau lebih tingkat, selain menjimatkan ruang, ia menampilkan suasana kemas, bersih dan menarik.
Rak biasanya dibuat menggunakan kayu seperti ash, beech, ceri, elm, oak, rosewood, sentang dan jati. Jika diperbuat daripada kayu keras lebih cantik, tahan lama tetapi mahal harganya.
Sebagai pilihan, ada rak atau kabinet yang dilapisi bahan kemasan venir untuk mendapat kemasan lebih baik. Ia adalah lapisan kayu bermutu tinggi yang dilekatkan pada kayu murah.
Lazimnya, ketebalan lapisan adalah 0.6 milimeter. Untuk mendapat harga yang lebih murah, gunakan papan lapis atau papan gentian sebagai pelapis. Beberapa panduan sebelum membeli rak:
Buat perancangan sebelum membeli, seperti menyenaraikan barangan yang hendak diletakkan pada rak itu.
Ambil ukuran keluasan ruang untuk menempatkan rak supaya memudahkan membeli rak sesuai.
Jika bercadang meletakkan peralatan elektrik di atas rak, pastikan kedudukannya berdekatan dengan sumber elektrik.
Beli rak yang mudah dijaga.
Buat tinjauan ke beberapa kedai perabot dulu sebelum membeli. Beri perhatian kepada kemasan, laci dan bahagian belakang rak atau kabinet.
Pastikan pintu kabinet tertutup rapat, stabil dan tidak mudah terbuka. Uji tombol pintu kabinet atau laci dan pastikan ia tidak mudah tercabut.
Jangan terpengaruh dan cepat tertarik melihat rak yang unik. Fikirkan cara penjagaan, kesesuaian warna dan rekaannya selaras dengan gaya hiasan di ruang itu.
Jika ingin menyimpan dokumen penting, pastikan membeli kabinet atau rak yang mempunyai pintu berkunci.
Tempah kabinet jika inginkan kelainan. Selain menjimatkan masa dan ruang, kabinet yang ditempah menyeragamkan hiasan rumah.
Jika membeli kabinet terpakai, pastikan mengecatnya semula dengan warna asal atau lain supaya tampak baru.
Author: Syd Time: 12-12-2006 14:44
Tip taman berpasu
MEWUJUDKAN taman berpasu sebagai langkah mudah untuk mendapatkan taman idaman dalam kawasan terhad. Ia mudah ditanam, dijaga dan dialihkan terutama bagi mereka yang cepat berubah cita rasa dan mood.
Ia seharusnya bermula dengan mengumpul beberapa set dekoratif dan pokok berbunga sebagai langkah awal membina taman berpasu ini.
Elak guna pasu yang mempunyai muncung mulut yang sempit kerana akan menyukarkan aktiviti menanam, membaja dan menyiram.
Bagi kesan tanaman lebih subur dan cantik, pasu seramik polos adalah antara pilihan bijak dengan dilengkapi beberapa lubang kecil. Pasu plastik menyerap masuk pancaran matahari manakala pasu terracotta (tanah liat) menyebabkan kadar serapan air keluar lebih cepat.
Bagi yang sedia ada memiliki sebuah taman atau koleksi pokok pasuan, pasu berwarna sangat menarik.
Pokok pasuan bukan saja terhad pada pasu jenis terracotta berbentuk bulat. Jika kreatif, dalam penggunaan barangan kitar semula seperti tab mandi lama juga boleh digunakan menggantikan pasu jenis itu.
Perhatikan penggunaan pokok dan pasu yang bersesuaian. Saiz pasu yang kecil akan mengehadkan kadar pertumbuhan dan sebaran akar seterusnya tidak tahan lama. Pokok yang mempunyai akar serabut memerlukan pasu besar dan tinggi.
Berhati-hati menggunakan pasu kayu atau rotan kerana cepat reput dan tidak tahan lama. Gunakan kayu kalis air dan tahan cahaya matahari serta tidak perlu kaedah varnis kerana kandungan kimia akan merosakkan pokok.
Kelebihan menggunakan pasu kayu ialah boleh dibentuk dalam pelbagai saiz dan bentuk sesuai mengikut lokasi keadaan.
Amalkan menggunakan pecahan pasu terracotta atau carikkan helaian surat khabar sebagai asas dasar pasu sebelum memasukkan tanah bagi mengelakkan aliran tanah keluar melalui ce-lah lubang.
Bagi pokok yang tahan cahaya matahari, gunakan pasu yang berwarna cerah bagi mengurangkan serapan haba dan pertumbuhan yang berlebihan.
Amalkan meletak pokok pasuan di atas kayu atau pelapik batu bagi ruang laluan air dan pertumbuhan akar lebih selesa.
Author: Syd Time: 12-12-2006 14:45
Penyediaan tapak penting untuk penanaman rumput
Dalam keluaran lalu kita membincangkan mengenai pemilihan jenis rumput dan kali ini, kita akan berbincang mengenai cara untuk menanam.
Ada beberapa kaedah penanaman rumput. Walau apa cara sekalipun ketika memilih kawasan, yang lebih diutamakan ialah penyediaan tapak.
8 langkah penyediaan tapak tanaman
1 - Ujian tanah (soil test) boleh dibuat di makmal swasta, makmal sains tanah Universiti Putra Malaysia (UPM) atau bertanyalah kepada pegawai Jabatan Pertanian yang berdekatan. Jika kawasan tanaman kecil, saya syorkan gunakan tanah bakar atau tanah hitam terutama kalau tanah yang kita ada hanyalah tanah kuning yang kontraktor tinggalkan di hadapan rumah, atau tanah yang mempunyai sejarah tanam apa pun tidak menjadi.
Jika kita boleh menggantikan tanah yang sedia ada dengan tanah lebih baik, maka ujian tanah tidak perlu.
Tujuan utama ujian tanah untuk mengetahui unsur apa yang kurang bagi tanah itu dan kesesuaian tanah untuk sebarang jenis tanaman. Keperluan unsur (atau nutrien) daripada satu tanaman ke tanaman lain berbeza, maka tanah yang tidak sihat untuk sesuatu jenis pokok mungkin sesuai untuk rumput. Paling sedikit pun kita perlu tahu sama ada kawasan itu terlalu berasid atau beralkali untuk rumput dan perlu dilakukan pengubahsuaian.
Biasanya, tanah di kawasan rumah di Malaysia adalah berasid. Ini bermakna ia perlu dineutralkan dengan alkali. Gunakan kapur pertanian sebanyak 5-10kg/100m persegi. Bagaimanapun, cara paling senang ialah dengan menggunakan top soil yang dibeli daripada nursery atau satu cara lagi ialah dengan menggunakan pasir. Lazimnya pasir hampir neutral. Taburkan selapis setebal enam inci sebaik saja sebelum rumput ditanam pada langkah ke tujuh nanti. Kita biarkan tanah yang tidak sesuai tadi ditimbus oleh tanah yang lebih sesuai.
2 - Kawalan rumpai - Paling senang ialah dengan pembajakan tanah. Satu kaedah lagi ialah meracun. Saya biasa mencadangkan sebarang jenis racun serapan seperti Round-up yang akan meresap ke semua bahagian tanaman. Biarkan seminggu dua, selepas itu baru bajak. Untuk kawasan kecil seperti halaman rumah boleh gunakan cangkul dan membalik-balikkan tanah serta pecahkan ketul-ketul besar. Biarkan akar rumpai kering dijemur matahari.
3 - Pembersihan kawasan - Buang batu besar, tunggul, bangkai dan lain-lain.
4 - Pengairan dan saliran - Untuk halaman besar, taman rekreasi, padang bola atau golf, masalah besar ialah air. Air masuk dan air keluar. Kita ingin mengelakkan pada musim kering, rumput kita kuning atau mati kekeri-ngan. Pada masa yang sama juga kita juga tidak mahu air bertakung merata tempat pada musim hujan. Pada keba-nyakan masa kita boleh pasang sistem sprinkler untuk pengairan dan rangkaian longkang bawah tanah (sub-soil) untuk saliran.
5 - Baja - Ini boleh dibuat mengikut keputusan ujian tanah (soil test) pada langkah pertama tadi. Kita akan menggunakan baja yang boleh menambah nutrien yang kurang dalam tanah. Masa inilah juga untuk kita membetulkan pH tanah. Biasanya - gunakan kapur lime. Jika kita tidak dapat membuat ujian tanah; dan menggunakan pasir pada permukaan atas, campurkan baja yang tinggi kandungan fosforusnya (lihat kandungan 慞?pada beg baja) untuk menggalak akar. Paling biasa orang buat ialah dengan menggunakan CIRP pada kadar rendah. Jangan baja lebih dalam daripada enam inci dari permukaan; membazir. Jika kita menggunakan tanah atas atau tanah bakar; maka kita boleh menganggap tanah itu sebagai baja.
6 - Bajak - Untuk kawasan besar guna mesin bajak ditarik oleh traktor besar atau untuk kawasan kecil menggunakan cangkul untuk melonggar dan membalikkan tanah.
Fungsinya ialah:
a) 慚embancuh?baja atau kapur ke dalam tanah.
b) Membantu akar tumbuh ke dalam tanah.
c) Ketulan tanah yang kecil juga menye-nangkan permukaan tanah diratakan.
7 - Rake - bermaksud menarik permukaan dengan pencakar (secara manual atau menggunakan mesin). Kita boleh membersihkan permukaan tanah daripada apa saja yang dibawa keluar ketika pembajakan; batu, ketulan tanah liat, ketulan emas, tulang dinosaur, batu nisan dan lain-lain. Tambahkan tanah 憈opsoil? tanah bakar atau pasir pada peringkat ini. Ratakan sekali lagi.
8 - Pembentukan tanah - Lepas tu untuk kawasan besar, kita boleh berfikir untuk membentuk rupa muka bumi tanah seperti yang kita mahu, sama ada kita inginkan laman yang beralun atau rata macam padang bola. Terpulang pada kita, hanya ingin saya ingatkan, bukan untuk sekadar kecantikan, tetapi bagi membantu aliran permukaan air ke tempat pembuangan air sama ada sump atau longkang. Jika kita membuat permukaan yang terlalu beralun, maka di situ akan terdapat takungan air selepas hujan. Begitu juga kawasan yang terlalu rata; air akan lambat atau tidak mengalir. Sengetkan sedikit tanah anda ke arah saliran air keluar.
Minggu hadapan, kita akan berbincang pula mengenai cara menanam rumput.
Normas Yakin Arifin ialah Naib Presiden Persatuan Superintenden Padang Golf Malaysia atau GCSAM yang mempunyai pengalaman 13 tahun mengurus rumput dan landskap di tiga buah padang golf di Malaysia. Maklumat lanjut boleh di dapati di http://www.mynormas.com/ atau hubungi mynormas@yahoo.com.
Author: Syd Time: 12-12-2006 14:47
Corak permaidani beri kesan kepada bilik
Oleh Norakmah Mat Youb
PERMAIDANI memainkan peranan dalam mencorak dan menaikkan seri suasana ruang. Malah, ia dikatakan memberi kesan yang lebih terhadap penampilan bilik berbanding dengan hiasan dinding.
Mungkin ada yang masih tidak pasti bagaimana hendak menyesuaikan permaidani dengan perhiasan rumah. Pastinya, tidak perlu menghampar permaidani yang mempunyai corak sama untuk keseluruhan ruang.
Buatlah pilihan bijak supaya permaidani yang dibeli selaras dengan perhiasan sesebuah ruang. Meskipun tiada peraturan tertentu, keselarasan warna permaidani akan membuat rumah tampak lebih harmoni.
Berikut beberapa panduan untuk membeli permaidani:
Apabila ke kedai, bawa contoh fabrik atau rekaan alas dinding supaya mudah dipadankan warna dengan permaidani.
Pilih beberapa warna yang dirasakan sepadan, dan jika boleh pinjam contoh warna itu untuk dibawa balik dan dipadankan dengan keadaan rumah. Ini memberikan gambaran lebih baik sebelum membuat keputusan.
Elak membuat keputusan melulu yang akhirnya akan merugikan. Bertindak bijak. Kunjungi beberapa kedai atau bilik pameran sebelum membeli. Ini dapat mengelakkan menyesal kemudian hari jika terjumpa corak yang menarik dan dirasakan lebih sepadan.
Pastikan anda membeli permaidani atau alas lantai yang sesuai dengan kegunaan ruang di rumah.
Periksa beberapa perkara sebelum membeli permaidani iaitu jenis, penjagaan, keluasan atau panjang yang diperlukan dan kegunaannya mengikut kesesuaiannya dengan sesebuah ruang.
Dapatkan nasihat pakar atau daripada penjual cara terbaik untuk menjaga permaidani. Rajin dapatkan maklumat penjagaan permaidani. Ini akan memudahkan anda sekiranya berlaku kekotoran yang tidak disengajakan.
Beli kualiti terbaik yang anda mampu. Permaidani yang mahal lebih bermutu, tahan lama dan mudah dijaga.
Author: Syd Time: 18-12-2006 15:49
Terendak lampu mampu hasil sinaran indah
PENCAHAYAAN kediaman memerlukan ketelitian dan ketepatan dalam pemilihan reka bentuk lampu bagi memastikan ruang kelihatan menarik. Lampu kini bukan saja menerangi ruang rumah, tetapi turut di jadikan hiasan. Bagi yang mementingkan kecantikan rumah, lampu hiasan dianggap pelengkap menghidupkan kediaman.
Untuk memilih reka bentuk lampu, arah sinar lampu terbabit perlu diberi perhatian. Malah tidak dinafikan, keindahan ruang akan lebih menyerlah jika menggunakan lampu yang memberikan pencahayaan setempat.
Contohnya lampu meja, lampu lantai atau lampu gantung, disebabkan biasan sinaran berkenaan akan mengindahkan sesebuah kawasan mahu pun sudut di dalam ruang.
Pelbagai reka bentuk lampu boleh didapati di pasaran tetapi mungkin ada yang kurang mengendahkan penggunaan sesebuah reka bentuk lampu sedangkan lampu adalah antara unsur penting dalam menentukan hiasan sesebuah ruang.
Apatah lagi jika lampu terbabit memiliki reka bentuk unik malah kini, rekaan kontemporari bukan saja menampilkan gaya moden tetapi eksklusif.
Untuk memilih reka bentuk lampu yang kontemporari ia perlu disesuaikan dengan konsep ruang. Misalnya, jika memilih lampu lantai yang diperbuat daripada tiang berwarna keperakan atau juga dikenali sebagai `chrome' dengan terendak berupa kon memanjang sesuai jika digunakan untuk penataan bergaya moden. Lebih serasi jika tidak banyak perabot yang digunakan bersama.
Lampu lantai kontemporari itu juga sesuai ditempatkan di sisi sofa atau kerusi tunggal sebagai lampu utama yang menerangi kawasan sekitar. Lampu terbabit tidak hanya berfungsi sebagai sumber cahaya malah dengan reka bentuknya yang unik, ia dapat mengisi ruang kosong serta dijadikan salah satu rekaan berbentuk ukiran.
Di samping lampu lantai, lampu yang memiliki reka bentuk kontemporari termasuk lampu meja atau lampu dinding dicipta dengan arah sinar sama ada ke bawah mahu pun ke atas bagi menghasilkan sinaran langsung dan tidak langsung.
Bentuk terendak berkonsep kontemporari serta arah sinaran lampu berfungsi untuk mencipta keserasian gaya yang dimahukan. Justeru, jika ingin melahirkan suasana ruang tertentu, perlu bijak memilih terendak yang bersesuaian serta arah sinaran lampu terbabit.
Author: Syd Time: 26-12-2006 23:12
Panduan membersihkan lantai
Oleh Norakmah Mat Youb
BIASANYA apabila menghias rumah, jarang pemilik rumah memikirkan soal lantai. Kebanyakannya beranggapan asal lantai itu bersih sudah memadai bagi mereka. Ia memang benar, tetapi jika tidak dijaga dengan baik lantai akan tampak kusam dan tidak tahan lama.
Penjagaan lantai sebenarnya bermula daripada pemasangan. Berikut beberapa panduan yang boleh dijadikan panduan:
Jubin
Jika memasang jubin pada tempat laluan, pastikan tidak dipijak selepas empat hari dipasang untuk memastikan kedudukannya mantap. Lantai hanya boleh diguna lasak selepas dua minggu dipasang.
Pastikan jubin dialas jika hendak meletakkan perabot atau benda berat di atasnya.
Jika ada kekotoran, berus hingga hilang, cuci dengan air dan lap kering. Ulangi proses ini beberapa kali kepada kesan degil. Jangan sekali-kali membiarkan jubin basah kerana ia mengundang bahaya.
Bersihkan sisa simen dengan pencuci asid sesuai.
Karat dan dakwat boleh dibersihkan dengan asid sulfurik dan hidraulik.
Bersihkan kesan tumpahan kopi, teh, aiskrim dan lemak menggunakan pencuci beralkali (kebanyakan sabun adalah beralkali).
Minyak tanah boleh digunakan untuk hilangkan kesan getah, cat dan gris.
Lap jubin dengan pencuci biasa untuk penjagaan harian.
Seramik granit
Untuk lantai yang baru dipasang, gunakan pencuci berasid lembut untuk membersihkan sebarang kotoran.
Untuk kotoran jenis minyak atau gris, gunakan air panas. Biarkan air bercampur dengan pencuci lima hingga 15 minit sebelum dicuci.
Lemak atau kotoran lain yang boleh meninggalkan kesan perlu dibersihkan segera menggunakan air panas dan bilas dengan air biasa selepas itu lap hingga kering.
Sesekali gunakan pancutan air deras untuk hilangkan kesan degil.
Parket
Lantai jenis ini perlu divarnis dengan bahan pelarut berasas air atau polyurethane supaya kayu lebih keras dan tidak mudah mengumpul habuk. Untuk membersihkannya, lap dengan kain lembap.
Jika lantai bercalar, kikis dengan kertas pasir, bersihkan dengan air panas dan varnis semula.
Jangan seret perabot di atas lantai parket kerana ia akan mencalarkannya.
Antara cara untuk mengelakkan lantai bercalar, alas kaki perabot dengan getah khas.
Jangan sekali-kali membiarkan lantai parket basah atau bergenang air. Jika ada bahan yang tumpah, keringkan segera.
Papan
Untuk penjagaan biasa, lap lantai dengan kain lembap tanpa bahan pencuci.
Untuk membersihkan kesan gris dan kopi, cuci dengan air bercampur sedikit cuka dan keringkan segera.
Letak alas kaki pada pintu masuk utama dan ambal pada ruang laluan bagi memastikan lantai tahan lama.
Author: Syd Time: 31-12-2006 22:05
Rahsia hias ruang makan, tamu
RUANG tamu dan ruang makan adalah tempat paling penting yang menjadi tumpuan tetamu setiap kali berkunjung ke rumah.
Justeru, luangkan masa mengemas ruang berkenaan supaya tetamu berasa puas dan selesa.
Untuk berjimat, anda boleh menghiasnya sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Ikuti panduan mudah dan murah tetapi berkesan mewujudkan suasana idaman.
Dinding dicat warna kuning terang untuk menceriakan ruang makan yang kurang pencahayaan. Warna gelap mampu menjadikan ruang sejuk manakala tona lembut mencerahkan dan mewujudkan suasana lebih luas.
Untuk menonjolkan kelainan dinding, gunakan teknik mengecat seperti span atau kertas sempadan. Serikan dinding dengan ambal, gantungan kain beralun atau bingkai gambar dan cermin.
Bagi meja makan tidak perlu beli baru, hanya tukar alas meja atau balut dengan plastik berwarna. Alas fabrik seperti organza, atau sheer bersulam amat menarik sekali gus merubah wajah ruang.
Permukaan meja boleh dicat baru, lebih menarik jika permukaan meja dihias gambar keluarga, pemandangan, dan daun kering, kemudian lapik sekali lagi dengan kaca sama besar ukuran permukaan meja.
Jika bosan dengan kemasan lantai jubin, tukar kepada panel kayu atau berlamina kayu. Untuk lebih murah, tanggalkan beberapa jubin sedia ada dan gantikan dengan jubin berwarna ataupun hanya tukar permaidani lama kepada baru.
Sering kali kita lupa untuk menjaga siling. Jika membersihkan kipas dan lampu, jangan lupa membersihkan sekali siling. Suasana persekitaran bilik pasti berubah jika dipasang siling lepa, birai emas atau alang kayu. Teknik mengecat juga membantu menonjolkan kelainan siling di ruang berkenaan.
Tidak semestinya menggunakan candelier di ruang makan. Cukup sekadar lampu gantung atau beli terendak pelbagai warna yang ada di pasaran untuk menyarung mentol lampu. Untuk suasana lebih redup dan romantik, pasang lilin atas meja.
Jika mempunyai kerusi kayu, cat dengan warna pilihan atau balut kerusi dengan fabrik dan pasangkan riben mengikut warna persekitaran.
Perhiasan yang murah sudah mampu mengubah suasana persekitaran ruang makan. Lilin dan pemegangnya pasti mampu merubah suasana. Susun buah-buahan dalam mangkuk hiasan untuk menaikkan seri meja.
Bagi gubahan bunga, tidak perlu mengupah pakar. Bunga segar lebih cantik dan menarik. Beli beberapa kuntum bunga segar, letakkan dalam bekas kaca telus atau sebarang bekas bersesuaian. Bunga atas meja makan tidak perlu terlalu tinggi tetapi pastikan ia memanjang.
Pokok segar boleh diletakkan di penjuru dinding ruang tamu atau ruang makan. Jika ruang bertingkap, hiasi tingkap dengan langsir nipis atau pasang bidai yang mudah ditarik dan digulung.
Ruang makan yang besar boleh juga dilengkapi set sofa fabrik. Tidak perlu beli baru. Guna cadar atau alas meja kopi bercorak geometri untuk membalut sofa. Tarik bahagian hujung sofa dan ikat dengan reben. Atas sofa letak kusyen kecil.
Author: ctredzuan Time: 1-1-2007 01:18
maceh syd kerna setia berikan tips kat sini :tq:
Author: Syd Time: 7-1-2007 12:08 Subject: Jangan sayang buang barang tak perlu
Jangan sayang buang barang tak perlu
Fikirkan barang yang ingin disimpan dan dibuang. Jangan simpan perasaan sayang kerana menghias semula bermakna membuang yang tidak perlu. Paling penting fikirkan mengenai ruang dapat dijimatkan.
Jadikan satu kewajipan dalam diri dan ahli keluarga untuk sentiasa meletakkan barangan pada tempat asal. Ingatkan ahli keluarga melakukan perkara sama kerana jika dibiarkan, keadaan akan menjadi bertambah teruk
Selesaikan tugas kecil pada waktu senggang yang amat terhad untuk perkara lain. Sebaiknya, membasuh pakaian sebelum sarapan dan sesudah itu hanya perlu dijemur.
Kenali dan lihat keluasan tempat penyimpanan sebelum anda meletakkan barang. Seelok-eloknya pilih kawasan yang selalu digunakan.
Jika perlu, lukis pelan lantai dan buat senarai barangan yang hendak disimpan.
Pastikan anda dapat membuka pintu almari dan mengambil sesuatu barangan dengan senang. Justeru, letakkan barang yang kerap digunakan pada ruang tengah manakala jarang digunakan pada bahagian atas atau bawah.
Di dalam bilik kecil, gunakan rak terbuka untuk menyimpan supaya dapat menjimatkan ruang.
Untuk mendapatkan ruang yang lebih, masukkan barang yang tidak digunakan dalam kotak atau beg plastik dan simpan di tempat sesuai.
Simpan sarung tangan dan topi dalam laci atau bakul kecil yang digantung di belakang pintu stor.
Pastikan suasana ruang dapur kemas dengan menyimpan cawan, sudu dan perkakas lain di dalam laci, bekas atau digantung.
Jika menyimpan jag air di atas rak, pastikan kedudukannya tidak terlalu dalam supaya mudah untuk mencapainya.
Simpan barangan tembikar atau perhiasan lain yang jarang digunakan dalam beg plastik atau bekas berzip dan tempatkan di rak paling bawah.
Untuk mengelakkan pinggan melekat, lapik setiap pinggan dengan kertas sebelum menyusunnya secara bertingkat.
[ Last edited by Syd at 8-1-2007 05:03 PM ]
Author: Syd Time: 15-1-2007 10:09
Tembok, pagar sedondon
Oleh Norakmah Mat Youb
Lumrah kediaman besar guna konkrit, besi sebagai asas sempadan untuk kukuh
APABILA menyebut pagar dan sempadan pemisah, masyarakat kini begitu menggilai rekaan pagar pelbagai material semata-mata untuk menjadikan kediaman terserlah sekali gus mencuri perhatian orang lalu-lalang.
Pagar dan tembok sekeliling bukan saja berfungsi sebagai pelindung dan pemisah daripada kawasan sekitar serta pandangan terus dari luar tetapi juga elemen penting dalam pembinaan sesebuah kediaman terutama yang mempunyai taman.
Andai kata diberi pilihan mewujudkan garis pemisah dengan kediaman jiran atau jalan utama, apakah struktur yang menjadi pilihan? Pokok pagaran dilatari tumbuhan memanjat, jeriji besi dengan pelbagai rekaan bentuk atau konkrit dengan kemasan terpilih sering menjadi pilihan.
Bagaimanapun, terpulang kepada pemilik yang penting ia mempunyai fungsi utama iaitu melindungi kediaman. Hakikatnya, menentukan pagar dan sempadan hiasan bukanlah sesuatu yang sukar asalkan faham konsepnya.
Pemilik Hosenta Trading, Hussein Taha, berkata, pagar adalah kesinambungan terhadap rekaan kediaman. Justeru, penting untuk kita mengetahui rekaan kediaman dan taman kerana ia dilihat sebagai objek seni yang indah dan sewajarnya dibina dengan lengkap.
"Sebelum membina pagar dan sempadan apa yang perlu diketahui ialah konsep taman dan kediaman yang bakal diwujudkan, selepas itu idea membina sempadan berkenaan akan menyusul dengan mudah.
"Terdapat dua jenis sempadan hiasan ini sama ada sempadan semula jadi atau buatan manusia tetapi perlu diingatkan apa juga material utama membuat pagar, tembok yang menjadi struktur penyokong sekeliling harus tampil sedondon," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan pemilik kediaman tidak dapat memperuntukkan masa terlalu lama untuk menjaga keadaan taman supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna. Jadi, sempadan hiasan buatan manusia lebih praktikal.
"Pagar dan sempadan ciptaan manusia lebih mudah diselenggarakan dan dijaga terutama bagi pemilik kediaman di bandar kerana kekangan masa serta aspek keselamatan yang perlu difikirkan.
"Memang lumrah bagi kediaman besar menggunakan gandingan tembok konkrit dan juga besi sebagai asas sempadan hiasan dengan alasan lebih kukuh dan kemas. Bagaimanapun, untuk mengelakkan latar taman nampak kaku, menanam beberapa pokok renek adalah langkah terbaik.
"Pokok renek yang berpotensi untuk tumbuh sehingga tiga meter boleh dipertimbangkan tetapi penting mengenal pasti visual yang bakal diperoleh apabila ia membesar setahun atau dua tahun akan datang.
"Untuk penataan latar taman yang lebih menarik, tambahan plak simen berukir dengan motif flora atau geometri amat sesuai bagi taman berkonsepkan Bali atau tropika kontemporari. Lubang kecil membolehkan arah aliran angin tidak terhalang tetapi pada masa sama menapis angin yang banyak ke taman.
"Bagi pemandangan yang agak menarik tetapi mudah dijaga ialah dengan memilih tembok daripada batu hiasan seperti kepingan konkrit simen yang boleh digunakan sebagai alternatif pokok pagaran," katanya.
INFO
Fungsi pagar dan sempadan
Melindungi kediaman daripada pandangan luar dan menghalang binatang seperti anjing masuk ke halaman.
Memberi privasi antara pemilik dan orang luar serta langkah awal keselamatan.
Menapis kemasukan angin ke taman dan menghalang tiupan angin kuat
Menjadi titik tumpuan taman kesan reka bentuk pangkasan pokok pagaran dan bentuk kemasan dinding konkrit yang menarik.
Berfungsi melindungi pokok renek atau tumbuhan tutup bumi.
Author: Syd Time: 15-1-2007 10:20
Panduan pemilihan fabrik sesuai penyeri kediaman
FABRIK hiasan dalaman mampu menaikkan seri kediaman. Walaupun kecil, ia berperanan besar menyumbang kepada tata hias dalaman terutama bagi pemilik kediaman yang mempunyai perbelanjaan kecil.
Amat penting untuk memilih fabrik bersesuaian supaya tidak janggal dekorasi kediaman. Justeru, gunakan kebijaksanaan ketika memilih fabrik sama ada untuk kusyen, langsir atau cadar. Di sini diberikan beberapa panduan:
Seelok-eloknya dicadangkan memilih corak dan warna fabrik terlebih dulu sebelum memilih warna cat rumah.
Beli fabrik lebih sedikit daripada ukuran yang diperlukan untuk menampung keperluan di luar dugaan.
Tiada salah membeli fabrik bermotif bunga tetapi ia agak sukar untuk disesuaikan dengan hiasan dalaman lain. Fabrik polos lebih digalakkan tetapi fabrik bunga sesuai untuk mereka yang menggemari gaya kedesaan Inggeris.
Motif grafik berwarna terang dan mempunyai warna bertentangan agak menarik jika dijadikan cadar di bilik tidur sebagai titik tumpuan di bilik berkenaan.
Warna biru, hijau dan alam paling sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dan merehatkan minda
Kusyen sofa dan katil berupaya menjadi penyeri ruang tetapi jangan mencampur aduk pelbagai warna. Hanya menggunakan satu warna dengan berbeza tona untuk mengekalkan keharmonian suasana.
Tidak perlu memilih fabrik hiasan mengikut gaya semasa tetapi berdasarkan kesesuaian dan cita rasa. Jika fabrik itu tahan lasak dan sesuai dijadikan kusyen kecil, beli saja kerana ia menjimatkan wang anda.
Fabrik etnik seperti kain pua bukan sekadar sebagai hiasan dinding tetapi boleh dijadikan alas meja, penghias sofa, sarung kusyen kecil yang menarik. Serasikan dengan hiasan dalaman lain.
Jika mempunyai perbelanjaan agak terhad, tidak perlu menukar sofa atau mengecat dinding, cukup sekadar menggantikan sarung kusyen penghias sofa kepada warna lebih ceria.
Fabrik berkilat seperti satin dan sutera tidak sesuai untuk ruang yang terdedah kepada cahaya matahari.
Author: Syd Time: 15-1-2007 15:35
Bilik air boleh membawa duka
KES kanak-kanak lemas dalam baldi di bilik air harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa. Ini kerana bilik air boleh menjadi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana mereka boleh lemas atau jatuh kerana licin.
Berikut adalah panduan keselamatan di bilik air:
Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak licin. Banyak kecederaan patah tulang dan terseliuh disebabkan terjatuh.
Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh terjatuh ke dalamnya dan lemas. Mereka boleh lemas di dalam air yang sedikit di dalam baldi, walaupun ia hanya sedalam 15 - 30 sentimeter.
Bayi dan kanak-kanak kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian, walaupun sekejap. Mereka mungkin jatuh tertonggeng dan lemas. Bawa bayi anda bersama jika anda terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.
Jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebabkan kepala mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak.
Kanak-kanak harus dimandikan di dalam besen di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh.
Author: fymien Time: 30-1-2007 12:08
tak der ker petua2 nak bersih @ maintain rumah dr bahan2 yg mudah @ simple?
Author: Syd Time: 5-2-2007 15:07
Rahsia kediaman hebat tanpa pakar
Oleh Norakmah Mat Youb.
INGIN menghias kediaman supaya nampak hebat dan menarik tanpa perlu mengupah pakar atau membelanjakan banyak wang? Di sini diberikan beberapa rahsia penggayaan asas dan anda boleh memperagakan kediaman seperti pereka dalaman profesional.
Tip
Untuk mewujudkan suasana istimewa, anda perlukan mainan cahaya yang pelbagai bagi membangkitkan mood tertentu. Tidak perlu berbelanja lebih membuat pemasangan wayar lampu baru, memadai dengan memadamkan cahaya lampu utama dan gantikan dengan lampu kecil bercahaya sederhana pada beberapa sudut.
Elakkan daripada membeli satu set kerusi yang sama. Gabungan perabot pelbagai rekaan adalah kunci kepada penggayaan bercita rasa tersendiri. Gunakan perabot dwi fungsi untuk menjimatkan ruang. Contohnya meja kopi yang boleh juga digunakan sebagai meja makan.
Kekallah dengan pilihan perabot dan kemasan yang ringkas dan klasik. Kemudian, perbaharui hiasan ruang dengan gaya terkini. Hanya dengan menyelitkan beberapa kusyen bercorak segar atau hamparan ambal dapat merubah penampilan ruang dengan serta merta.
Kemasan lantai dengan tona terang atau corak menonjol boleh menjadi titik tumpu dalam sesebuah ruang tetapi pastikan tona warna dinding dan perabot di sekeliling agak lembut atau sederhana bagi mengelakkan ruang dihias keterlaluan.
Hias ruang bilik dengan sentuhan bersahaja iaitu dengan meletakkan perabot atau aksesori pada kedudukan berlainan ketinggian supaya penglihatan dapat mencakupi keseluruhan ruang. Pastikan tumpuan mata dapat menikmati lukisan dan kemasan tingkat yang digantung pada ketinggian sesuai.
Menurut pakar menghimpun objek hiasan dalam bilangan ganjil lebih menarik daripada genap. Tiga perhiasan yang diletakkan bersama nampak serasi berbanding dua atau empat.
Biar apapun kemasan tingkap yang dipilih, biarlah corak yang tidak terlalu rumit, fabrik lembut dengan gaya atau motif yang lembut. Pemilihan bidai atau langsir perlu bersesuaian dengan ruang yang ada.
Pastikan hiasan dalaman ringkas dan kemas untuk keselesaan. Dalam ruang yang bersih dan kemas segala-galanya akan kelihatan menarik dan sesuai dengan reka bentuk ruang.
Cari sumber yang boleh memberi ilham kepada anda. Cuba rujuk majalah atau laman web yang berkaitan dengan seni hiasan dalaman kerana banyak idea boleh didapati. Pastikan terlebih dulu gaya yang dipilih bersesuaian dengan peringkat usia dan ciri rumah.
Author: Syd Time: 12-2-2007 12:17
Cara hias balkoni
HIASAN balkoni sering kali diabaikan. Selalunya balkoni terletak di kediaman bertingkat dan menawarkan pemandangan menarik. Bagi mereka yang mempunyai balkoni, fungsinya bertindak sebagai lokasi menjemur pakaian selain menempatkan barangan terpakai.
Sebenarnya, balkoni menyediakan pelbagai fungsi kepada pemilik kediaman dan menjadi bonus untuk menjamu mata sambil melihat pemandangan luar serta menghirup udara nyaman. Di sini diberikan beberapa tips untuk menghias balkoni.
Tip untuk menghias balkoni
*Bagi balkoni yang mempunyai keluasan panjang, tambahkan bidai buluh sebagai pengadang cahaya terutama cahaya pada sebelah petang tidak menerobos terus ke dalam kediaman.
*Pasangkan kemasan lantai yang agak kesat seperti terracota (tanah liat) yang membenarkan melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa tanpa perlu risau tergelincir.
*Himpunkan pokok jenis tinggi dan rimbun pada satu tempat supaya menampakkan koordinasi antara susunan pokok manakala pokok lebih renek diletakkan di bahagian depan.
*Letakkan tikar buluh atau mengkuang supaya ruang balkoni lebih cantik dipandang.
* Cat balkoni dengan pilihan warna natural untuk suasana lebih terang dan menarik sekali gus menjadikan ruang balkoni lebih hidup.
* Gunakan kayu tahan reput kerana kedudukan balkoni berkonsepkan terbuka sesuai dengan faktor iklim.
*Tambahkan pokok gantung segar supaya tampak lebih hidup dan tidak kaku.
*Letakkan kerusi dan meja kopi untuk memberi lebih fungsi kepada balkoni anda.
*Tempatkan pelbagai peralatan bersesuaian seperti bantal besar, bagi menukar wajah biasa balkoni kediaman anda.
* Jika mempunyai peruntukan lebih, tutup balkoni dengan kemasan kaca dan ubah penampilan balkoni menjadi sesuatu yang segar dan elegan. Boleh juga dijadikan ruang makan atau ruang rehat kedua.
Author: Syd Time: 25-2-2007 13:17
Rancang susun atur, kelengkapan dapur
Panduan reka bentuk
Elakkan menyusun peralatan dapur berhampiran suis lampu supaya mudah menghidupkannya pada waktu malam sekali gus mengelakkan kemalangan.
Pastikan reka bentuk sinki sesuai sebelum merancang pembelian kerana ukuran yang tidak betul menjejaskan rekaan kabinet siap pasang.
Susun atur peralatan dapur dan pastikan tidak melebihi permukaan meja kerja serta ketinggiannya tidak mengganggu kabinet unit gantung.
Jangan susun dapur bersebelahan sinki. Jika tiada pilihan pastikan jarak antara kedua-duanya sejauh 30 sentimeter.
Jangan rapatkan peti sejuk ke dinding. Wujudkan jarak sebanyak 10 sentimeter.
Pastikan pintu peti sejuk tidak terhalang dan boleh dibuka lebar bagi memudahkan mengeluar barangan.
Jangan letak dapur berdekatan tingkap atau sebelah kabinet.
Jangan meletakkan ketuhar menghadap pintu dapur.
Sediakan ruang kerja selesa dan praktikal. Pastikan tempat memotong sesuai dengan kaedah penyediaan makanan sama ada aktiviti memasak berat atau ringan. Jika membabitkan kerja berat dan banyak, pastikan kaunter kerja tahan lasak.
Elakkan binaan set kabinet sebelah atas yang terlalu sarat dan penuh bagi memberi ruang pada dinding.
Bina set kabinet pada bahagian bawah dengan ruang penyimpanan maksimum.
Jadikan ruang kelihatan luas dengan pemasangan kabinet kemasan berwarna lembut dan terang pada binaan atas bersama permukaan pintu jenis kaca. Ia dapat memberikan visual lapang.
Wujudkan kaunter kerja berpulau yang berupaya memberikan ruang penyimpanan pada bahagian bawah.
Simpan perkakas yang kerap digunakan di tempat berdekatan tanpa perlu mengalihkannya.
Pastikan ruang kerja mendapat pencahayaan langsung yang terang bagi memudahkan pergerakan supaya lancar.
Elakkan lantai dengan ketinggian berbeza kerana akan menyukarkan pergerakan selain mengancam keselamatan.
Author: dafiza Time: 26-2-2007 11:56
Thanks Syd.
Very good info
Author: Syd Time: 5-3-2007 12:58
Sukar bina rumah tanpa lakaran pelan
Oleh Jomaithir Johari
Pemilihan gaya memudahkan hiasan dalaman diterapkan mengikut cita rasa seluruh kediaman
SETIAP pemilik mengimpikan rumah idaman yang memenuhi cita rasa masing-masing. Proses rekaan dan penyediaan pelan rumah perlu dilakukan secara teratur. Tanpa lakaran pelan, sukar membina rumah idaman.
Kebiasaannya reka bentuk rumah bergantung kepada anggaran kos rumah. Oleh itu, lukisan pelan perlu disediakan sebelum kerja pembinaan dimulakan. Pelan, berperanan menjadi rujukan dan panduan kontraktor ketika kerja pembinaan dijalankan.
Sebelum memulakan pembinaan rumah, kita perlu merancang dengan tepat perkara yang penting. Khidmat nasihat arkitek profesional bagi menyediakan pelan rumah perlu diutamakan sebelum kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ini amat penting supaya rumah yang bakal didiami memenuhi ciri keselamatan di samping selesa.
Ilham rumah idaman dipaparkan dengan menentukan konsep dan penggayaan ciri seni bina dulu. Contohnya seperti gaya kontemporari, moden, tropikal, kolonial dan klasik. Pemilihan gaya berkenaan memudahkan hiasan dalaman diterapkan mengikut cita rasa yang memenuhi seluruh kediaman.
Khidmat runding diperoleh daripada badan profesional yang berkaitan amat penting ketika proses reka bentuk. Dengan itu, anda dapat menentukan sempadan tanah yang dibenarkan untuk kerja pembinaan.
Pemeriksaan dari segi aspek rupa bentuk muka bumi seperti kontur, jenis tanah dan persekitaran perlu dilakukan bagi menentukan jenis struktur asas rumah bagi memastikan kedudukan itu nanti selamat tanpa sebarang risiko.
Penentuan orientasi bangunan pula turut diambil kira supaya dapat meminimumkan kesan pencahayaan matahari pagi dan petang. Perancangan susun atur peletakan ruang, saiz, penataan cahaya, bukaan tingkap dan udara perlu diterapkan ketika proses reka bentuk dilakukan.
Ruang dalam perlulah merangkumi ruang yang privasi, semi privasi dan untuk semua tetamu. Penetapan ruang perlu diguna dengan maksimum tanpa pembaziran ruang. Kelebihan yang bakal diperolehi melalui penentuan ruang itu dapat memberi keselesaan kepada pemilik kediaman mahupun pengunjung yang bakal mengunjungi kediaman anda. Pemilihan skima warna turut mempengaruhi mood dan keceriaan interior anda. Cuba adunkan warna mengikut stail yang seimbang dengan reka bentuk keseluruhan rumah anda.
Selepas proses reka bentuk selesai, barulah kerja penyediaan pelan seni bina dimulakan. Lukisan pelan yang memaparkan layout pelan yang dilukis secara berskala perlu dipenuhi dengan dimensi , spesifikasi, format, tajuk, lukisan ortografik, bukaan tingkap, pintu, kedudukan tangga, kemasan lantai, bumbung, diagram sistem paip, kumbahan dan elektrikal.
Pelan landskap juga boleh disediakan dengan melantik arkitek landskap bagi menyejukkan lagi pandangan mata anda dengan rimbunan pohon dan kicauan burung pada petang hari.
FAKTA:
Perkara perlu dilakukan sebelum membina rumah idaman.
Penyediaan pelan dari perunding arkitek profesional atau pelukis pelan berdaftar.
Pastikan pelan rumah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan sebelum memulakan kerja pembinaan.
Pembinaan rumah tanpa lukisan pelan yang diluluskan mendatangkan implikasi negatif selain mengundang padah jika berlaku kejadian tidak diingini.
Author: Syd Time: 5-3-2007 13:00
Rancang susun atur, kelengkapan dapur
Panduan reka bentuk
Elakkan menyusun peralatan dapur berhampiran suis lampu supaya mudah menghidupkannya pada waktu malam sekali gus mengelakkan kemalangan.
Pastikan reka bentuk sinki sesuai sebelum merancang pembelian kerana ukuran yang tidak betul menjejaskan rekaan kabinet siap pasang.
Susun atur peralatan dapur dan pastikan tidak melebihi permukaan meja kerja serta ketinggiannya tidak mengganggu kabinet unit gantung.
Jangan susun dapur bersebelahan sinki. Jika tiada pilihan pastikan jarak antara kedua-duanya sejauh 30 sentimeter.
Jangan rapatkan peti sejuk ke dinding. Wujudkan jarak sebanyak 10 sentimeter.
Pastikan pintu peti sejuk tidak terhalang dan boleh dibuka lebar bagi memudahkan mengeluar barangan.
Jangan letak dapur berdekatan tingkap atau sebelah kabinet.
Jangan meletakkan ketuhar menghadap pintu dapur.
Sediakan ruang kerja selesa dan praktikal. Pastikan tempat memotong sesuai dengan kaedah penyediaan makanan sama ada aktiviti memasak berat atau ringan. Jika membabitkan kerja berat dan banyak, pastikan kaunter kerja tahan lasak.
Elakkan binaan set kabinet sebelah atas yang terlalu sarat dan penuh bagi memberi ruang pada dinding.
Bina set kabinet pada bahagian bawah dengan ruang penyimpanan maksimum.
Jadikan ruang kelihatan luas dengan pemasangan kabinet kemasan berwarna lembut dan terang pada binaan atas bersama permukaan pintu jenis kaca. Ia dapat memberikan visual lapang.
Wujudkan kaunter kerja berpulau yang berupaya memberikan ruang penyimpanan pada bahagian bawah.
Simpan perkakas yang kerap digunakan di tempat berdekatan tanpa perlu mengalihkannya.
Pastikan ruang kerja mendapat pencahayaan langsung yang terang bagi memudahkan pergerakan supaya lancar.
Elakkan lantai dengan ketinggian berbeza kerana akan menyukarkan pergerakan selain mengancam keselamatan.
Author: agar2 Time: 6-3-2007 08:51
banyak info yang amat berguna... tq syd... teruskan usaha murni tersebut...
Author: Syd Time: 18-3-2007 18:30
Panduan lekat kertas dinding
Oleh Norakmah Mat Youb
KERTAS dinding dapat membangkitkan mood dan
perlu sesuai dengan hiasan dalaman
DINDING rumah biasanya dihiasi dengan kertas pelbagai corak dan warna bagi menambahkan seri ruang. Selain menaikkan seri ruang dalaman kediaman, ia juga tahan lama dan mudah dibersihkan.
Bagi menghias bilik anak-anak menggunakan kertas dinding, ibu bapa mempunyai banyak pilihan dan coraknya boleh diubah mengikut proses pembesaran mereka. Kamar yang dihiasi indah dan sempurna mampu membentuk peribadi anak-anak.
Bagi hiasan, kertas dinding dan gambar pemandangan menjadi pilihan utama ibu bapa untuk menghiasi kamar si manja. Walaupun memerlukan belanja agak besar tetapi ia memberikan hasil yang menarik serta tidak jemu dipandang.
Lebih istimewa, kertas dinding boleh dipasang sendiri kerana mudah didapati dalam pelbagai saiz dan corak di samping panduan memasang. Ia dijual pada ukuran 106 milimiter (mm), 150mm, 225mm dan 300mm.
Bagaimanapun, saiz kertas dinding boleh ditentukan sendiri kerana ia boleh dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Kertas dinding boleh diletak pada permukaan rata dengan menggunakan bahan pelekat tersedia di belakangnya.
Sebelum memasang, pemilik perlu menampal bahagian tengah kertas dinding dengan rapi dan meneruskan kerja melekatkannya ke tepi. Selain itu, kertas dinding juga boleh ditempah mengikut corak dan warna langsir, cadar atau sarung bantal.
Corak abstrak berwarna lembut sesuai dipadankan pada bilik kanak-kanak manakala corak bunga besar sesuai bagi bilik atau ruang dalaman. Bunga kecil dan berwarna redup lebih sesuai untuk bilik tidur remaja kerana memberikan ketenangan dan keselesaan.
Kertas dinding mudah dibersihkan. Hanya perlu bersihkan habuk terlebih dulu menggunakan penyapu debu. Kemudian, rendamkan kain bersih dalam air bercampur sedikit cecair pencuci. Perah hingga kering dan lapkan pada dinding berkenaan.
Bagi kotoran yang sukar dihilangkan, boleh menggosok menggunakan berus lembut yang dicampur bersama cecair pencuci. Kemudian bilas dengan air bersih. Tunggu hingga cucian kering sebelum melekatkan kertas dinding.
Author: Syd Time: 4-4-2007 17:08
Rancang rumah selesa, harmoni
Oleh Hamidon Abdullah
SEBUAH rumah perlu dirancang untuk kehidupan selesa. Ia harus mempunyai unit tersendiri yang dirancang, direka bentuk dan dihias bagi memenuhi cita rasa keluarga.
Hari ini kita semua tidak mempunyai masalah untuk menghias rumah kerana kita boleh mengambil majalah hiasan atau menonton rancangan televisyen tetapi adakah ia cara terbaik? sedangkan kita mahu persekitaran rumah selesa yang menggambarkan cita rasa dan personaliti diri.
Program hiasan dalaman, kebanyakannya hanya tertumpu pada ruang tertentu. Malah, kos dan harga perabot serta barangan hiasan tidak pernah disiarkan. Apa dapat dilihat ialah pereka bentuk dalaman memberi idea dan cadangan mengikut trend serta gaya terkini. Biasanya, didorong dengan mempromosi barang hiasan yang menjadi penaja program berkenaan.
Untuk merancang kediaman selesa dan harmoni, tidak seharusnya mengikut trend reka bentuk tanpa berfikir dulu keperluan dan kehendak kita.
Apakah yang dikatakan satu suasana kediaman sihat, ceria dan harmoni? Kehidupan selesa dan harmoni sebenarnya berasaskan kualiti hidup sempurna. Keseronokan bermula dari pintu masuk lagi. Penghuninya akan berasa seronok menikmati setiap ruang di dalamnya yang tidak boleh digambarkan jurubina ataupun orang lain.
Rumah selesa menggabungkan kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi dan semangat. Ia menggambarkan keindahan untuk pulang ke rumah berehat, melontarkan segala tekanan dan kebimbangan, menjadikan diri dilindungi di ruang persendirian.
Kediaman anda harus mempunyai ruang kondusif dengan persekitaran kreatif yang mana boleh melakukan aktiviti seperti memasak, berkebun, menjahit dan hobi lain. Segala boleh lakukan bersama keluarga tanpa perasaan takut, tertekan atau malu.
Untuk memiliki dan merancang rumah yang selesa mengambil masa dan tidak boleh dilakukan semalaman. Bagi yang berkemampuan, boleh melantik pereka bentuk dalaman, tetapi mereka yang mempunyai peruntukan terhad pasti menghadapi masalah memulakan dan memilihnya konsep dikehendaki.
Tip merancang kediaman selesa:
Melihat keperluan
Jika baru berpindah, jangan terburu-buru menukar hiasan lama. Lihat perubahan di kawasan sekitar untuk disesuaikan bagi mengelakkan pembaziran.
Fungsi gaya
Reka bentuk yang baik terhasil daripada perancangan teliti dan melihat keseluruhan keperluan serta kos. Kediaman selesa tidak memerlukan bahan mahal tetapi kesempurnaan cita rasa dan gaya serta pilihan tepat.
Kenal pasti kepentingan
Ada pelbagai gaya boleh dipilih untuk kediaman. Pemilihan perlu melambangkan personaliti sendiri.
Usia dan kehidupan memberi kesan pada gaya reka bentuk. Golongan 20-an atau 30-an memilih gaya ringkas dan mudah diselenggarakan. Golongan pertengahan yang mempunyai keluarga besar, memerlukan lebih daripada tiga bilik bagi aktiviti tertentu.
Mengenal pasti kepentingan cara hidup sangat penting supaya tidak terpaksa melakukan perubahan pada kediaman kerana kos tinggi selain tekanan kepada pemiliknya.
Penggunaan warna
Warna yang dipilih berperanan menimbulkan dan membangkit emosi. Warna cerah membuatkan ruang ceria dan tenang.
Elemen sampingan seperti perabot dan langsir membantu menambah keceriaan ruang.
Kesan cahaya dan tarikan alam semula jadi
Kediaman yang dibina menggunakan cahaya dan udara semula jadi amat baik bagi mengurangkan kos elektrik.
Suasana kehijauan dapat melahirkan ketenangan terutama bau wangi dan deruan air dari kolam buatan.
Penulis adalah Ketua Program Diploma Reka Bentuk Dalaman, Universiti Teknologi Mara
Author: akira1000 Time: 16-4-2007 12:12 Subject: Reply #51 Syd's post
thanks 4 ur info.
sempat copy paste jer....x bace lg
seme nye ade 60 page tu...
Author: macchique Time: 25-4-2007 07:41
thanks syd atas info yang menarik.nak tukar hobi sekarang dari masak ke mengemas
Author: Syd Time: 14-5-2007 10:28
Dekorasi imbangi 4 kehendak asas
Oleh Hamidon Abdullah
RUANG tamu agak sesak dengan perabot dan keluasan.
Keadaan ini menunjukkan kehendak emosi mendominasi
kehendak intelektual dan fizikal.
Pereka dalaman perlu didik pelanggan supaya rekaan capai tahap kepuasan
MANUSIA tidak boleh lari daripada menginginkan sesuatu kehendak. Menjadi naluri manusia mengidamkan sesuatu yang indah untuk dipandang, enak dimakan dan selesa diduduki. Manusia sering terbawa-bawa keinginan sehingga kadangkala tergambar dalam mimpi mereka.
Dalam al-Quran, selalu digambarkan keindahan syurga idaman. Syurga idaman itu dibayangkan dengan indah kepada manusia supaya membuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.
Antara keinginan manusia yang dikategorikan dalam keperluan hidup adalah memiliki ruang atau tempat tinggal idaman. Tidak kira ruang itu kecil atau besar, yang penting selesa dan memenuhi keperluan kehidupan seharian.
Manusia akan bekerja keras untuk memenuhi keinginan mereka sama ada menambah sumber kewangan bagi memenuhi apa yang diidamkan atau berusaha merealisasikan keinginan memiliki rumah yang memenuhi cita rasa mereka.
Apa yang kita idamkan boleh dipertikaikan sama ada sesuai dan berpatutan dengan kehendak kita atau dipengaruhi unsur tertentu yang tidak relevan dengan keperluan individu.
Malangnya, berapa ramaikah antara kita menilai keinginan yang kita idamkan itu? Kita sering mengambil pendekatan 'saya mahu apa yang saya suka' bukannya 'saya mahu apa yang saya perlukan'. Kenyataan ini ada kaitan daripada kesan pengaruh kehendak emosi yang melebihi daripada kehendak intelektual.
Oleh itu, apakah cara kita memahami yang kita idamkan itu adalah satu pilihan dan pendekatan sesuai dan tepat. Bagi menyelesaikan pertikaian antara keperluan dari emosi dengan pertimbangan intelektual ini, kita harus memahami apakah faktor keperluan asas manusia yang sering kita abaikan atau lupakan.
Dekorasi imbangi 4 kehendak asas
Apabila kita menyatakan aspirasi ataupun idaman terhadap ruang dalaman yang kita inginkan, seharusnya kita mengambil kira empat kehendak asas manusia iaitu fizikal, emosional, intelektual dan spiritual.
Menjadi tugas pengguna ruang ataupun pereka memahami empat kehendak asas ini sebagai teras dalam mencari keseimbangan supaya rekaan mencapai tahap kepuasan optimum dalam pelbagai aspek.
Keseimbangan ini perlu kerana tanpa keseimbangan menyeluruh sesuatu rekaan ruang dalaman tidak sempurna dalam sudut tertentu dan pengguna tidak selesa menggunakan ruang berkenaan.
> Kehendak fizikal
Kehendak fizikal ini adalah asas dan perlu ada pada setiap orang. Kehendak inilah yang kita lakukan seperti membina kediaman, menyediakan berbagai keperluan struktur asas untuk kita menjalani kehidupan seharian dengan sempurna.
Dari segi ruang pula keselesaan fizikal menyentuh saiz ruang, kemudahan perabot dan aksesori, kesempurnaan suhu udara dan cahaya serta yang berkaitan dengan kita untuk merasakan melalui sentuhan dan lihat. Kesempurnaan ini terjawab bila tahap keperluan yang pertama ini tercapai.
> Kehendak emosional
Kehendak ini banyak menyentuh soal perasaan atau hati. Ia selalu menguasai kehendak lain dan biasanya kehendak emosi membuat keputusan yang tidak relevan dengan keperluan asas dan minimum manusia. Ini menyebabkan kita mementingkan atau membuat pilihan apa yang kita inginkan dan bukannya apa yang kita perlukan.
Bagi merancakkan perkembangan reka bentuk kehendak emosi ini amat penting kerana naluri manusia adalah objek yang hidup dan mempunyai perasaan. Tanpa kehendak emosi kita akan mendapati karya reka bentuk menjadikan kaku dan tidak inovatif.
> Kehendak intelektual
Kehendak intelektual adalah kita menilai antara kehendak emosi, fizikal dan juga kemampuan kewangan. Kehendak intelektual boleh diperoleh berdasarkan tahap pengetahuan dan juga pendedahan seseorang terhadap perkembangan reka bentuk.
Individu yang tidak pernah mengikuti pengajian formal atau tidak formal dan tidak mempunyai pengalaman tertentu dalam bidang reka bentuk akan bergantung kepada aspek kehendak fizikal dan emosi dalam membuat pemilihan.
Berbeza dengan individu yang dilatih dengan pengajian formal atau individu yang belajar daripada pengalaman dan pendedahan akan membuat penilaian terhadap sesuatu reka bentuk berdasar kehendak intelektual.
Kehendak intelektual merujuk kepada prinsip, elemen reka bentuk dan juga prinsip seni bina dalam menilai dan membuat keputusan. Penilaian ini lebih bersifat ilmiah dan menggabungkan segala kehendak bagi menghasil pemilihan lebih relevan bagi mencapai keselesaan yang optimum.
> Kehendak Spiritual
Kehendak spritual adalah tahap keselesaan paling tinggi. Hasil gabungan kehendak dulu tidak tercapai jika nilai 'jiwa' pada ruang tidak wujud. Spiritual bermaksud, kita mengambil kira dan peka kepada keperluan seperti budaya, agama serta kepercayaan tertentu.
Setiap individu mempunyai amalan dan kepercayaan sendiri berhubung soal ketuhanan, kejiranan, kejiwaan, patriotisme dan sebagainya. Nilai ruang dan jiwa amat penting kerana kita sebagai penghuni ruang menentukan sama ada ruang memenuhi kehendak spiritual atau tidak. Ini penting bagi memastikan ruang tidak menjadi 'kosong' kerana penghuni mengisinya dengan apa difahami atau anuti.
Kehendak asas perlu dikenal pasti dan keseimbangan hendaklah diusahakan supaya tidak mendominasi antara satu sama lain. Jika sesuatu kehendak mendominasi kehendak lain, hasil reka bentuk dalaman sesuatu ruang tidak sempurna.
Persoalan yang harus kita tanya pada diri kita ialah adakah kita sudah mengambil kira empat kehendak ini dan adakah kita berlaku adil kepada diri kita dalam mengimbangi semua kehendak itu. Kita sebagai pengguna ruang harus memahami dan mengetahui antara kehendak dan membuat analisis supaya kehendak emosi tidak mendominasi kehendak lain.
Bagi pereka dalaman pula, menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik pelanggan supaya lebih memahami dan cadangan reka bentuk dapat diterima serta tidak terbelenggu dengan kehendak pelanggan yang tidak rasional sehingga merosakkan matlamat dan objektif reka bentuk ruang sebenar seperti apa mereka idamkan.
Author: Syd Time: 21-5-2007 09:01
Langsir penyeri kediaman
Oleh ROSLAH OTHMAN
FUNGSI langsir amat besar kepada hiasan dalaman sesebuah kediaman terutama sebagai penyeri pada bahagian tingkap atau pintu.
Selain menghalang cahaya daripada masuk secara terus ke dalam rumah ia juga dapat 憁enyembunyikan?sebahagian barangan keperluan rumah daripada pandangan mereka yang lalu lalang di luar.
Sebelum anda mengambil keputusan membeli langsir yang sudah siap dijahit atau menempahnya banyak perkara perlu difikirkan. Setiap pilihan yang dilakukan biarlah bertepatan konsep, bermutu dan bersesuaian dengan konsep yang mahu diketengahkan bagi kediaman anda.
Ini diakui pemilik Luqukissa, Zakiyah Zainuddin yang mempunyai kemahiran menjahit langsir sendiri sejak lebih 10 tahun.
Katanya, seperti juga fesyen pakaian, rekaan langsir juga tidak terkecuali berubah mengikut perkembangan semasa.
Jika empat atau lima tahun lalu, fesyen langsir berkedut atau beropol menjadi pilihan, kini ramai yang kembali semula kepada rekaan yang lebih ringkas dan berpotongan lurus.
Sama ada memilih kain polos, bercorak bunga atau geometri, perhatian tetap diberikan pada bahagian atas atau kepala langsir. Samaada ia berpotongan berbiku, berombak atau berkedut ia nyata memberi kesan tersendiri kepada kediaman.
憫Bagi yang mempunyai kemahiran menjahit langsir sendiri, kreativiti dan idea amat diperlukan. Selain jenis fabrik, pemilihan dari segi corak dan warna juga amat penting diketahui bagi mengelak ruang kelihatan tidak seimbang, sama ada terlalu terang, malap mahupun gelap,拻 ujarnya yang menggunakan fabrik Elyza抯 yang sememangnya terkenal dengan mutu serta corak tersendiri itu.
Katanya, jika sebelum ini memasang atau menukar langsir hanya dilakukan apabila menjelang sambutan hari-hari besar seperti hari raya, kenduri kahwin dan sebagainya, kini tidak lagi.
Sebaliknya, ramai yang menukar langsir mengikut perubahan konsep hiasan dalaman yang diingini.
憫Pilihan langsir bukan sahaja merujuk kepada cat dinding, tetapi juga jenis dan susun atur perabot. Bagi mereka yang ingin mewujudkan suasana tersendiri, pilihan sarung sofa biasanya sedondon dengan warna dan corak langsir, begitu juga di bilik tidur seperti cadar, sarung bantal dan meja sudut,拻 ujarnya.
Sementara itu, jenis kain yang menjadi pilihan ialah 100 peratus kapas
atau campuran kapas dan lace atau satin kerana ia lebih mudah dijahit, dijaga serta tahan lama.
憫 Ketahanan kain penting kerana langsir selalunya ditukar dalam tempoh tiga bulan sekali dan ada yang sehingga sekali setahun. Selain berupaya membangkitkan suasana berbeza kepada kediaman, seisi rumah juga berhak mendapat pengudaraan yang baik dengan sentiasa memastikan langsir berkeadaan baik dan tidak berhabuk,拻 ujarnya.
Penduan memilih langsir
- pastikan terlebih dahulu konsep kediaman anda, cat dinding, jenis dan susun atur perabot,
- pilih rekaan langsir mengikut saiz kediaman, ringkas dan tidak keterlaluan
- pilih jenis fabrik yang tahan lama dan mudah dibersihkan.
Author: Syd Time: 21-5-2007 09:55
Perubahan praktikal bangkitkan keselesaan
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@nstp.com.my
RUANG makan memerlukan pendekatan yang sama seperti ruang tamu dan ruang lain dalam kediaman. Ruang terhad ini mungkin perlu penambahan atau perhatian lebih bagi disesuaikan dengan keperluan. Di sini ada beberapa tip yang boleh membantu:
Memandangkan ruang tamu dan ruang makan berada dalam ruang yang sama, pendekatan ruang tamu diselarikan di ruang makan iaitu penggunaan warna dinding cerah dan siling putih.
Bagi membezakan ruang makan dan tamu, boleh menghamparkan karpet, atau tikar mengkuang sebagai usaha menyerlahkan ruang ini.
Ruang makan tidak memerlukan aksesori berlebihan. Jika mahu mengindahkan ruang makan, cukup dengan meletakkan sejambak bunga segar dengan gubahan rendah.
Ruang makan yang sempit akan bertambah sempit jika meletakkan sinki berhampiran. Jika masih ada ruang, tempatkan sinki di penjuru ruang yang bukan laluan utama.
Meja makan besar akan menggunakan ruang yang luas. Oleh itu beli meja makan kecil dilengkapi empat atau enam kerusi saja.
Pilih meja makan berbentuk empat segi sama dan mempunyai saiz kerusi sederhana.
Meja makan yang boleh diubah suai saiznya atau dilipat semula dan boleh dilekatkan ke dinding adalah pilihan dan cara paling praktikal.
Jangan gunakan meja makan jenis bulat kerana ia banyak mengambil ruang.
Meja makan berpermukaan kaca sangat digalakkan penggunaannya.
Di ruang makan tidak perlu meletakkan sebuah kabinet berukir. Jika mahu almari, cukup sekadar yang mempunyai potongan lurus dan dua pintu saja.
Author: Syd Time: 28-5-2007 11:54
Jadikan dapur ruang selesa
Oleh Norakmah Mat Youb
MEMPUNYAI dapur cantik, bersih dan kemas semestinya menjadi pilihan setiap wanita. Melihat dapur yang rapi, semangat untuk memasak juga datang dengan cepat. Jika sudah mempunyai dapur cantik, anda perlu tahu bagaimana menjadikan ia tempat paling selesa. Ikuti tip ini:
Bila kita membina dapur menggunakan khidmat pereka dalaman. Pastikan kita merancangnya sebaiknya ketika rumah sudah mencapai 70 peratus siap.
Tentukan keperluan komponen dan alatan dapur yang akan dipasang dan sesuaikan tempatnya dengan situasi ruangan.
Letakkan peti sejuk berhampiran pintu dapur. Sebaiknya, sinki tidak jauh dari tingkap supaya bahan makanan yang berbau kurang sedap cepat hilang baunya.
Peredaran udara pada ruang dapur sangat penting, kerana itu tempatkan alat penghisap udara tepat di tungku masak. Usahakan lubang angin cukup besar, baik di atas tingkap pintu mahu pun dinding bahagian atas, supaya udara di ruang dapur tidak terperap.
Sebaiknya jangan letakkan dapur berhampiran tingkap kerana cermin tingkap akan cepat kotor, selain tiupan angin mengganggu waktu memasak anda.
Pilihlah warna dapur yang cerah supaya bahan makanan dan peralatan dapur senang dicari. Warna yang tidak cerah cukup sebagai hiasan saja.
Bila menggunakan lampu letakkan titik lampu secara tepat pada titik aktiviti utama. Usahakan supaya biasan sinar lampu merata.
Gunakan bahan bangunan dapur tahan goresan, tidak cepat pudar dan tahan lama, serta mudah dibersihkan.
Author: Syd Time: 18-6-2007 10:37
Atur perabot ikut kesesuaian, fungsi ruang
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Program Diploma Reka Bentuk Dalaman, UiTM)
Susun atur menarik tambah keindahan serta puaskan hati pemilik
SUSUN atur perabot dan peralatan dalam ruang adalah lanjutan daripada perancangan ruang dalaman. Selepas mengetahui fungsi ruang dan mengenal pasti jenis perabot, kita akan mengatur kedudukan perabot mengikut kesesuaian kita dan fungsi ruang.
Susun atur perabot yang menarik akan menambah keindahan ruang dan akan memuaskan hati pengguna. Susun atur perabot merangkumi fungsi dan estatik.
Susun atur perabot yang mengikut prinsip estatik akan memberi tambahan kepada kesan tarikan visual pada ruang dan membuat pengguna puas hati bila melihatnya tetapi jika susun atur perabot tidak mengambil kira nilai fungsi, pengguna akan berasa sesuatu tidak kena pada susunan ruang.
Mereka tidak akan puas hati dan mula cuba mengubah perabot ke sana sini sehingga memenuhi kehendak. Oleh itu, susunan perabot yang baik adalah gabungan kedua-duanya iaitu berfungsi dan menarik dari mata pengguna.
Beberapa faktor perlu dipertimbangkan dalam susun atur ruang dan perabot:
1. Fungsi
i. Apakah fungsi ruang dan apakah aktiviti yang dijalankan.
ii. Apakah keperluan perabot yang diperlukan.
iii. Memahami kehendak manusia, nilai budaya dan organisasi
Ruang akan berfungsi jika ada aktiviti yang berlaku dan perabot sebagai pelengkap aktiviti. Gaya hidup individu atau kumpulan menghidupkan fungsi ruang dalaman. Dengan mengetahui dan mengenali gaya hidup, kita akan mengenal pasti fungsi sesuatu ruang.
Sebagai contoh, ruang tamu digunakan untuk bersosial dan berlaku perbualan sama ada dua orang atau lebih. Susunan perabot seharusnya dirancang untuk memenuhi sesuatu aktiviti kepada ruang sedia ada.
Jika ruang tamu itu untuk perbualan sebagai aktiviti utama, adalah penting ruang itu disediakan kerusi yang selesa supaya kumpulan itu dapat berbual kepada tahap maksimum.
Gabungan fungsi dalam ruang amat penting dalam rumah kecil seperti apartmen yang mempunyai ruang terhad. Kombinasi fungsi amat diperlukan bagi menjimatkan ruang.
Contohnya, ruang makan dan ruang tamu yang disatukan. Sekiranya ruang ini dirancang dengan susunan perabot yang pelbagai, ruang akan lebih berfungsi dan selesa, tambahan pula ada nilai tarikan estatik.
2. Aliran laluan
Susunan perabot memerlukan laluan yang selesa tanpa gangguan dari satu ruang ke ruang lain. Perabot seharusnya diletak untuk mengarahkan laluan atau menghalang laluan atau menunjuk arah laluan. Kawalan seperti ini adalah cara terbaik kerana tidak memerlukan corak laluan trafik pada lantai.
Ruang dalaman yang baik mempunyai corak laluan trafik secara semula jadi. Corak laluan trafik boleh dikenal pasti dengan garisan atau tanda di mana kita perlu memulakan langkah untuk memasuki ruang dan seterusnya ke ruang lain.
Sebagai contoh, kebanyakan rumah tidak menunjuk arah masuk ?pintu hadapan biasanya terbuka luas terus ke ruang tamu. Jadi kita memerlukan sofa atau perabot bagi membahagi ruang tamu dengan ruang pintu masuk dan seterusnya menghalang pandangan terus laluan trafik ke ruang tamu.
3. Faktor manusia
Faktor manusia banyak mempengaruhi susun atur ruang kerana manusia yang menggunakan ruang dan perabot. Kajian mengenai ukuran bentuk manusia penting kerana ukuran manusia adalah standard dalam kiraan reka bentuk dalaman. Kajian ukuran manusia ini dipanggil Antropometrik, iaitu ukuran fizikal manusia termasuk ketinggian, berat dan isi padu.
Ukuran laluan standard
Pengguna ruang memerlukan ukuran laluan standard untuk memudahkan mereka bergerak selesa. Sebagai contoh :-
Laluan trafik utama mesti mempunyai kelebaran satu meter atau lebih, kelebaran minimum untuk laluan trafik adalah 450 milimeter
Laluan bagi orang kurang upaya (OKU) pula berbeza dan memerlukan ukuran standard yang perlu dipatuhi.
4. Faktor prinsip reka bentuk
Ada beberapa prinsip reka bentuk digunakan dalam susun atur perabot. Tujuannya untuk memberi panduan dalam susun atur perabot supaya memberi kesan dan keselesaan serta berfungsi kepada pengguna ruang.
Antara prinsip reka bentuk yang digunakan adalah:
i. Kesatuan dan kepelbagaian
Setiap reka bentuk memerlukan tema yang satu untuk memegangnya menjadi sekata. Apabila memilih kemasan, warna dan bahan, kita mesti sekata dan cuba menjadikan dalam keadaan bersama sekata
Kesatuan boleh dicapai dengan berbagai cara seperti:
Mempunyai tema yang satu pada keseluruhan reka bentuk
Mengguna elemen yang berulang dan sekata seperti warna yang satu tetapi harmoni, kelengkapan (fittings) dan kemasan yang sama pada tempat yang berbeza. Tiada kesatuan dalam memilih kelengkapan dan kemasan akan membuatkan ruang kelihatan semakin kecil kerana berlaku banyak elemen di dalam ruang.
Susun atur perabot mestilah sekata dengan kedudukan ruang dan kedudukan kesenibinaan.
ii. Imbangan
Dalam perancangan ruang dalaman, kita perlu menumpukan kepada keberatan visual pengguna. Keseimbangan adalah kuasa asas pada semua orang. Deria keseimbangan melahirkan kesan psikologi pada sel otak kita sebagai contoh:
Objek besar mempunyai lebih keberatan visual berbanding pada objek kecil
Bentuk yang kecil dan gelap bersamaan atau lebih besar kesannya dari bentuk yang besar dan terang
Warna yang panas lebih berat pandangan dengan warna lembut
Permukaan yang bertekstur, kasar atau bercorak lebih mempunyai keberatan visual daripada yang rata dan tidak bercorak
Ruang yang lebih terang lebih keberatan visualnya
Imbangan terbahagi kepada tiga iaitu;
Imbangan simitrikal
Lebih kelihatan formal, terlalu berbentuk tradisional dan seni bina klasik yang mana elemen identiti yang disusun sama pada kedua-dua belah
Sekiranya dilaksana dengan baik ia memberi kesan kemuliaan tetapi jika tidak berhati-hati ia kelihatan keras dan membosankan.
Imbangan asimitrikal
Lebih kelihatan tidak formal dan lebih kasual. Tiada panduan yang perlu diikut tetapi memerlukan nilai kebijaksanaan dalam melaksana tugas ini.
Lebih kebebasan dalam imbangan kerana tidak titik pembahagi.
Imbangan bulatan
Seperti namanya, ia berbentuk bulatan yang mana elemennya berbentuk bulat berdasarkan titik tengah
Imbangan bulatan hanya tertumpu atau fokus kepada satu arah pada setiap sudut
iii) Rentak
Rentak adalah elemen yang berulang pada kadar sekata. Ia mengarah mata bergerak bersama ruang sama ada dalam bentuk pasif atau dinamik
Antara elemen bentuk yang utama ialah;
Rentak berulang ?biasanya pada fabrik, kertas dinding yang membabitkan warna, garisan, tekstur, corak dan bentuk. Jika tidak direkabentuk dengan sempurna ia akan membesar kesan bosan kerana pada rentak yang sama.
Rentak progresif ?bertukar pada kadar yang progres dalam bentuk saiz, arah, warna pada objek dan ruang.
Rentak pada garisan ?diguna pada bentuk lebih lembut pada bentuk-bentuk bulat berbanding bentuk garisan yang tajam dan tepat.
Author: Syd Time: 18-6-2007 10:37 Subject: sambungan....
vi) Skala
Skala selalu dikaitkan dengan ukuran dari saiz dalam ruang terutama pada perabot.
Hendaklah berhati-hati ketika mereka bentuk ruang atau membeli perabot kerana perabot yang besar akan mengecilkan ruang dan sebaliknya perabot yang kecil saiznya akan menjadikan ruang berkenaan menjadi besar.
Perabot untuk kanak-kanak memerlukan skala yang tersendiri. Oleh itu perabot untuk orang dewasa adalah tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak pada bilik permainan mereka.
Skala mesti mengharmonikan suasana ruang, setiap reka bentuk mesti diskala dengan tepat, jika tidak ruang dan perabot menjadi tidak selesa dan berfungsi dengan baik.
v) Penekanan
Penekanan selalu dikaitkan dengan melahir kesan tanda tumpuan. Tanda tumpuan dikhususkan pada objek atau ruang yang dijadikan tumpuan pandangan atau perhatian dalam ruang.
Setiap ruang semestinya ada tanda tumpuan sebagai elemen dan dominan. Sementara elemen lain sebagai tambahan
Penekanan perlu dirancang dengan bijak supaya ia memberi kesan kesatuan dan keselarasan. Kekurangan penekanan pada sesuatu ruang akan menjadi ruang menjadi 抦onotonous?dan bosan.
Penekanan yang baik diberikan pada ruang akan menyerlahkan lagi ruang tetapi jika juru reka dalaman tidak mengkaji dan memahami kepentingan ruang akan menyebabkan ruang tidak diselaras dengan baik dan berlaku konflik elemen.
vi) Perkadaran
Perkadaran dan skala adalah dua terma berbeza. Skala digunakan pada unit kiraan sedangkan perkadaran digunakan bagi menjelaskan nilai kesempurnaan mengikut kadar kesesuaian yang baik pada manusia dan ruang.
Perkadaran baik dapat membantu menyelesaikan banyak masalah berkaitan seperti mengatur dan membahagi bahagian-bahagian dalam ruang. Setiap ruang ada pelbagai bentuk dan perkadaran yang berbeza.
vii) Bertentangan
Bertentangan adalah salah satu prinsip reka bentuk yang penting. Bertentangan yang berlebihan akan memusnahkan nilai kesatuan. Bertentangan boleh peroleh hasil daripada kesan bertentangan antara dua elemen atau kualiti yang berbeza.
Kesan bertentangan boleh diperoleh melalui pelbagai cara:
Bertentangan dari segi warna gelap yang digunakan pada warna cerah
Bertentangan bentuk seperti bulat dengan bentuk empat segi
Bertentangan tekstur seperti tekstur kasar diletak pada tekstur lembut
Bertentangan garisan seperti garisan selari ditentang dengan garisan menyerong atau garisan bulat.
Faktor dan prinsip reka bentuk yang disebut di atas bolehlah dianggap sebagai panduan untuk digunakan, diolah, diubah suai, ditambah bagi menghasilkan satu susu atur perabot yang sempurna dan seterusnya menghasilkan reka bentuk ruang dalaman lebih bermakna dan ideal.
Setiap faktor dan prinsip yang dijelaskan memberi sumbangan antara satu sama lain kepada kejayaan reka bentuk secara keseluruhan, semuanya mempunyai kepentingan sama dan sekata. Kita semua tahu bagaimana cantik sekalipun pada pandangan nilai estatik tetapi yang pasti setiap susun atur mestilah berfungsi dengan baik.
Author: Syd Time: 24-6-2007 17:07
Rancang sistem pencahayaan
Oleh Hamidon Abdullah (Ketua Program Diploma Reka Bentuk Dalaman, UiTM)
Cahaya menarik, versatile boleh meningkat, memberi semangat kepada ruang
PENCAHAYAAN adalah aspek yang selalu diketepikan dalam perancangan dan reka bentuk ruang dalaman. Tumpuan selalunya diberikan kepada perabot, warna, fabrik dan kemasan.
Pencahayaan biasanya aspek terakhir dibincangkan selepas siap siling atau pembelian perabot, pemilihan warna dan kemasan. Bagi melengkapkan kesempurnaan ruang pemeliharaan sistem pencahayaan mestilah dimulakan dari awal sesuatu reka bentuk dalaman hendak dimulakan.
Pencahayaan menarik dan versatile adalah alat meningkat dan memberi semangat kepada ruang. Pada masa kini kesan pencahayaan digunakan dengan baik oleh pereka untuk mereka bentuk dan mencipta pelbagai bentuk lampu yang kreatif daripada lampu untuk kegunaan secara praktikal kepada lebih berbentuk theaterikal.
Kesan pencahayaan yang baik akan menarik suasana ruang dan mood seseorang. Pada masa sama ia mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk membolehkan pengguna ruang bekerja dan ruang berfungsi dengan baik apabila cahaya semula jadi menjadi rendah dan suasana ruang dalam kegelapan.
Prinsip pencahayaan yang baik adalah berfungsi dan efisien serta memberi kesan istimewa dan berinspirasi kepada elemen dalam ruang dalaman. Selain membentuk mood, cahaya boleh mengubah warna pada dinding, lantai, kemasan lembut dan mencipta kesan dramatik dengan mencipta bayang dan corak.
Sumber cahaya
Sumber cahaya pada ruang dalaman terbahagi kepada tiga iaitu :
Cahaya Semula jadi
Terhasil daripada sinaran matahari. Cahaya semula jadi ini menghasilkan cahaya sempurna, kaya dengan warna dan baik untuk kesihatan. Cahaya semula jadi biasanya cenderung kepada satu warna bergantung kepada faktor waktu, keadaan cuaca, orientasi, iklim dan lokasi. Warna cahaya pada waktu pagi, tengah hari dan petang berbeza mengikut keadaan cuaca dan musim. Cahaya waktu pagi tidak sama dengan cahaya waktu tengah hari dan juga waktu petang.
Sinaran cahaya semula jadi yang berlebihan tanpa tapisan boleh menyebabkan silau atau jika keterlaluan menyebabkan seseorang pening dan seterusnya pitam. Kesan silau matahari boleh dikurangkan dengan menggunakan penghalang cahaya atau hiasan tingkap seperti langsir atau bidai. Penggunaan cahaya semula jadi yang dirancang dengan baik untuk kegunaan ruang dalaman dapat mengurangkan penggantungan kepada cahaya buatan.
Sebagai negara tropika yang mana sinaran cahaya matahari dapat diperoleh sepanjang tahun, kita harus menggunakan kelebihan ini untuk mereka bentuk dan merancang rumah kediaman yang boleh menerima dan menggunakan cahaya semula jadi sebagai sumber cahaya dan mengaplikasikan cahaya sebagai sumber reka bentuk dan nilai seni kepada ruang.
Cahaya pembakaran
Terhasil daripada proses pembakaran bahan yang menghasilkan cahaya. Bahan pembakaran seperti lilin, kayu, arang, diamalkan sebagai alat menghasilkan cahaya. Sejak berkurun lamanya cahaya pembakaran digunakan sebagai sumber cahaya dalam ruang dalaman dan elemen perlindungan dan keselamatan dari serangan binatang buas. Cahaya pembakaran juga boleh menghasilkan sumber bauan dan sumber memanaskan ruang bagi negara beriklim sejuk.
Cahaya Buatan
Terhasil daripada janaan kuasa elektrik kepada mentol (sumber) untuk mengeluarkan cahaya. Hasil janaan yang menghasilkan cahaya buatan digunakan bagi menampung cahaya semula jadi yang tidak dapat menerangi ruang jauh daripada bukaan tingkap dan bumbung.
Cahaya buatan juga boleh menghasilkan dan memberi kesan kepada suasana, memberi penekanan, memberi arahan dan boleh dimanipulasi untuk mencapai sesuatu kehendak ruang.
Tujuan pencahayaan dalam ruang harus memenuhi kehendak berikut:
i. Untuk menjadi pencahayaan efektif dan praktikal untuk kegunaan aktiviti dalam ruang dalaman.
ii. Untuk menjadi ruang dalaman lebih menarik dan indah dilihat.
iii. Untuk menjadikan nilai psikologi ruang lebih bermakna
iv. Memilih dengan bijak jenis pencahayaan dan menggunakan secara ekonomik dalam bentuk produk dan kuasa
Kategori lampu dan kesan pencahayaan
Untuk mencapai kesan terhadap pencahayaan, kategori lampu yang digunakan amat penting dalam menunjukkan konsep reka bentuk. Jenis lampu sesuai untuk kediaman.
Lampu Am
Lampu jenis ini menyediakan kesan pencahayaan secara am dan seragam. Biasa digunakan pada dapur, pejabat, ruang bekerja dan bilik darjah.
Apa yang tidak menarik lampu jenis ini adalah suasana monotonus dan tidak sesuai ruang seperti ruang tamu dan bilik tidur di mana nilai estatik begitu ditekan pada pelan siling.
Lampu Tugas
Lampu jenis ini digunakan bilamana memerlukan koordinasi mata dan tangan dalam melakukan kerja seperti menulis, melukis, memasak, menjahit dan mendandan. Lampu juga digunakan di dapur untuk kegunaan memasak seperti di kawasan sinki dan menyediakan makanan. Selain daripada itu lampu tumpu mudah alih juga digunakan pada lampu meja yang boleh dialih dari satu tempat ke suatu tempat lain.
Lampu Tumpu
Lampu jenis ini biasanya digunakan untuk memfokus sesuatu arca atau aksesori seni. Hasil sinaran lampu akan melahirkan suasana menarik. Perbezaan terang gelap yang dihasilkan akan menghidupkan suasana ruang melalui corak yang terhasil daripada sinaran lampu itu.
Lampu dekoratif
Merangkumi pelbagai lampu berbentuk inovatif, arca dan jenaka yang mempunyai kurang nilai fungsinya tetapi menawarkan pelbagai daya penarik kepada ruang.
Lampu Luar
Digunakan di luar rumah khusus untuk kegunaan menerangi kawasan luar rumah pada waktu malam. Lampu ini terdiri daripada jenis dinding, berdiri sendiri atau tergantung. Jenis dan kegunaan lampu luar banyak digunakan untuk memberi kesan menarik kepada suasana landskap persekitaran.
FAKTA:
Cadangan penggunaan lampu ekonomi untuk rumah
Tutup lampu apabila tidak digunakan
Letak lampu di tempat diperlukan
Mengguna pengawal lampu (dimmer) untuk mengawal dan menurunkan watt
Gunakan pengawal masa (timer) bagi lampu luar untuk mengawal lampu secara automatik
Gunakan cahaya semula jadi maksimum dan gunakan cahaya buatan apabila diperlukan
Gunakan permukaan yang terang untuk pembalikan dan meninggikan cahaya dan permukaan bertekstur yang mengurangkan penyerapan cahaya.
Gunakan satu jenis lampu yang boleh menerangi semua dari menggunakan lebih satu lampu meja
Gunakan watt yang tinggi adalah lebih baik daripada menggunakan watt yang rendah berganda tetapi mempunyai kesan yang sama
Pasang tambahan suis berganda pada setiap laluan pintu dan ruang untuk memudahkan menutup dan membuka lampu
Gunakan bahan (acrylic) yang boleh dan membenarkan pembalikan cahaya
Gunakan lampu penjimat tenaga (energy saver) dari jenis flourescent bagi menggantikan lampu incandescent. Gunakan jenis 'warm-white' flourescent yang sama kesannya dengan lampu incandescent.
Pencahayaan masa depan
Pencahayaan pada masa kini terutama cahaya buatan banyak dihasilkan melalui teknologi. Sistem pencahayaan turut berkembang selaras kemajuan teknologi seni bina. Pada masa ini pencahayaan rumah kediaman diintegrasi dengan sistem rumah pintar.
Rumah pintar ini berfungsi sebagai rumah yang boleh dikawal tanpa penghuni. Sistem pencahayaan akan dikawal penggera yang boleh menghidup dan mematikan lampu secara automatik apabila sesuatu ruang mencapai kadar kegelapan maksimum dan boleh mematikan sendiri apabila sesuatu ruang sudah digunakan.
Sistem integrasi ini membolehkan sistem kawalan keselamatan disambung dengan sistem pencahayaan dan apabila ada penceroboh secara automatik lampu akan menyala.
Pada masa hadapan sistem pencahayaan akan terus berkembang dan banyak lagi usaha inovatif dilakukan untuk menambahbaikan. Sistem pencahayaan yang ada. Sesungguhnya usaha yang dijalankan ini adalah untuk memberi keselesaan, kemudahan dan keselamatan kepada penghuni ruang bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
Author: Syd Time: 2-7-2007 11:06
Tip elak kemalangan di rumah
Oleh Norakmah Mat Youb
WALAUPUN ketika berada di rumah, kelalaian boleh mengundang kemalangan sehingga ada yang meragut nyawa. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati. Di sini diberikan beberapa tip keselamatan ketika berada di rumah:
Pastikan keselamatan dapur dengan memeriksa saluran dan tong gas anda daripada sebarang kebocoran. Kebocoran gas boleh dikesan dengan mudah. Anda boleh menghidu bau gas apabila dapur tidak digunakan.
Pastikan tiada kanak-kanak bermain di dapur. Periksa kepala dapur berada dalam kedudukan ditutup.
Amalkan menutup bekalan gas dengan memutar punat kepala tong gas pada kedudukan melintang setiap kali selesai memasak.
Buat penyelenggaraan dapur dan saluran gas sekurang-kurangnya setahun sekali.
Bersihkan lantai di dapur setiap kali selepas memasak kerana titisan minyak yang terpercik menyebabkan lantai licin.
Sebelum meninggalkan dapur, pastikan semua pinggan mangkuk dicuci. Lebih baik jika pinggan mangkuk dilap dan disimpan dalam kabinet kerana ia membuatkan sinki nampak kemas.
Pastikan wayar barangan elektrik tidak terjuntai dan boleh dicapai kanak-kanak
Lengkapkan rumah dengan tong pemadam api dan ketahui cara menggunakannya.
Elakkan memasang alas meja panjang terutama bagi mengelakkan dicapai terutama bagi kanak-kanak baru pandai berjalan.
Beli ubat anti serangga dalam paket dan letakkan dalam kabinet dapur untuk menghalau serangga perosak.
Jangan biarkan air bertakung di lantai bilik mandi. Lantai yang basah sangat bahaya.
Kunci atau tutup pintu bilik tanda jika tidak menggunakannya.
Ajar anak bagaimana mengunci dan membuka pintu semua bilik terutama pintu bilik mandi bagi mengelakkan anak terperangkap dalam bilik.
Elak meletakkan barangan kaca seperti vas atau perhiasan lain di tempat rendah terutama bagi yang mempunyai anak baru berjalan.
Jika rumah ada dua tingkat, pasangkan pagar yang menggunakan selak bagi menghalang anak daripada bermain di tangga. Jangan pilih pagar menggunakan anak kunci kerana ia akan menyusahkan apabila berlaku kecemasan.
Author: Syd Time: 9-7-2007 10:11
Bahan dan kemasan dinding
DINDING berfungsi sebagai pembahagi ruang dalaman. Bagi dinding luar pula dinding bertindak sebagai pelindung daripada kesan cuaca seperti hujan, angin dan sinaran matahari. Bagi bangunan moden hari ini dinding kebanyakannya dibina daripada bahan batu bata yang kemudian di kemas dengan kemasan plaster simen.
Di atas kemasan plaster simen inilah kemasan lain boleh digunakan. Contohnya:
cat air dan cat minyak
kertas dinding
Jubin seramik
Jubin Batu (Batu marmar dan granite dan lain-lain)
Jubin tanah liat (Terracotta)
Sand/Pebble wash
Panel kayu/kayu jalur
Panel fabrik
Selain daripada kesan estatika yang terdiri seperti warna, tekstur dan corak. Perhatian juga perlu diambilkira dari segi fungsi dan ekonomi dalam memilih bahan kemasan dinding.
Apakah kemasan yang boleh diterima oleh dinding?
Bagaimana ketahanan bahan kemasan dan adakah mudah untuk menjaganya?
Apakah ketahanan dari segi penyerapan kesan bunyi, pembalikan warna dan ketahanan api yang diperlukan?
Berapakah jumlah kos untuk membeli, memasang dan menggunakannya?
Bahan kemasan dinding datang daripada pelbagai sumber sama ada daripada bahan semula jadi atau yang dibuat. Walaupun ada bahan yang digunakan pada lantai boleh digunakan pada dinding, perhatian harus diambilkira dari segi kesesuaian kerana elemen dinding mudah dilihat kerana kedudukannya pada pandangan aras mata berbanding lantai.
Panduan untuk membuat pemilihan bahan kemasan dinding adalah seperti berikut:
Biasanya bahan yang keras akan membalikkan bunyi sedangkan bahan lembut dan mudahalih boleh menyerap bunyi.
Memasang bahan kemasan secara kekal pada mulanya akan memerlukan kos yang tinggi tetapi dalam jangkamasa panjang ia tidak perlu ditukar secara kerap dan mudah untuk menjaganya. Bahan kemasan kekal adalah seperti jubin batu, jubin seramik, kayu dan batu bata.
Ruang dalaman mestilah dibina mudah untuk ditukar atau diubah. Pertukaran cara hidup penghuni dan gaya serta trend akan memberi kesan sekiranya bahan yang fleksibel seperti kertas dinding atau fabrik digunakan sebagai kemasan tidak kekal.
Memelihara dinding supaya kelihatan cantik dan bersih perlu dititikberatkan kerana kesan hentakan laluan trafik ketika mengangkat barang atau kesan daripada kanak-kanak yang sentiasa cuba untuk menconteng atau mengotorkan dinding.
Keaslian dan suasana serta gaya adalah antara faktor difikirkan ketika memilih bahan. Pilih bahan yang sesuai dengan gaya semasa supaya anda tidak rasa tertinggal.
Keluasan ruang akan menentukan faktor pemilihan bahan. Kemasan tekstur yang berat, corak yang besar dan warna yang gelap akan mengecilkan ruang. Sebaliknya tekstur yang halus dan licin, corak yang kecil dan warna yang cerah akan meluaskan ruang.
Fungsi ruang yang digunakan juga akan menentukan ketahanan pemilihan bahan. Ruang yang kerap digunakan memerlukan bahan tahan lasak, ruang yang kurang digunakan memerlukan bahan yang agak lembut dan ringan. Ruang lembap memerlukan bahan kemasan yang tidak menyerap.
INFO: Bahan kemasan siling
Siling adalah struktur bahagian atas dalam ruang. Siling bertindak sebagai bahagian bawah bumbung selain bahagian yang menutup keperluan servis seperti saluran elektrik, penghawa dingin, pembesar suara, sprinkler dan lain-lain sekiranya laluan pada lantai tidak boleh digunakan.
Rekaan sesuatu siling bergantung kepada ketinggian siling dalam ruang. Pereka bentuk dalaman seharusnya bijak mereka bentuk siling dengan mengambil kira ketinggian siling, bahan kemasan yang akan digunakan dan susun atur keperluan lampu, kipas dan penghawa dingin.
Kemasan pada siling perlu menarik dari segi nilai estetika seperti warna, tekstur dan corak. Pemilihan bahan kemasan siling yang sesuai dapat memberi kesan yang baik pada nilai estetika. Walaupun siling terletak pada bahagian atas yang sukar dilihat pada aras pandangan manusia tetapi jika tidak dikemas dengan baik akan mencantikkan keseluruhan ruang dalaman.
Terdapat dua jenis siling yang biasa terdapat dalam ruang dalaman.
Siling konkrit asal
- Siling konkrit asal adalah siling yang terhasil dari permukaan bawah lantai konkrit. Kemasan yang lazim digunakan adalah cat air. Ada juga kemasan papan lapis yang dibina secara terus.
Siling gantung
Siling gantung tanpa penyambung diperbuat dari papan gipsum dan sambungannya diplaster dengan lepa gipsum dan dicat.
Siling gantung adalah siling yang dibina digantung dari siling konkrit asal. Struktur gantungan biasanya menggunakan kabek keluli (dawai) atau kayu, bergantung kepada jenis kemasan yang digunakan untuk permukaan siling. Kemasan siling gantung dapat dikategorikan seperti berikut:
Siling gantung tanpa penyambung - Diperbuat daripada papan gipsum dan penyambungan antaranya diplaster dengan lepa gispum dan dicat.
Siling gantung berpanel - Diperbuat daripada kepingan cement board.
Siling gantung jejalur - Diperbuat daripada logam jalur atau papan jalur.
Siling gantung terbuka - Diperbuat daripada logam atau kayu dengan corak yang berongga.
Siling gantung dekoratif - Diperbuat daripada papan gipsum dengan panel-panel dekoratif pada permukaan siling dan kumai.
Kesempurnaan ruang lebih terserlah jika kita mengambil tahu apakah keperluan yang diperlukan bagi memberi kemasan yang terbaik serta praktikal. Sesuatu ruang tidak akan sempurna kejadiannya jika kita tidak menggabungkan antara konsep yang diterap dengan bahan yang akan digunakan.
Oleh itu, setiap cadangan reka bentuk dalaman sama ada ruang kediaman atau komersil cadangan bahan kemasan mesti ditunjukkan bagi mengenalpasti bahan yang sesuai dengan cadangan reka bentuk dan kos yang terbabit dengan bahan kemasan yang dicadangkan.
Author: Syd Time: 9-7-2007 10:12
Bahan, kemasan elemen penting
Oleh Hamidon Abdullah (Ketua Program Diploma Reka Bentuk Dalaman, UiTM)
Ruang kurang sempurna jika tidak menggabungkan antara konsep yang diterap
BAHAN dan kemasan adalah komponen penting dalam elemen reka bentuk dalaman. Bahan dan kemasan digunakan untuk memberi makna dan mendefinisikan fungsi sesuatu ruang dalaman. Pemilihan bahan dan kemasan juga dapat menguatkan konsep reka bentuk, membantu memberi kesan kepada ruang, pandangan visual serta eksperesi kualiti, bentuk dan gaya.
Bahan dan kemasan yang digunakan dalam ruang dalaman terbahagi kepada tiga komponen struktur seni bina yang membentuk ruang dan aplikasinya pula berbeza mengikut jenis iaitu:
Bahan dan kemasan lantai
Bahan dan kemasan dinding
Bahan dan kemasan siling
Setiap bahan dan kemasan yang digunakan dan dispesifikasi perlu memenuhi kriteria seperti berikut :
Fungsi
Mestilah selamat dan selesa
Mestilah tahan lasak
Mudah dibersihkan, dijaga dan dibaiki
Memerlukan darjah ketahanan kebakaran
Kesesuaian dari nilai akustik
Estatika
Nilai kecantikan dari segi warna dan keadaan semula jadi sesuatu kawasan yang digunakan
Tekstur sesuatu bahan
Corak yang direka dan disesuaikan
Ekonomi
Kos awalan yang diperlukan serta kos pemasangan
Kos sepanjang hayat yang menerangkan ketahanan bahan terbabit, kos untuk membersih menjaga dan membaiki serta kos penggantian apabila diperlukan
Bahan dan kemasan lantai
Lantai konkrit adalah lantai yang kebanyakan digunakan selain lantai kayu, lantai besi atau lantai tergantung. Lantai konkrit adalah lantai yang lazim digunakan pada bangunan moden hari ini.
Untuk mencantikkan lantai konkrit yang digunakan, kemasan dikemaskan di atas permukaan untuk kelihatan cantik dan sempurna supaya sesuai untuk kegunaan dan fungsi ruang berkenaan.
Bahan kemasan lantai terbahagi kepada dua bahan iaitu;
Kemasan lantai daripada bahan keras yang ada dalam pasaran terdiri daripada kemasan jenis:
Lepaan simen
Jubin Seramik
Jubin Batu (Marmar & Granit)
Jubin Tanah Liat (Terracotta)
Mozek
Sand/Pebble Wash
Papan Jalur Kayu
Floor Board
Parket
Jubin Vinyl
Getah Sintetik Gulung (Linoleum)
Kepingan Logam
Kemasan lantai daripada bahan lembut
Kemasan lantai daripada bahan lembut yang ada dalam pasaran ketika ini ialah:
Permaidani
Permaidani Gulung
Jubin Permaidani
Rug
Getah Sintetik Lembut
Kemasan jenis ini menyediakan dua kesan iaitu kesan sentuhan yang terhasil daripada kelembutan teksturnya dan kesan visual seperti warna dan corak. Kualiti dan struktur bahan ini membolehkan bahan jenis ini menyerap bunyi, mengurangkan kesan bising dan menyediakan keselesaan, keselamatan untuk berjalan.
Kemasan lantai adalah kemasan terakhir pada struktur lantai oleh kerana lantai bertindak sebagai elemen yang dipijak seharusnya pemilihan berdasarkan fungsi dan estatik. Kesan ini boleh dilihat melalui warna, corak dan tekstur.
Warna cerah lantai akan menaikkan aras kecerahan ruang manakala warna gelap lantai akan menyerap cahaya.
Bahan kemasan yang dipilih boleh menambah seri dan keharmonian kepada latar belakang peralatan dan perabot dalam sesuatu jangkamasa. Ini bermakna warna yang neutral, tekstur yang halus dan tiada mempunyai corak yang tertentu adalah terbaik. Jika tidak akan berlaku pertembungan antara dua elemen iaitu antara kemasan, perabot dan kelengkapan.
Fikirkan jangka hayat bahan dan ketahanannya. Lantai daripada bahan keras adalah tahan lasak dan boleh bertahan untuk jangkamasa lama berbanding bahan yang lembut.
Fikirkan penyediaan lantai asas yang menerima bahan kemasan. Jika bahan kemasan batu, lantai asas secara strukturnya kuat untuk menerima dan memegangnya. Untuk kemasan lantai yang nipis seperti vinyl, kemasan lantai asas mestilah licin dan rata.
Cara untuk menjaga dan memelihara lantai perlu kerana lantai daripada bahan keras kurang untuk menjaganya daripada bahan yang lembut yang tidak tahan lasak.
Lantai untuk warga emas dan kurang upaya memerlukan perhatian seperti mengelakkan daripada menggunakan bahan yang menyilaukan, corak tiga dimensi mengelirukan atau corak mendadak pertukarannya. Bahan kemasan lantai mestilah boleh menerima laluan kerusi roda dan elakkan menggunakan bahan yang mudah licin apabila terkena air.
Author: Syd Time: 23-7-2007 09:43
Bahan seni, aksesori pelengkap ruang
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Program Diploma Reka Bentuk Dalaman, UiTM)
Peralatan dekoratif jadikan bilik kelihatan lebih 'bernyawa', berinspirasi
RUANG dalaman akan menjadi kosong apabila tidak mempunyai bahan seni dan aksesori sebagai pelengkap ruang. Sebagai contoh dunia ini dipenuhi dengan bahan semula jadi yang indah dan cantik. Bahan semula jadi yang mewarnai dunia dengan warna dan kehidupan tumbuhan dan haiwan yang hidup subur secara semula jadi. Apabila bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, kehidupan laut dan batu dibawa ke dalam ruang, ia membawa satu dimensi kepada kehidupan ruang yang bernyawa dan lebih berinspirasi.
Bahan seni dekoratif dan aksesori bukan saja sebagai pelengkap ruang tetapi juga mempunyai fungsi. Perabot, bahan tembikar, gelas, bahan tekstil dan anyaman, serta peralatan meja bukan saja digunakan untuk perhiasan tetapi juga menjadi tarikan apabila disesuaikan dengan suasana susun atur ruang. Peralatan seni dekoratif ini dapat menambah kecantikan dan fungsi ruang.
Bahan seni lukis
Karya seni lukis selalu ada dalam ruang dalaman sejak zaman prasejarah bila artis prasejarah menulis pada dinding dan siling dalam gua. Bahan seni lukis merangkumi lukisan, arca, dan cetakan. Karya seni yang digunakan individu dalam ruang dalaman mereka ini melambangkan pilihan dan pengalaman individu berkenaan yang ada cita rasa untuk memiliki karya seni itu. Selain itu karya seni dapat menambah kecantikan ruang milik individu berkenaan.
Lukisan
Lukisan seni halus terhasil sama ada dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Dilukis berdasarkan ekspresi kecantikan dan kepercayaan atau kenyataan secara peribadi artis yang melukis. Subjek lukisan adakala berbentuk abstrak, anggota badan, tumbuhan dan pemandangan.
Bahan lukisan boleh didapati dalam bentuk jenis bahan yang digunakan untuk melukis seperti lukisan cat minyak, cat air, akrilik, tempera dan fresco.
Selain lukisan seni halus, terdapat lukisan dihasil dari bahan menggunakan pensil, pen, dakwat, arang, dan krayon.
Arca
Seni arca terhasil dalam bentuk tiga dimensi daripada ukiran tanah liat, kayu, gelas, batu atau besi. Ukiran yang dihasilkan berbentuk sama ada haiwan, manusia, tumbuh-tumbuhan atau bentuk semula jadi yang lain.
Cetakan
Seni cetakan adalah lukisan dua dimensi yang boleh dihasilkan dengan banyak. Cetakan biasanya dibuat secara terhad dan kemudian artis akan mencetak dengan tandatangan dan nombor sebagai tanda keaslian. Lagi sedikit bilangan cetakan yang dibuat semakin mahal harga dan nilainya. Cetakan yang dibuat adalah daripada potongan kayu, linolew blok, engrave, etching, lithograph, serigraph, rubbing salinan reproduksi dan seni grafik.
Bahan seni lukis boleh diperoleh sama ada dari galeri seni lukis, kedai menjual barangan seni atau kedai perabot. Tujuan individu memperoleh bahan seni lukis untuk rumah mereka adalah cara menghayati seni dan melambangkan minat terhadap sesuatu bahan seni berkenaan. Ada juga mereka yang membeli karya seni lukis kerana meminati karya seseorang artis. Lagi ternama artis itu lagi mahal karya seni mereka.
Foto Keluarga
Foto keluarga yang di bingkai dan disusun di atas meja atau digantung pada dinding juga satu hiasan. Kesan memori dan kasih sayang yang dipaparkan pada gambar memberi gambaran keindahan hubungan keluarga dan memberi inspirasi kepada penghuni dan juga kepada tetamu dan pelawat yang datang melawat.
Bahan Seni Dekoratif
Bahan seni dekoratif dan aksesori dalam rumah boleh dikategori seperti cermin, peralatan meja, jam, skrin, lampu, bakul, tenun kain dan juga perabot. Semua bahan seni dekoratif biasa digunakan sebagai barang perhiasan selain berfungsi seperti perabot.
Hari ini, bahan seni sudah menjadi simbol dan sejumlah wang yang besar digunakan untuk membelinya bagi menambah seni dalam rumah dan melambangkan status seseorang.
Cermin
Mula ditemui pada abad ke-14 oleh pengukir Itali di Venice. Selain kegunaan cermin yang asas untuk bersolek, kegunaan cermin pada hari ini sudah dipelbagaikan untuk kegunaan hiasan ruang dalaman. Penggunaan cermin dalam ruang dalaman dapat melahirkan kesan visual kerana menimbulkan perasaan keluasan dalam ruang dan memberi pembalikan cahaya dalam ruang.
Bagaimanapun ada sesetengah orang tidak selesa dengan kesan cermin kerana boleh melihat diri dalam cermin ketika duduk atau berdiri sepanjang masa. Meletakkan cermin yang tidak sesuai pada dinding akan menimbulkan kekeliruan dalam penerimaan visual dan menjadikan ruang semakin kecil.
Cermin boleh diperoleh dalam pelbagai saiz dan biasanya akan dikemaskan dengan bingkai di sekelilingnya yang diperbuat daripada kayu, besi, kaca atau seramik.
Peralatan meja dan peralatan memasak
Peralatan meja adalah termasuk pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain yang untuk kegunaan makan dan minum. Tukang dan pengukir sejak zaman dulu menggunakan idea kreativiti untuk mencipta bahan peralatan meja dan dapur untuk golongan raja dan orang kaya. Tetapi pada hari ini masyarakat boleh memperoleh semua peralatan itu dengan mudah mengikut kemampuan dan cita rasa.
Pelbagai bahan digunakan untuk peralatan meja dan memasak dan pada hari ini teknologi plastik dan bahan inovatif lain sudah digunakan selain bahan tradisional lama seperti seramik, gelas, kayu dan besi.
Bahan tradisional seperti seramik boleh diperoleh dalam bentuk porcelain, chinaware, stoneware dan earthware. Semua jenis seramik mempunyai kelebihan dari kecantikan masing-masing.
Jam
Pada hari ini jam digunakan sebagai salah satu bahan koleksi dalam rumah. Keunikan dan keaslian sesuatu reka bentuk jam yang antik menjadikan ia sebagai perhiasan dan bahan seni dekoratif yang digunakan dalam rumah yang ada fungsinya.
Jam boleh dipamer sama ada di atas meja, almari, kabinet dan pada dinding. Jam berskala besar seperti jam lantai boleh digunakan untuk menambah seri pada ruang tamu yang mempunyai keluasan yang besar.
Skrin atau tabir
Skrin atau tabir adalah penghadang yang disendikan sama ada dalam bentuk panel atau gelungsur. Kegunaan utama adalah membahagi ruang dan mengadakan ruang peribadi.
Berabad lamanya orang Jepun menggunakan skrin shoji atau fusuma dalam rumah mereka untuk tujuan pembahagian ruang.
Pada hari ini, ruang dalaman menggunakan skrin sebagai pembahagi dinding seni, penghias tingkap dan latar belakang bagi perabot.
Lampu dekoratif
Selain lampu am yang digunakan untuk menerangi ruang ada juga lampu digunakan sebagai bahan dekoratif. Lampu dekoratif biasanya diletakkan sebagai bahan perhiasan atas meja selain daripada lampu dekoratif lain seperti chandelier yang digantung pada siling. Lampu chandelier berfungsi sebagai titik fokal ruang dalaman rumah.
Lampu juga diletak pada dinding sebagai elemen perhiasan dinding dan bagi menerangi dinding. Lampu lantai yang berdiri boleh digunakan elemen penghias dalam ruang.
Bahan tekstil
Berfungsi sebagai kegunaan bahan dekoratif dan aksesori. Bahan tekstil ini penting sebagai hiasan dan pilihannya mestilah harmoni dengan elemen reka bentuk yang lain. Bahan tekstil digunakan dalam bentuk rug atau permaidani, bahan tenunan pada meja dan dinding untuk hiasan. Selain itu untuk kegunaan alas meja, napkin dan alas belakang kerusi. Meja yang dihias indah dengan alas meja dari bahan tekstil dengan hiasan bunga akan melahirkan kesan harmoni dan merangsang selera bentuk menikmati hidangan.
Selain bahan tekstil digunakan untuk alas tilam dan katil seperti bantal, comforter dan quilts. Begitu juga pada peralatan bilik air seperti tuala besar dan tuala kecil.
Tenunan tekstil juga digunakan sebagai bahan hiasan yang digantung pada dinding dan tingkap. Ia digantung menggunakan batang kayu yang diukir cantik.
Hiasan dekoratif menyediakan kesan psikologi untuk memanaskan ruang kerana kesan daripada tekstur, corak dan warna pada tenunan tekstil itu.
Susunan buku
Selain untuk dibaca, susunan buku dalam ruang juga boleh dijadikan sebagai dekorasi dalam ruang. Selain itu susunan buku menzahirkan bentuk kesatuan dan pelbagaian warna dan tekstur. Buku juga melahirkan kesan emosi dan memori kerana dapat mengimbaskan kenangan masa lalu.
Buku yang disusun di atas meja, rak perabot sama ada di ruang tetamu, ruang keluarga, ruang makan, bilik tidur dan bilik air digunakan sama ada melihat dan membaca dapat memberi rangsangan dalam hubungan kekeluargaan dan melambang minat individu dan kerjaya masing-masing.
Bakul hiasan
Bakul yang dibuat hiasan biasanya diperbuat daripada sumber semula jadi seperti rotan, jerami padi atau pokok pisang. Anyaman rotan dan jerami yang indah dan menarik itu memberi kesan pada ruang dalaman selain kegunaan sebagai bekas tumbuhan, buah-buahan dan peralatan lain.
Tumbuhan Semula Jadi dan Bunga Hiasan
Tumbuhan semula jadi yang dijadikan hiasan dapat membangkitkan rasa prihatin terhadap suasana hijau dan keindahan tumbuhan semula jadi. Apabila memilih tumbuhan, beri perhatian pada jenis pokok, bentuk, tekstur dan kesesuaian ruang di mana tumbuhan itu hendak diletakkan.
Tumbuhan semula jadi memerlukan cahaya yang cukup, suhu dan cara yang sesuai untuk menyiram pokok dan menjaganya. Perhiasan bunga-bungaan dapat menambah seri ruang dalaman. Warna bunga dan hijau daun digabung dan disesuaikan dengan bekas serta pasu diletak pada sudut tertentu.
Objek Bahan Hiasan Semula Jadi
Objek bahan semula jadi daripada kulit binatang, tanduk binatang, kulit hidupan laut seperti kerang juga boleh dijadikan hiasan menarik. Ada juga batu batan dan batu kristal yang ada nilai dan kecantikan serta nilai kebaikan untuk kesihatan dijadikan bahan hiasan dan lampu dekoratif.
Oleh kerana ada undang-undang menghalang penggunaan objek binatang sebagai hiasan jadi hiasan seperti ini sukar didapati pada hari ini berbanding pada masa lampau.
Author: Syd Time: 29-7-2007 14:50
No comments:
Post a Comment